Saturday, 10 October 2015

Russia, Syria selaras serangan sasar penentang Bashar


Beirut: Russia dan Syria semalam menyelaraskan serangan mereka, pertama kali dilakukan sejak Moscow melancarkan serangan udara di negara itu minggu lalu.

Bagaimanapun serangan itu disasarkan terhadap penentang berfahaman sederhana Syria, bukan militan Negara Islam (IS).

Serangan yang diselaraskan itu dilancarkan terhadap bandar berhampiran lebuh raya utara-selatan yang merentasi beberapa bandar utama di barat Syria yang kebanyakannya di kuasai kerajaan, lapor kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria.

Ketua kumpulan, Rami Abdulrahman berkata, serangan darat yang dilancarkan tentera Syria dan sekutu militia mereka menggunakan misil bumi ke bumi disasarkan terhadap empat kedudukan penentang rejim Presiden Bashar al-Assad.

Pertempuran sengit berlaku di kawasan berkenaan, kata Rami.

Operasi tentera Syria itu dibantu dengan serangan udara jet pengebom dan kapal perang Russia.

Russia mula melancarkan serangan udara di Syria minggu lalu dengan mendakwa ia menyasarkan kumpulan Negara Islam yang menguasai sebahagian besar Syria sejak perang saudara merebak, bermula dengan tunjuk perasaan antikerajaan pada 2011.

Bagaimanapun, pejuang berkata, serangan Russia itu kebanyakannya tertumpu pada kumpulan penentang berfahaman sederhana yang menguasai kawasan barat negara itu dan bertujuan mengukuhkan kedudukan Presiden Bashar al-Assad.

Di Moscow, Menteri Pertahanan Russia Sergei Shoigu mengesahkan empat kapal perang negara itu di Laut Caspian melancarkan 26 serangan roket terhadap kedudukan penentang bagi a membantu kempen darat tentera Syria. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 8:59 AM

SEORANG penduduk memeriksa bangunan yang runtuh selepas serangan udara Russia di bandar Babila, pinggir wilayah Idlib, Syria, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83434#sthash.AQ0nuS2I.dpuf

Ulama gesa jihad tentang Russia

Agensi
Riyadh: Lima puluh dua tokoh akademik dan ulama Arab Saudi menggesa umat Islam pergi ke Syria untuk memerangi tentera Russia.

Menurut laporan akhbar Al Arabiya, ulama itu, sebahagiannya anggota Kesatuan Ulama Antarabangsa yang berpusat di Qatar dan diketuai ulama terkenal dari Mesir Sheikh Yusuf al-Qaradhawi, menggesa umat Islam berkemampuan, baik di Arab Saudi mahu pun di luar negara itu, menyahut gesaan jihad bagi membantu kumpulan penentang rejim Syria untuk menghadapi serangan tentera Russia.

Menurut pemerhati, dengan kenyataan itu, mereka berharap untuk menggalakkan remaja Saudi, negara Teluk dan Islam dari seluruh dunia bangkit memerangi tentera Russia, seperti yang berlaku ketika perang
Afghanistan-Soviet Union.

Kenyataan itu juga menggesa pejuang penentang Presiden Bashar al-Assad bersatu dan mendesak mereka yang berkemampuan untuk berperang dan mereka yang pakar dalam senjata supaya tidak meninggalkan Syria.

Desakan itu bagaimanapun bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan ulama negara itu pada Mac 2014 yang menyenaraikan kumpulan Negara Islam (IS) dan cabang al-Qaeda di Syria, Barisan al-Nusra sebagai kumpulan pelampau.

Al-Arabiya yang dimiliki kerajaan Saudi melaporkan, sebahagian ulama yang menandatangani kenyataan semalam sebelum ini pernah mengeluarkan fatwa dan menyediakan panduan untuk menentang Bashar.

Arab Saudi dipercayai membelanjakan berbilion dolar dalam usaha menggulingkan rejim Bashar, termasuk membiayai beberapa kumpulan penentang yang memerangi pemimpin Syria itu.

Russia mula melancarkan serangan udara di Syria dalam usaha mengekalkan pemerintahan Bashar minggu lalu dengan mendakwa ia menyasarkan kumpulan IS.

Bagaimanapun, laporan mendakwa, serangan yang dilancarkan itu turut menyasarkan penentang rejim Syria yang disokong Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Turki. - Al Arabiya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Oktober 2015 @ 9:00 AM

PENDUDUK Amerika Syarikat keturunan Syria menunjuk perasaan membantah campur tangan Russia di Syria di luar pejabat konsul Russia di Santa Monica, California, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83436#sthash.oKi6icjj.dpuf

Jeneral Iran terbunuh di Syria


Ankara: Seorang pegawai kanan Pengawal Revolusi Iran berpangkat jeneral terbunuh berhampiran Aleppo, tempat dia menjadi penasihat kepada tentera Syria dalam pertempuran mereka dengan kumpulan Negara Islam (IS).

Dalam kenyataannya, Pengawal Revolusi Iran berkata, Jeneral Hossein Hamedani terbunuh malam kelmarin selepas memainkan peranan penting dalam menentang IS.

Iran ialah sekutu serantau utama Presiden Syria Bashar al-Assad dan menyediakan sokongan ketenteraan dan ekonomi kepada negara itu sepanjang perang saudaranya yang berlarutan sejak empat tahun lalu.

