Tuesday 20 October 2015

Cuba nafi hantar tentera ke Syria


Cuba nafi hantar tentera ke Syria

19 OKTOBER 2015
Cuba nafi hantar tentera ke Syria Cuba menyangkal laporan yang mendakwa negara itu menghantar tentera sebagai sokongan kepada rejim Bashar

HAVANA - CUBA. Kerajaan Cuba, kelmarin menafikan laporan yang mendakwa negara itu menghantar tentera ke Syria sebagai tanda sokongan kepada rejim Presiden Bashar al-Assad dan campur tangan Rusia dalam konflik negara itu.

Kenyataan itu dikeluarkan jurucakap Kementerian Luar, Gerardo Penalver yang menyangkal tuduhan yang disifatkan sebagai tidak berasas lapor Reuters.

Selasa lalu, Institut Penyelidikan Cuba-Amerika di Universiti Miami mendedahkan laporan tidak sah diperoleh daripada sumber pegawai Amerika Syarikat (AS) bahawa tentera Cuba dilihat berada di Damsyik.

Susulan daripada itu, jurucakap Rumah Putih mengeluarkan kenyataan balas dengan menegaskan Washington tidak melihat sebarang bukti yang menunjukkan kebenaran laporan tersebut.

Difahamkan, kali terakhir Cuba menghantar bantuan ketenteraan kepada negara luar adalah di Angola dan Ethiopia pada 1970-an serta 1980-an.

Slovenia hadkan kemasukan migran


Slovenia hadkan kemasukan migran

20 OKTOBER 2015
Slovenia hadkan kemasukan migran Anggota polis membantu migran ketika menyeberangi sempadan Slovenia dan Austria, semalam. - Foto AFP

LJUBLJANA - SOLVENIA. Kerajaan Slovenia menurunkan jumlah pelarian yang memasuki negara itu kepada 2,500 sehari, iaitu separuh daripada bilangan dipersetujui sebelum ini dengan negara jiran Croatia.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Slovenia Bostjan Sefic berkata, negaranya tidak boleh menerima rayuan Croatia untuk menerima 5,000 pemohon suaka sehari dengan alasan bahawa had harian pelarian ke Austria adalah seramai 1,500 orang.

"Jika kami menerima 5,000 pendatang sehari, ia bermaksud 35,000 migran akan berada di negara ini dalam tempoh 10 hari. Ia tidak boleh diterima," katanya.

Menurut laporan media tempatan, Slovenia tidak mempunyai ruang cukup di kem transit terutamanya yang dibina untuk pelarian sejak awal tahun ini.

Awal minggu ini, Croatia dan Slovenia bersetuju untuk membuka sempadan sama seperti yang dilakukan oleh Jerman dan Austria.

Langkah itu dibuat selepas Hungary menutup sempadannya dengan Crotia dalam usaha bagi menghentikan kemasukan sejumlah besar pendatang untuk menyeberangi ke negara utara Eropah. - Press TV

Penentang terima bekalan senjata


Beirut: Kumpulan penentang yang berdepan dengan serangan tentera Syria dan sekutunya di selatan Aleppo berkata, mereka menerima bekalan baru peluru antikereta kebal buatan Amerika Syarikat daripada beberapa negara yang menentang Presiden Bashar al-Assad.

Ia kali pertama bekalan baru itu diterima sejak tentera Syria, dengan bantuan serangan udara Russia, memulakan serangan besar-besaran Jumaat lalu.


Penentang yang bernaung di bawah Tentera Pembebasan Syria itu berkata, bekalan baru itu tiba sejak serangan mula dilancarkan oleh tentera Syria dan sekutunya, militan dari Iran dan anggota Hizbullah dari Lubnan.

Bagaimanapun, seorang pegawai berkata, bekalan itu tidak mencukupi bagi menghadapi serangan besar-besaran itu.

“Kami memerlukan lebih banyak senjata. Yang kami terima setakat ini tidak banyak membantu,” kata pegawai yang enggan dikenali itu.

Beberapa kumpulan penentang sebelum ini menerima bekalan senjata mereka dari Turki sebagai sebahagian daripada program yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Pengarah kumpulan pemerhati Syria bagi hak asasi yang mengawasi sengketa di Syria berkata, kumpulan penentang berkenaan berjaya memusnahkan 11 kenderaan tentera Syria dengan peluru berpandu antikereta kebal berhampiran Aleppo sejak Jumaat lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 6:53 AM

SEORANG wanita berjalan bersama anaknya di bandar lama Aleppo yang hampir musnah akibat perang saudara sejak beberapa tahun lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86400#sthash.EeVlo6vL.dpuf

Lima Terbunuh Dalam Serangan Di Benghazi


Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 8:49 AM

BENGHAZI: Lima orang awam dilaporkan terbunuh dalam serangan yang dilakukan di ibu negara Libya di sini pada Isnin.
Hospital Al-Jalaa di sini mengumumkan terdapat empat orang terbunuh di lokasi serangan manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan.
Pengumuman yang dibuat menerusi Facebook itu mendakwa, seramai tiga lagi mangsa mengalami kecederaan dan masih dirawat.
"Kebanyakan mangsa merupakan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun," jelasnya.
Sumber tentera mengesahkan mengenai insiden di Laithi itu tetapi enggan mendedahkan dalang disebalik serangan berkenaan.
Dalam kejadian berasingan, kumpulan militan Negara Islam (IS) dilapor telah melaksanakan hukuman mati terhadap dua tahanan pada hari sama.
Salah seorang daripada mangsa merupakan warga Sudan beragama Kristian.