Tuesday 4 February 2014

36 lagi terbunuh di Syria


penduduk mengangkat seorang kanak-kanak yang cedera dalam serangan tentera Syria di bandar Aleppo, kelmarin. - REUTERS
DAMSYIK 3 Feb. - Tentera Syria memperhebatkan serangan ke atas bandar Aleppo masuk hari kedua hari ini, mengakibatkan sekurang-sekurangnya 36 lagi terbunuh.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, tentera udara mengebom kawasan dikuasai penentang di timur Aleppo dengan helikopter tentera menggugurkan bom yang disifatkan kumpulan yang beribu pejabat di London itu sebagai membuta-tuli.
Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria, Rami Abdel Rahman berkata, sebanyak 21 orang terkorban termasuk 13 kanak-kanak dalam tiga serangan bom di daerah Tareq al-Bab dan 15 lagi terbunuh di beberapa buah bandar dalam serangan udara dan bom secara berasingan.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 16 penentang kerajaan maut dalam dua serangan bom yang dilancarkan militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL), manakala 20 penentang lagi cedera dengan beberapa orang daripada mereka dilaporkan parah dalam serangan di bandar al-Ra'ei, tidak jauh dari sempadan Syria-Turki.
Menurut pemerhati, serangan bom itu berlaku ketika kumpulan penentang sedang mengadakan perbincangan di ibu pejabat mereka tentang kemungkinan perjanjian damai sementara dengan militan tersebut.
Akhbar pro kerajaan, Al-Watan melaporkan tentera kerajaan menguasai semula kebanyakan kawasan timur bandar Karam al-Turab ketika mereka cuba menguasai beberapa daerah di timur dan utara Aleppo.
Semalam, 85 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara tentera kerajaan di utara Aleppo. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140204/lu_06/36-lagi-terbunuh-di-Syria#ixzz2sKczys2l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1 comment:

  1. Tentera Bayar adalah tentera As-Sufiani..sifat mereka menyamai dgn apa yg dikatakan dlm Hadith2 berkenaan As-Sufiani yg membunuh tidak kira kanak2,org2 tua dan wanita..Tunggu shjlah terbit Imam Al-Mahdi krn tentera As-Sufiani akan memburunya sebaik shj berita pembai'ahan Imam Mahdi tersebar..lalu Allah tenggelamkan mereka ketika mereka berada di Baida nti..

    ReplyDelete