Iran sebelum ini menafikan menghantar tentera ke Syria, tetapi mengaku memberikan khidmat nasihat kepada askar Bashar.

Bagaimanapun, sumber berkata minggu lalu, ratusan tentera Iraq kini berada di Syria selepas tiba hujung September lalu untuk mengambil bahagian dalam serangan besar-besaran terhadap penentang Bashar di barat dan barat laut Syria. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2015 @ 5:04 AM

Hossein
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83925#sthash.aI9S5kQb.dpuf

IS mara di Aleppo


Beirut: Kumpulan Negara Islam (IS) mara ke Aleppo, bandar raya kedua terbesar Syria walaupun dengan serangan udara Russia sejak 10 hari lalu yang Moscow dakwa bertujuan menumpaskan kumpulan berkenaan.

Kejayaan IS itu dicapai selepas tentera Syria yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan disokong dengan serangan udara Russia dan pembabitan militan Hizbullah dari Lubnan meningkatkan serangan mereka terhadap kumpulan penentang di barat daya Iraq.

IS tidak beroperasi di kawasan itu.

Barat berkata, sebahagian besar serangan Russia menyasarkan kumpulan penentang lain, bukan IS, dalam usaha untuk mempertahankan pemerintahan Presiden Bashar al-Assad.

Kejayaan IS itu dicapai selepas pertempuran dengan kumpulan penentang Bashar yang menguasai kawasan itu.

“Puluhan anggota kedua-dua belah pihak terbunuh,” kata Rami Abdel Rahman, ketua kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria.

Militan IS itu mengusir penentang dari bandar Tall Qrah, Tall Soussin, Kafar Qares dan pangkalan Madrasat al-Mushat.

“Mereka kini hanya berada kira-kira 10 kilometer dari utara bandar raya Aleppo dan kemaraan paling besar kumpulan itu,” kata Rami.

Bandar raya Aleppo dikuasai kumpulan penentang di timur dan tentera kerajaan di barat.

IS sebelum ini tidak pernah hadir di bandar raya berkenaan. Bagaimanapun, semalam, mereka mengumumkan: “Kami sudah berada di pintu masuk Aleppo.”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2015 @ 5:05 AM

GAMBAR menunjukkan militan IS bersiap sedia menembak mortar dengan menyasarkan ke arah tentera Syria di Aleppo, Syria, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83927#sthash.OkiokkSL.dpuf

Rusia nafi empat peluru berpandu masuk Iran


Rusia nafi empat peluru berpandu masuk Iran

10 OKTOBER 2015
Rusia nafi empat peluru berpandu masuk Iran Imej rakaman video Kementerian Pertahanan Rusia di laman webnya menunjukkan sebuah kapal perang melancarkan peluru berpandu ke Syria. Foto: AFP

MOSCOW - RUSIA. Kementerian Pertahanan Rusia menafikan dakwaan pegawai Amerika Syarikat (AS) bahawa empat peluru berpandu yang dilancarkan Moscow telah terhempas di Iran.

"Kami sentiasa menetapkan sasaran sebelum dan selepas tembakan. Semua peluru berpandu kami mencapai sasaran," menurut jurucakap kementerian Jeneral Igor Konashenkov dalam satu kenyataan.

Menurt AFP, sebelum ini, seorang pegawai AS memberitahu media CNN bahawa peluru berpandu Rusia telah mendarat di Iran, Rabu lalu, namun tidak memaklumkan dengan terperinci di mana lokasi sebenar pendaratan dan sama ada ia menyebabkan sebarang kerosakan.

Pegawai itu juga tidak memberikan maklumat tepat tentang jenis peluru berpandu, kecuali mengatakan ia adalah antara tembakan serentak dari kapal perang Rusia di Caspian.

Susulan dakwaan itu, Kementerian Pertahanan menyiarkan gambar 26 peluru berpandu merentasi Iran dan Iraq sebelum menyerang Syria di laman webnya.

KOMANDER TERTINGGI TENTERA IRAN TERBUNUH DI SYRIA




Komander Tertinggi Tentera Iran, Brigadier Jenderal Hossein Hamedani di lapor telah terbunuh di Syria, beliau juga adalah penasihat pengatur strategi untuk Rejim Bashar Assad.
Iran Islamic Revolution Guards Corps ( IRGC ) dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Sepah News pada hari Jumaat berkata bahawa Hamedani ,terbunuh dalam pertempuran pinggir bandar Syria Aleppo kelmarin.
Allahuakbar! Maha suci Allah yang tahu segala yang dilangit dan dibumi.

Empat peluru berpandu dilancar Rusia terhempas di Iran?


