Yahya Rahim Safavi
Yahya Rahim Safavi
TEHRAN - Penasihat Kanan Iran, Jeneral Yahya Rahim Safavi mendakwa, Amerika Syarikat (AS) dan Israel membiayai kos peperangan di Syria.

“AS dan Israel merupakan dalang dalam konflik perang saudara itu, penglibatan mereka turut membabitkan Jordan melalui sokongan kewangan berbilion dolar. Perkara itu turut didedahkan Qatar dan Arab Saudi,” katanya.

Menurutnya, AS dan Israel berbuat demikian kerana menyifatkan Syria adalah sekutu kuat Iran.

“Dalang ini sengaja meningkatkan tekanan untuk melemahkan rejim politik di Syria sebelum Pilihan Raya Iran bagi memberi kesan terhadap kejatuhan ekonomi dan politik negara ini,“ katanya dalam laporan dipetik Sana

Beliau berkata, AS dan beberapa negara Barat kini melancarkan satu konspirasi global untuk memusnahkan Syria dan negara Islam lain.