Sunday 22 June 2014

Lebih 10 juta perlukan bantuan kemanusiaan


22 Jun 2014

DAMSYIK - SYRIA. Krisis kemanusiaan di Syria dilaporkan semakin meruncing akibat konflik yang berterusan sejak lebih tiga tahun lalu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon berkata, 10.8 juta penduduk di Syria kini semakin menderita akibat kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas lain.

Menurut laporan beliau, jumlah penduduk di kawasan yang sukar diakses di negara bergolak itu kini meningkat kepada 4.7 juta orang.

"Sehingga 9 Jun lalu, hanya 12 peratus dari jumlah 4.25 juta penduduk Syria menerima bantuan Program Makanan Sedunia berbanding 26 peratus pada April lalu," katanya dipetik Press TV.

Difahamkan, usaha untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan sering tergendala dan berdepan pelbagai halangan berikutan sekatan yang dikenakan Syria. 

sebiji bom barrel yg dijatuhkan ke atas org awam ini boleh mencecah 1,000kg

sebiji bom barrel yg dijatuhkan ke atas org awam ini boleh mencecah 1,000kg

bom barrel yg dijatuhkan di kawasan org awam di al shaar, aleppo, syria


syria berdarah


syeikh & pensyarah islam ditangkap di masjid, baghdad atas tuduhan sokong mujahidin. mrk dibunuh & dibakar maha suci allah


syria berdarah

sukarelawan civil defence cuba menyelamatkan mangsa yg tercedera & tersepit di bawah runtuhan bangunan slps pengeboman bom barrel oleh regime assad

aleppo hari ini

35 maut serangan bom di Syria


Penduduk Syria membantu mengangkat rakan mereka yang cedera dalam insiden bom trak di sebuah kampung di wilayah Hama, barat Syria yang mengorbankan 38 orang dan lebih 50 lagi cedera, kelmarin. - REUTERS
DAMSYIK 21 Jun - Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dan lebih 50 lagi cedera apabila kumpulan penentang kerajaan Syria meletupkan sebuah bom trak di sebuah kampung di wilayah Hama yang dikuasai tentera kerajaan, semalam.
Stesen televisyen tempatan SANA melaporkan, serangan itu dilancarkan ke atas kedudukan kumpulan militia yang menyokong Presiden Bashar al-Assad di kampung Al-Horra.
"Kumpulan penentang meletupkan kira-kira tiga tan bahan letupan yang menyebabkan kesan kemusnahan teruk di lokasi serangan.
"Orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak adalah antara mereka yang terbunuh dalam serangan tersebut," jelas laporan itu.
Kumpulan penentang daripada Barisan Islam mengaku bertanggungjawab da­lam serangan itu.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, kira-kira 10.8 juta rakyat Syria memerlukan bantuan segera termasuk 4.7 juta penduduk di kawasan yang sukar dima­suki pasukan bantuan dan 241,000 lagi di lokasi yang dikepung.
Setiausaha PBB, Ban Ki-moon berkata, jumlah tersebut menunjukkan pe­­ningkatan sebanyak 3.5 juta orang berbanding laporan sebelum ini dan situasi berke­naan dijangka bertambah buruk ekoran kemaraan militan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Iraq yang berjiran dengan Syria.
"Usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk yang memerlukan terjejas akibat ditangguh atau berdepan kesukaran lain," kata­nya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140622/lu_08/35-maut-serangan-bom-di-Syria#ixzz35JrBUY00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

"Ubaidah Al-Batal"...

"Ubaidah Al-Batal"...

Seorang wartawan Syria yang bebas, bekerja untuk stesen TV Orient.. teelah diculik oleh sekumpulan militan yang tidak dikenali "bertopeng Hitam" di bandar Idlib pada 25 Julai, tahun 2013 dan masih hilang sampai sekarang ... ketika diculik semua alat alat elektronik beliau dirampas termasuk kompurer riba beliau dan alat rakaman video...

Ya Allah ... selamatkan lah pejuang media kita ini.