Rakaman yang disiarkan di laman web Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan sebutir peluru berpandu dilancarkan daripada sebuah kapal Tentera Laut Rusia di Laut Kaspia, kelmarin. AGENSI
BEIRUT 9 Okt. – Empat peluru berpandu Rusia yang dilancar dan di­sasarkan terhadap kedudukan kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria tersasar dan terhem­pas di Iran, kata seorang pegawai tentera Amerika Syarikat (AS), semalam.
Peluru berpandu itu dipercayai sebahagian daripada yang dilancarkan serentak oleh Rusia, kelmarin, dari pada kapal perangnya di Laut Kaspia.
Serangan itu juga adalah bagi membantu kempen serangan udara selama sembilan hari yang dilancarkan oleh Rusia yang menyasarkan musuh-musuh Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Bagaimanapun, Rusia menafikan dakwaan itu dengan berkata, semua peluru berpandu Rusia mengenai sasaran.
Kementerian Pertahanan Rusia turut menyiarkan satu lakaran grafik di laman web menunjukkan semua 27 peluru berpandu Rusia melalui ruang udara Iran dan Iraq dan mengenai sasaran di Syria.
Setakat ini, Teheran masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai dakwaan berkenaan.
“Mereka yang profesional mengetahui semasa operasi tersebut dilancarkan, kami telah menetapkan sasaran. Semua peluru berpandu yang dilancarkan telah mengenai sasarannya,” kata jurucakap kementerian itu, Jeneral Igor Konashenkov dalam satu kenyataan.
Serangan tentera udara Rusia malam kelmarin mengenai 27 sasaran pengganas di tengah dan utara Syria, kata kementerian berkenaan.
Menurut kenyataan itu, serangan tersebut turut mengenai lapan kubu kuat IS di wilayah Homs dan 11 kem latihan IS di Hama dan Raqa.
Moscow mula melancarkan serangan udara di Syria pada akhir bulan lalu dengan mendakwa serangan itu disasarkan ke kedudukan kumpulan militan IS dan pertubuhan pengganas lain yang terlibat dalam perang saudara di Syria, sejak empat tahun lalu.
Pada masa sama pasukan tentera Syria yang disokong pergerakan Hezbollah di Lebanon terus memberi tekanan hebat terhadap kumpulan pemberontak di barat negara itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/empat-peluru-berpandu-dilancar-rusia-terhempas-di-iran-1.144753#sthash.IPLOGUHo.dpuf

Friday, 9 October 2015

Rusia lancar peluru berpandu ke Syria

Sedutan rakaman video diambil daripada laman web Kementerian Pertahanan

Sedutan rakaman video diambil daripada laman web Kementerian Pertahanan Rusia memaparkan sebuah kapal perang negara itu melancarkan peluru berpandu Sizzler dari Laut Kaspia ke Syria, kelmarin. AFP
DAMSYIK 8 Okt. – Rusia memperhebatkan kempen ketenteraan di Syria apabila mengerahkan kapal perangnya melancarkan serangan peluru berpandu ke kedudukan kumpulan militan Negara Islam (IS), ketika Syria melancarkan serangan darat besar-besaran.
Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu dalam kenyataannya berkata, empat kapal perang Rusia yang ditempatkan di Laut Kaspia, kira-kira 1,448 kilometer dari Syria, melancarkan 26 buah peluru berpandu jenis Sizzler terhadap 11 kedudukan kumpulan militan IS.
Tambah beliau, empat kapal perang terbabit adalah Dagestan, Uglich, Grad Sviyazhsk serta Veliky Ustyug, dan semua serangan berjaya memusnahkan sasaran serta tidak mengenai lokasi penduduk awam.
Perkembangan terbaharu itu berlaku ketika tentera Syria yang dibantu kumpulan bersenjata melancarkan serangan darat secara besar-besaran terhadap IS, dengan sokongan serangan udara Rusia bagi menumpaskan kumpulan penentang kerajaan di Ghab Plain, barat negara ini.
Pengarah Pertubuhan Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman dalam laporannya berkata, tentera darat Syria melancarkan serangan meriam dan peluru berpandu darat ke darat ke arah kedudukan kumpulan penentang, manakala pesawat tempur Rusia membantu melancarkan serangan bom dari udara.
Kawasan Ghab Plain dikuasai kumpulan penentang sejak Julai lalu, sekali gus menggugat kedudukan tentera Syria di kawasan pantai yang merupakan lokasi penting bagi kerajaan Presiden Bashar al-Assad mengawal wilayah barat negara ini.
Sementara itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mendakwa lebih 90 peratus serangan udara yang dilancarkan Rusia tidak mensasarkan militan IS atau kumpulan pro Al-Qaeda, sebaliknya menjadikan kumpulan penentang kerajaan sebagai sasaran. – AFP/REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusia-lancar-peluru-berpandu-ke-syria-1.144437#sthash.udjqvC7V.dpuf

Monday, 5 October 2015

Budak jual tisu menangis takut ditangkap


Budak jual tisu menangis takut ditangkap
Budak jual tisu menangis takut ditangkap Sedutan video yang viral di Facebook.
4 OKTOBER 2015


SEORANG kanak-kanak perempuang dipercayai warga Syria dirakam menangis sambil memeluk kaki orang awam kerana dipercayai menjual tisu dan tak mahu ditangkap pihak berkuasa Turki.

Melalui laman Facebook OhBulan!, kanak-kanak tersebut didakwa salah faham apabila beberapa anggota polis Turki menghampirinya dan mula menangis.

Anggota polis tersebut bagaimanapun memujuk kanak-kanak tersebut supaya bertenang.

Polis juga dirakam mendukung dan membawa kanak-kanak tersebut pergi ke sebuah lokasi dan dipulangkan kepada sebuah pasangan dipercayai ibu dan bapanya.

