Wednesday 7 May 2014

Senjata buatan sendiri FSA

Senjata buatan sendiri FSA

Senjata buatan sendiri FSA
Askar FSA dari Briged Ansar Dimachk menggunakan iPad sebelum melancarkan mortar di Jobar, Damsyik. - Reuters 
6 Mei 2014 BUMI Syria masih terus dilanda perang saudara sejak Mac 2011 hingga mengakibatkan ratusan juta rakyat negara itu maut dan cedera. Angka itu turut menyumbang kepada kebanjiran pelarian di kem pelarian dan perlindungan di negara jiran.
Sungguh pun pelbagai penyeludupan dan sekatan di kawal ketat oleh tentera rejim Basar Al-Assad dan Tentera Pembebasan Syria (FSA) tetapi kedua-dua pihak masih mampu mencetuskan idea kreatif dalam pembuatan senjata buatan sendiri.

30 tentera Syria terbunuh

 Beirut: Kira-kira 30 tentera rejim Bashar maut apabila kumpulan pejuang meletupkan terowong di bawah pusat pemeriksaan di wilayah barat laut Syria kelmarin.

Video dan imej yang dimuat naik oleh penyokong penentang menunjukkan kepulan asap melitupi ruang udara di kawasan itu.
Ia disambut oleh kumpulan itu dengan takbir dan tembakan ke udara.
Kumpulan penentang melakukan serangan gerila bagi memerangi rejim Bashar tetapi letupan yang berlaku Isnin lalu adalah luar biasa.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria berkata, letupan itu berlaku di kawasan pinggir bandar Ma'arat al-Nu'man dalam wilayah Idlib.
Lebih 150,000 orang terbunuh sejak krisis tercetus di Syria yang bermula dengan gerakan aman penunjuk perasaan tetapi bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar mula bertindak kejam.
- Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/07

AS iktiraf Gabungan Kebangsaan Syria


Debu berterbangan akibat serangan kumpulan penentang kerajaan ke atas tentera Syria di Maarat al-Nouman di wilayah Idlib, Syria, kelmarin. - REUTERS
WASHINGTON 6 Mei - Amerika Syarikat (AS), semalam mengiktiraf kumpulan Gabungan Kebangsaan Syria sebagai duta diplomatik asing serta mengumumkan pelan dana berjumlah AS$27 juta (RM88 juta) bagi membantu kumpulan itu menyingkirkan Presiden Bashar al-Assad.
Hal tersebut diumumkan berikutan lawatan delegasi kumpulan penentang itu ke Washington diketuai Presidennya, Ahmad Jarba.
Ahmad juga akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry pada Khamis ini.
Syria akan mengadakan Pilihan Raya Presiden pada 3 Jun ini yang dijangka dimenangi Bashar, namun Washington mendakwa pilihan raya berkenaan tidak boleh dipercayai.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf berkata, wakil Gabungan Kebangsaan Syria itu kini diiktiraf sebagai duta misi luar di bawah undang-undang AS yang dilaksanakan bagi merasmikan hubungan antara Washington dan kumpulan itu.
"Namun, pengiktirafan itu tidak bermaksud AS melihat Gabungan Kebangsaan Syria sebagai kerajaan baharu Syria, sebaliknya hanya sebagai tanda kerjasama antara AS dan kumpulan itu yang mewakili rakyat Syria," katanya.
Katanya, kerjasama itu juga akan membantu menyediakan dana dan keselamatan kepada kumpulan tersebut, selain meningkatkan hubungan dengan warga Syria yang tinggal di AS.
Dalam satu kenyataan, Ahmad berkata, status baharu kumpulan gabungannya itu adalah satu tamparan diplomatik terhadap pentadbiran Bashar.
"Hal ini merupakan langkah yang penting bagi mengubah keadaan di Syria, di samping mendapat pengiktirafan antarabangsa serta memperkukuh hubungan Syria dan AS," katanya.
Dalam perkembangan lain, seramai 74 orang terbunuh dalam satu pertempuran antara kumpulan-kumpulan penentang, semalam di wilayah Deir Ezzor, lapor Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
Pertempuran yang melibatkan Barisan al-Nusra dan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) itu turut menyebabkan kira-kira 60,000 orang penduduk lari menyelamatkan diri dari sebuah bandar di wilayah itu. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140507/lu_03/AS-iktiraf-Gabungan-Kebangsaan-Syria#ixzz30yLmezvc
© Utusan Melayu (M) Bhd