Sebelum ini, terdapat laporan kemasukan pelarian Syria ke negara Turki yang kebanyakannya melarikan diri dari Aleppo akibat peperangan.

Julai lalu, seorang kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun dibelasah seorang pemilik restoran kerana menjual tisu di kaki lima restorannya di Izmir.

Kanak-kanak tersebut, Ahmet tinggal di sebuah apartmen sempit bersama 12 ahli keluarganya yang lain.

Kerajaan Turki kemudian menjanjikan bahawa ayah Ahmet, Abdo akan diberikan pekerjaan.

Russia buat kesilapan besar: Turki


Istanbul: Kempen pengeboman Russia di Syria adalah kesilapan besar dan sokongannya terhadap rejim di negara itu akan diadili oleh sejarah, kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, semalam.

“Langkah yang diambil Russia dan kempen pengeboman di Syria tidak boleh diterima oleh Turki. Russia melakukan kesilapan yang besar,” kata Recep kepada wartawan di Istanbul sebelum berlepas untuk lawatan ke Perancis.


Menurutnya, Turki risau dengan tindakan Russia itu.

“Kempen serangan udara yang dilancarkan Moscow di Syria, kononnya untuk menghapuskan militan Negara Islam (IS) akan menyebabkan Russia dipinggirkan dari rantau itu.

“Apa yang hendak dicapai oleh Russia?” tanya Recep.

Russia dan Turki sudah sekian lama bertentangan pendapat mengenai Syria dengan Moscow muncul sebagai penyokong utama Presiden Bashar al-Assad di peringkat antarabangsa sementara Ankara melihat penyingkiran pemimpin Syria itu sebagai penyelesaian kepada konflik di negara berkenaan.

Russia mula melancarkan serangan udara di Syria minggu lalu dengan mendakwa ia hanya menyasarkan IS.

Bagaimanapun, Turki dan sekutu Baratnya berkata, serangan itu juga menyasarkan penentang Bashar yang berfahaman sederhana dan orang awam. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 5:07 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82416#sthash.fljMt06g.dpuf

Bashar yakin menang


AFP
Beirut: Presiden Bashar al-Assad berkata, Syria, Russia, Iran dan Iraq bersepakat dalam memerangi keganasan dan beliau yakin usaha itu akan berjaya.

Bagaimanapun, pemimpin Syria itu memberi amaran, kegagalan mereka akan memberi padah yang hebat kepada Asia Barat.

“Pakatan empat negara ini akan menghasilkan keputusan yang praktikal, tidak seperti pakatan yang diketuai Amerika Syarikat yang sudah melancarkan kempen serangan terhadap militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq sejak setahun lalu tetapi tidak ada kesan.

“Sebaliknya, serangan mereka hanya meningkatkan keganasan. Syria dan sekutunya mesti berjaya atau kami akan berdepan dengan kemusnahan di seluruh rantau ini,” kata Bashar dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen Iran.

Pemimpin Syria itu juga berkata, hanya rakyat negara itu sahaja boleh membuat keputusan mengenai perubahan terhadap sistem politik Syria atau pemimpinnya.

“Perbincangan mengenai sistem politik atau pemimpin di Syria adalah masalah dalaman Syria,” kata Bashar.

Penentang Bashar, baik tempatan mahupun antarabangsa berkata, perang saudara Syria yang sudah berlarutan sejak empat tahun lalu dan menyebabkan ratusan ribu terbunuh serta jutaan lagi hilang tempat tinggal mesti membabitkan peletakan jawatan Bashar.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 5:08 AM


BASHAR

AS pertikai kejujuran Rusia selesai isu Syria


SEORANG remaja membawa bekalan roti di kawasan bandar Latamneh iaitu lokasi serangan tentera udara Rusia di utara Hama, Syria semalam. - REUTERS


WASHINGTON – Pegawai-pegawai di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menggesa anggota tentera Rusia melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Islamic State (IS) di Syria dan bukan menuju sasaran kepada penentang Presiden Syria, Ba­shar al-Assad.
Ketegangan antara AS dan Rusia dilihat bertambah buruk apabila Rusia melancarkan serangan udara secara terang-terangan untuk memperkukuhkan kekuatan Bashar dengan memberi tumpuan kepada pemberontak termasuk sekutu AS berban­ding menyerang pejuang IS.
“Apa yang penting, Rusia tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti ke atas sesiapa sebaliknya kumpulan IS. Kami telah membuat pendirian dengan jelas,” kata Setiausaha AS, John Kerry.
Setiausaha akhbar White House, Josh Earnest pula menyifatkan operasi serangan udara Rusia sebagai operasi ketenteraan secara rambang ke atas penentang Syria.
“Kami masih belum memberi jaminan keselamatan dan perlindungan kepada serangan itu memandangkan rundingan mengenai perkara itu baharu diadakan semalam,” kata Kerry.
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Rusia berkata, serangan yang berlangsung lebih 24 jam telah menyebabkan kerosakan atau kemusnahan 12 kawasan milik pejuang IS di Syria.
Seorang jurucakap tentera AS di Baghdad, Kolonel Steve Warren sebalik­nya berkata, tiada sebarang penunjuk bahawa Rusia berjaya menyerang IS. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3neAHfH90 
Hakcipta terpelihara 

Amerika Syarikat bimbang campur tangan Rusia di Syria


Kepulan asap kelihatan di udara selepas Rusia melancarkan serangan udara ke atas kedudukan kumpulan militan IS di selatan bandar Idlib, Syria, kelmarin. – REUTERS
KAHERAH 4 Okt. – Tentera bersekutu pimpinan Amerika Syarikat (AS) menyifatkan campur tangan Rusia dalam konflik di Syria akan meningkatkan lebih banyak kegiatan militan, manakala Mesir pula berpandangan sebaliknya.
Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry semalam berkata, campur tangan Rusia akan memberi tamparan hebat kepada kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara bergolak tersebut.
“Penyertaan Rusia, berdasarkan potensi dan kemampuan negara itu, dilihat akan membawa kesan ke atas mengehadkan dan menghapuskan keganasan di Syria,” katanya dalam wawancara dengan satu stesen televisyen.
Mesir sebelum ini mengelak daripada menunjukkan sokongan kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad dan kenyataan Sameh dilihat sebagai tanda-tanda hubungan semakin baik antara Rusia dan Kaherah.
Dalam pada itu, laman web BBC melaporkan, AS, Turki dan anggota bersekutu lain dalam satu kenyataan, kelmarin meminta Moscow menghentikan segala serangan udara yang mereka dakwa menyasarkan kumpulan penentang kerajaan Syria dan orang awam.
Tentera bersekutu berkata, campur tangan Rusia hanya akan meningkatkan lebih banyak fahaman pelampau.
Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, beliau menyasarkan IS dalam serangan berkenaan dan membantu Assad yang merupakan sekutu rapat Moscow di rantau itu.
Bagaimanapun, AS bimbang Moscow cuba membantu mempertahankan kedudukan Assad yang dilihat Washington perlu berundur daripada jawatannya. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/amerika-syarikat-bimbang-campur-tangan-rusia-di-syria-1.142867#sthash.ZjDVyrw8.dpuf

Sunday, 4 October 2015

AS pertikai kejujuran Rusia selesai isu Syria


SEORANG remaja membawa bekalan roti di kawasan bandar Latamneh iaitu lokasi serangan tentera udara Rusia di utara Hama, Syria semalam. - REUTERS


WASHINGTON – Pegawai-pegawai di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menggesa anggota tentera Rusia melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Islamic State (IS) di Syria dan bukan menuju sasaran kepada penentang Presiden Syria, Ba­shar al-Assad.
Ketegangan antara AS dan Rusia dilihat bertambah buruk apabila Rusia melancarkan serangan udara secara terang-terangan untuk memperkukuhkan kekuatan Bashar dengan memberi tumpuan kepada pemberontak termasuk sekutu AS berban­ding menyerang pejuang IS.
“Apa yang penting, Rusia tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti ke atas sesiapa sebaliknya kumpulan IS. Kami telah membuat pendirian dengan jelas,” kata Setiausaha AS, John Kerry.
Setiausaha akhbar White House, Josh Earnest pula menyifatkan operasi serangan udara Rusia sebagai operasi ketenteraan secara rambang ke atas penentang Syria.
“Kami masih belum memberi jaminan keselamatan dan perlindungan kepada serangan itu memandangkan rundingan mengenai perkara itu baharu diadakan semalam,” kata Kerry.
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Rusia berkata, serangan yang berlangsung lebih 24 jam telah menyebabkan kerosakan atau kemusnahan 12 kawasan milik pejuang IS di Syria.
Seorang jurucakap tentera AS di Baghdad, Kolonel Steve Warren sebalik­nya berkata, tiada sebarang penunjuk bahawa Rusia berjaya menyerang IS. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1003&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3nXsHtnqN 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, 3 October 2015

Serangan Rusia di Syria bunuh kanak-kanak


Satu lubang besar terbentuk dipercayai akibat serangan udara Rusia di barat laut Syria, semalam. REUTERS
BEIRUT 2 Okt. – Rusia dituduh menyerang orang awam di kawasan-kawasan kawalan pemberontak yang disokong Barat, menyebabkan tujuh maut termasuk dua daripadanya kanak-kanak.
Agensi berita Al Jazeera mela­porkan, Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria mendakwa, sejak melancarkan serangan kelmarin lalu, jet pejuang Rusia telah me­ngorbankan seramai 28 orang awam.
Serangan terbaharu berlaku pada 8.30 malam semalam waktu tempatan di wilayah Idlib, menyebabkan tiga orang awam termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut, selain daripada mencederakan 12 yang lain.
“Serangan itu sangat besar sehingga menyebabkan rumah dua tingkat musnah sekelip mata,” kata seorang aktivis Hadi al-Abdullah kepada Al Jazeera.
Bagaimanapun, Presiden Rusia, Vladimir Putin pula menolak dakwaan bahawa orang awam terbunuh dalam serangan Russia dan menyifatkan laporan itu sebagai ‘peperangan maklumat’.
Sejak kelmarin, Rusia telah melancarkan 18 serangan bermula di bandar Homs yang kemudian diperluaskan ke Hama dan Idlib, semalam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/serangan-rusia-di-syria-bunuh-kanak-kanak-1.142223#sthash.x8ErhwGJ.dpuf

Russia musnah dua sasaran IS di Syria - Moscow


SEORANG penunggang motosikal melintasi bangunan yang musnah di Latamneh akibat serangan udara dari Russia. - Foto REUTERS
MOSCOW: Serangan udara Russia memusnahkan sebuah pos perintah berhampiran Raqa serta sebuah kubu bawah tanah, menurut Kementerian Pertahanan, ketika Moscow meneruskan kempen pengeboman di Syria.
"Sejak 24 jam lalu, pesawat SU-34 dan SU-24M daripada formasi udara Russia di Syria melakukan lebih 20 siri serangan ke atas kemudahan IS," menurut kementerian itu.
Menurutnya, pos perintah di Raqa serta kubu bawah tanah yang menyimpan bahan letupan sudah dimusnahkan.

Rusia lancar serangan kedua di Syria


Syria: Bumi barakah

3 OKTOBER 2015
Syria: Bumi barakah

DAMSYIK - SYRIA. Jet tempur Rusia melancarkan serangan udara kedua yang menyasarkan kedudukan kumpulan militan IS di timur laut Syria.

Serangan semalam berlaku sehari selepas Rusia membedil wilayah Homs.

Menurut Arab News, stesen penyiaran al-Mayadeen mendakwa, serangan disasarkan di bandar Jisr al-Shughour selain beberapa lokasi di Idlib dan Hama.

Sementara itu, Arab Saudi meluahkan kebimbangannya terhadap serangan udara Rusia di Syria.

Riyadh mendakwa, tiada bukti kukuh mengenai kehadiran anggota IS di kawasan yang dibedil.

"Kami bimbang kerana ramai orang awam terbunuh dalam serangan tersebut," kata wakil tetap Saudi di PBB, Abdullah Yahya al-Moallemi.

Rabu lalu, Rusia melancarkan serangan udara pertamanya di Syria, sebagai menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam memerangi aktiviti keganasan di rantau itu.

Rusia lancar serangan kedua di Syria


3 OKTOBER 2015

Syria: Bumi barakah


Syria: Bumi barakah
DAMSYIK - SYRIA. Jet tempur Rusia melancarkan serangan udara kedua yang menyasarkan kedudukan kumpulan militan IS di timur laut Syria.

Serangan semalam berlaku sehari selepas Rusia membedil wilayah Homs.

Menurut Arab News, stesen penyiaran al-Mayadeen mendakwa, serangan disasarkan di bandar Jisr al-Shughour selain beberapa lokasi di Idlib dan Hama.

Sementara itu, Arab Saudi meluahkan kebimbangannya terhadap serangan udara Rusia di Syria.

Riyadh mendakwa, tiada bukti kukuh mengenai kehadiran anggota IS di kawasan yang dibedil.

"Kami bimbang kerana ramai orang awam terbunuh dalam serangan tersebut," kata wakil tetap Saudi di PBB, Abdullah Yahya al-Moallemi.

Rabu lalu, Rusia melancarkan serangan udara pertamanya di Syria, sebagai menyokong Presiden Bashar al-Assad dalam memerangi aktiviti keganasan di rantau itu.

Serangan Rusia di Syria bunuh kanak-kanak

Satu lubang besar terbentuk dipercayai akibat serangan udara Rusia

Satu lubang besar terbentuk dipercayai akibat serangan udara Rusia di barat laut Syria, semalam. REUTERS
BEIRUT 2 Okt. – Rusia dituduh menyerang orang awam di kawasan-kawasan kawalan pemberontak yang disokong Barat, menyebabkan tujuh maut termasuk dua daripadanya kanak-kanak.
Agensi berita Al Jazeera mela­porkan, Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria mendakwa, sejak melancarkan serangan kelmarin lalu, jet pejuang Rusia telah me­ngorbankan seramai 28 orang awam.
Serangan terbaharu berlaku pada 8.30 malam semalam waktu tempatan di wilayah Idlib, menyebabkan tiga orang awam termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut, selain daripada mencederakan 12 yang lain.
“Serangan itu sangat besar sehingga menyebabkan rumah dua tingkat musnah sekelip mata,” kata seorang aktivis Hadi al-Abdullah kepada Al Jazeera.
Bagaimanapun, Presiden Rusia, Vladimir Putin pula menolak dakwaan bahawa orang awam terbunuh dalam serangan Russia dan menyifatkan laporan itu sebagai ‘peperangan maklumat’.
Sejak kelmarin, Rusia telah melancarkan 18 serangan bermula di bandar Homs yang kemudian diperluaskan ke Hama dan Idlib, semalam.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/serangan-rusia-di-syria-bunuh-kanak-kanak-1.142223#sthash.dQ2vcANR.dpuf

Friday, 2 October 2015

Pelarian Syria akan diberi penempatan, pendidikan dan pekerjaan sementara

zahid asean

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) bergambar bersama selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Peningkatan Fahaman Radikal dan Keganasan Melampau di Kuala Lumpur hari ini. - Foto FAUZI BAHARUDIN
KUALA LUMPUR 2 Okt. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelarian Syria yang dibawa ke Malaysia akan diberi penempatan, pendidikan dan peluang pekerjaan sementara.
Menurut beliau, mereka juga akan diberi kad pengenalan khas yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan mirip kad pengenalan pekerja asing.
“Kita sokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Dalam Negeri akan membantu dari memudahkan cara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Peningkatan Fahaman Radikal dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) di sini hari ini.
Semalam, Najib ketika berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York memberitahu, Malaysia bersetuju untuk menerima 3,000 orang pelarian perang dari Syria secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelarian-syria-akan-diberi-penempatan-pendidikan-dan-pekerjaan-sementara-1.141955#sthash.AF4AGwoM.dpuf

Malaysia setuju terima 3,000 pelarian perang Syria


NEW YORK 1 Okt. – Malaysia bersetuju untuk menerima 3,000 orang pelarian perang dari Syria yang dilanda konflik bagi menangani krisis pelarian negara Timur Tengah tersebut.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini hari ini berkata, mangsa-mangsa pelarian perang itu akan diambil secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Menurut Najib, satu bentuk penyelesaian antarabangsa baharu adalah diperlukan untuk menangani krisis migrasi dunia.
Beliau memberitahu negara-negara PBB bahawa masyarakat dunia tidak boleh memandang sahaja krisis di Syria itu tanpa berbuat apa-apa.
Dalam ucapannya, Najib juga mengutuk bahaya ideologi kumpulan pengganas Negara Islam (IS) yang turut terbabit dalam pertempuran, penyeksaan dan kekejaman di Syria dan Iraq serta berusaha menyebarkan dakyah jahatnya ke negara-negara Islam lain.
“Kita ialah sebuah dunia yang terdiri daripada negara-negara. Tetapi, konflik dan ancaman baharu yang membahayakan keamanan dan keselamatan kita kini sudah tidak lagi mengenal batas sempadan.
“Aktor bukan negara, misalnya IS, mengancam untuk memusnahkan negara-negara berdaulat,” katanya sambil menambah bahawa terdapat 39 orang rakyat Malaysia dikesan telah terjerumus dalam aktiviti militan IS di Syria manakala lebih 100 orang berjaya disekat daripada meninggalkan Malaysia untuk ke negara itu.
Sejak seminggu lalu, seramai 150 orang ketua negara dan kerajaan dunia berkumpul di ibu pejabat PBB di sini untuk perhimpunan tahunan yang kali ini bertemakan PBB Pada Usia 70: Haluan Masa Depan Keamanan, Keselamatan dan Hak Asasi Manusia.
Krisis di Syria adalah antara isu utama perbahasan Perhimpunan Agung PBB pada tahun ini. Perang sejak empat tahun lalu itu adalah pertembungan berebut kuasa antara tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dengan puak yang menentangnya, termasuk kumpulan pengganas IS.
Media antarabangsa menganggarkan kira-kira 200,000 telah terbunuh dalam konflik berdarah tersebut manakala 11 juta rakyat negara itu kini menjadi orang pelarian. – UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-setuju-terima-3-000-pelarian-perang-syria-1.141939#sthash.tFf10HR5.dpuf

Kapal bekalan Russia berlabuh di ISS



KAPAL kargo Progress M-29M berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada semalam.
MOSCOW: Kapal kargo angkasa Russia selamat berlabuh di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), membawa 2.5 tan bekalan termasuk udara dan bawang putih.
Progress M-29M berlepas dari Baikonur, Kazakhstan, malam tadi dan berlabuh di stesen angkasa itu sebelum jam 2 pagi waktu Moscow (7 pagi waktu Malaysia).
Pengawal Misi Russia dan NASA menyatakan misi berlangsung tanpa masalah.
Pelancaran kapal angkasa Progress April lalu berakhir dengan kegagalan dan misi bekalan AS pada Jun lalu juga gagal apabila roket Falcon 9 SpaceX berkecai sejurus selepas pelancaran.
Bekalan dalam kapal kargo itu termasuk limau gedang, oren, mustard dan bahan api. - AP

Russia terus bedil penentang Assad



GAMBAR yang diambail dari laman web pertahanan Russia menunjukkan kesan serangan oleh pesawat pejuang Russia. - Foto EPA
BEIRUT: Pesawat perang Russia melancarkan serangan baharu terhadap penentang Presiden Syria, Bashar al-Assad hari ini ketika Moscow dan Washington membincangkan bagaimana mengelak daripada bertembung.
Ia adalah hari kedua Russia melancarkan serangan di Syria yang dilakukan menjelang pertemuan antara Presiden Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Perancis, Francois Hollande di Paris.
Kementerian Pertahanan Russia menyatakan tentera udaranya membedil lima sasaran kumpulan IS ketika pegawai pertahanan Barat menyuarakan kebimbangan bahawa tentera Moscow menyerang pihak pemberontak.
"Kami sudah menghalang pejuang IS daripada mewujudkan semula pos perintah di negeri Hama yang sudah dimusnahkan," kata jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Igor Konashenkov.
Menurut kementerian itu, kem latihan IS dan pos perintah di barat laut Idlib turut dibedil.
Putin pula menolak dakwaan bahawa orang awam terbunuh dalam serangan Russia dan menyifatkan laporan itu sebagai "peperangan maklumat".
Serangan udara itu dilancarkan ketika Russia membentangkan draf resolusi kepada Majlis Keselamatan PBB yang akan memerlukan kebenaran Damsyik untuk serangan terhadap IS di Syria.
Washington sebelum ini menolak resolusi sama dan tiada tarikh ditetapkan untuk undian resolusi baharu. - AFP

Trump ikrar halau migran Syria


Trump ikrar halau migran Syria

2 OKTOBER 2015
Trump ikrar halau migran Syria Donald Trump

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memberitahu beliau akan menghantar kembali semua pelarian Syria yang telah diterima masuk ke negara itu jika terpilih sebagai pemimpin.

Trump membuat kenyataan itu semasa perhimpunan di New Hampshire kelmarin berkata, beliau bimbang migran mungkin boleh menyamar sebagai anggota kumpulan militan IS.

"Saya beri amaran kepada mereka yang datang ke nagara ini sebagai sebahagian daripada proses penghijrahan besar-besaran, jika saya menang, kesemua 200,000 pendatang akan dihantar pulang.

"Kami tidak akan terima kerana tidak tahu siapa mereka sebenarnya. Mereka mungkin masuk ke negara ini melalui kelemahan Presiden Barack Obama, tetapi sekali lagi saya tekankan mereka akan kembali ke negara asal jika Trump berjaya ke Rumah Putih," katanya. - Agensi

Rusia kata serang IS di Syria, tapi...


Rusia kata serang IS di Syria, tapi...

1 OKTOBER 2015
Rusia kata serang IS di Syria, tapi... Kanak-kanak terseksa akibat perang di Syria - Gambar hiasan

HOMS - SYRIA. Selepas 30 serangan udara sejak dimulakan semalam, kerajaan Rusia dituduh menyasarkan lokasi pemberontak kerajaan rejim Bashar al-Assad dan bukannya militan IS seperti yang digembar-gemburkan.

Menurut Sky News, berpuluh-puluh orang awam termasuk lima kanak-kanak maut dalam gelombang pertama serangan udara Rusia.

Pihak pemberontak yang mendapat bantuan daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) juga menjadi sasaran.

Moscow bagaimanapun sekeras-kerasnya menafikan dakwaan tersebut.

Sementara itu, Syrian National Council, sebuah kumpulan yang menentang rejim Assad mendakwa 36 orang maut dalam serangan udara Rusia di utara Homs.

Ketua kumpulan berkenaan, Khaled Khoja memberitahu tiada sebarang kehadiran militan IS di kawasan tersebut yang dibom sebanyak empat kali oleh Rusia semalam.

Ketika ini, kerajaan Perancis dan AS juga menyatakan keraguan mereka terhadap serangan udara Rusia.

Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter menuduh Rusia membuat serangan di kawasan yang bebas pengaruh militan IS.

Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian juga membuat tuduhan yang sama.

Jurucakap Kementerian Luar Rusia pula meyelar laporan-laporan luar dan menggelarkan ia sebagai 'perang maklumat' (information war).

Rusia memulakan serangan udaranya semalam selepas kerajaan rejim pimpinan Assad meminta bantuan Rusia.

Kira-kira 32 pesawat pejuang Rusia ditempatkan di bandar pelabuhan, Latakia dan dikawal oleh 1,700 anggota marin Rusia ketika ini.

Arab Saudi bidas serangan Rusia


GAMBAR yang dirakam tentera Rusia menunjukkan serangan udara Moscow di Syria kelmarin. - AFP


RIYADH – Arab Saudi mahu Rusia menghentikan operasi ketenteraannya di Syria, kata seorang diplomat negara berkenaan ekoran lokasi serangan Moscow tiada pejuang kumpulan militan Islamic State (IS).
Bercakap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York kelmarin, Abdallah Al-Mouallimi berkata: “Delegasi negara saya menyuarakan kebimbangan berkaitan operasi ketenteraan oleh Rusia di Homs dan Hama hari ini (kelmarin) kerana tiada militan IS di lokasi serangan. Serangan udara meragut nyawa yang tidak berdosa. Kami menuntut ia dihentikan serta-merta dan tidak lagi diulangi.”
“Kepada negara-negara yang mendakwa telah menyertai perang menentang IS baru-baru ini, mereka tidak boleh hanya memerangi kumpulan militan itu tetapi pada masa yang sama, turut menyokong keganasan rejim Presiden Bashar al-Assad di Syria,” tambahnya. Rusia melancarkan siri serangan udara pertamanya di Syria kelmarin dalam operasi ketenteraan yang didakwa Moscow bertujuan untuk menewaskan IS.
Barat, bagaimanapun, menuduh operasi ketenteraan itu bagi membantu Bashar menewaskan musuh-musuhnya. Syria merupakan sekutu paling rapat Rusia di Asia Barat.
Rusia baru-baru ini menempatkan 32 jet pejuang di Syria, kata beberapa pegawai Amerika Syarikat.
Armada itu termasuk empat pesawat pengebom Su-34 dan 12 jet Su-25 bersama 12 pesawat penyerang Su-24.
Semua pesawat itu ditempatkan di sebuah lapangan terbang kecil yang ditukar menjadi pangkalan hadapan operasi Rusia, di rantau Latakia, barat laut Syria.
Selain jet pejuang, Rusia menempatkan seramai 500 komando marinnya di pangkalan itu di samping 2,000 kakitangan tentera lain.
Moscow turut menghantar sejumlah kereta kebal, kereta perisai dan helikopter yang disokong beberapa pasukan meriam. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1002&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3nMkKHh5Z 
Hakcipta terpelihara