Sunday 8 December 2013

Bekalan senjata Syria dimusnahkan


8 Disember 2013

THE HAGUE - BELANDA. Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), kelmarin mengesahkan kesemua bekalan senjata milik Syria yang belum diisi bahan kimia telah dilupuskan.

Jurucakap agensi tersebut memaklumkan beberapa bangunan di pusat kemudahan pengeluaran senjata tersebut yang terletak berhampiran bandar Homs turut dimusnahkan.

Difahamkan, wakil OPCW menetapkan sasaran untuk melupuskan kesemua bekalan senjata berbahaya itu di laut pada akhir bulan ini dan memusnahkan seluruh program menjelang pertengahan tahun depan.

Bekalan senjata Syria dimusnahkan


8 Disember 2013

THE HAGUE - BELANDA. Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), kelmarin mengesahkan kesemua bekalan senjata milik Syria yang belum diisi bahan kimia telah dilupuskan.

Jurucakap agensi tersebut memaklumkan beberapa bangunan di pusat kemudahan pengeluaran senjata tersebut yang terletak berhampiran bandar Homs turut dimusnahkan.

Difahamkan, wakil OPCW menetapkan sasaran untuk melupuskan kesemua bekalan senjata berbahaya itu di laut pada akhir bulan ini dan memusnahkan seluruh program menjelang pertengahan tahun depan.

Kebiadapan Syiah.



Bukan sahaja manusia atau haiwan yang masih hidup tidak dapat selamat daripada dibedil, malah, mereka yang telah meninggal dunia turut menjadi mangsa kerakusan dan kebiadapan Syiah. Segalanya mahu dibedil dan dimusnahkan.

Inilah dia Syiah. Berani mengakui mereka itu Islam. Menghalalkan segala yang haram di dalam Islam. Apabila hati dipenuhi kemungkaran, setiap tindak tanduk pasti bertunjangkan yang mungkar.

Dari Malaysia ke Syria.

Salah satu projek besar tahun 2013 oleh Syria Care
Projek Ramadhan Siri Akhir 2013

Dari Malaysia ke Syria.
Dari sumbangan ikhlas rakyat Malaysia kepada Umat Islam yang memerlukan di Syria.
Kepada mereka yang sedang mengalami kesempitan hidup angkara rejim zalim Assad, segalanya telah musnah; cita-cita dan impian. Kanak-kanak yang dibesarkan sewaktu Revolusi telah matang dari usianya dan kehilangan waktu bermain. Kepada mereka yang saban hari dihimpit kelaparan, dahaga dan kesejukan

Alhamdulillah, syukur di atas sumbangan Ikhlas rakyat Malaysia yang sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan dan menambah saham diakhirat. Sesungguhnya Allah yang menggerakkan setiap hati-hati manusia melakukan kebaikan dan menjadi sifat manusia sentiasa mahukan kebaikan.

Dari hati yang tulus ikhlas, kami mengucapkan jutaan terima-kasih.

Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=661E9UmacxA

syria berdarah

Pertempuran yang berterusan di Daraa, Syria memberi kesan yang berpanjangan kepada mereka yang bergelar mangsa. Ada diantara mereka yang terpaksa menanggung kecacatan fizikal seumur hidup. Semestinya harus lekat didalam pemikiran kita bahawa mereka yang bergelar mangsa ini adalah saudara-saudara Islam kita!

Link Video : https://www.youtube.com/watch?v=JBlQI6F1u1k

syria

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua yang bergelar hamba Allah.

Alhamdulillah, tahun 2013 kini sudah kian sampai ke penghujungnya dan rata-rata sedang sibuk menyiapkan anak-anak untuk kembali ke sekolah malah ada yang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan. Malah ada yang sedang merencanakan percutian bersama mereka yang tersayang.

Alhamdulillah. Tetapi, sambil bergembira janganlah kita lupa pada mereka yang tidak senasib dengan kita khususnya umat Islam di Syria, dan di mana sahaja mereka berada yang saat ini yang sedang dihimpit kesusahan.

Terdapat saudara kita di Syria yang tiada tempat berteduh, ditambah lagi dengan musim sejuk yang telah tiba. Allahu Rabbi, sangggupkah kita dihimpit kesejukan sehingga ke tulang tanpa tempat berteduh atau baju tebal? Bagi mereka yang sedikit beruntung, berkemungkinan mereka berlindung di sebalik khemah. Tetapi, masih mereka tidak dapat lari daripada ditenggelami air saat hujan turun tanpa henti. Kem Zatari, kem Ghuth, kem Ain Hawa, kem Rihaniah, kem Ummah dan lain-lain.

Jika kita tidak dapat membantu dengan wang ringgit, sumbangan keperluan asas atau lain-lain, cukuplah dengan doa ikhlas yang berterusan pada mereka. Yakinilah, doa itu ibarat perisai dan senjata bagi kaum mukmin.

Jazakumullahu khairan kathira

PENGUMUMAN PENTING



Kempen Pakaianku Mendahuluiku Ke Syurga

Tempat pengumpulan sumbangan keperluan musim sejuk di alamat No 37 A, Jalan 2/1, Taman Kajang Impian, Seksyen 7, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor di bawah pengurusan Ustaz Rosli Mokhtar 0192773912 telah pun penuh. Maka operasi pengumpulan sumbangan musim sejuk di lokasi ini DITUTUP buat sementara waktu. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Jika anda mempunyai selimut atau pakaian tambahan membawa kepada alamat berikut. Kami memerlukan :

✓ Kewangan (bagi membeli makanan & perubatan)
✓ Baju sejuk
✓ Selimut Tebal (Toto)
✓ Stokin tebal
✓ Sarung tangan tebal
✓ Topi musim sejuk (headcover)

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN 15/12/2013

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

MAYBANK - 562106630487
( PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA )

Alamat:

1) SYRIA CARE OFFICE
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
* Saudari Fauziah 01137030900
 

La illaha ilallah

Anak kecil ini tidur untuk merehatkan badan dan melupakan kecederaannya. Dia tidur dengan tenang, mungkin bermimpi akan ibu dan rumahnya yang cantik.

La illaha ilallah
 

Anak-anak kita dan Pengepungan.



Jangan biarkan rejim yang dipimpin singa penghisap darah umat Islam, Bashar al-Asad, sama seperti bapanya Hafez al-Asad menghirup darah puluhan ribu umat Islam sebahagian besarnya ulama’ Ikhwan Muslimin.

Hati seorang Ibu hancur berkecai melihat anaknya yang diasuhnya sejak kecil mati kebuluran. Seolah merenung keadaan itu dalam kebingungan, ibarat melihat tubuh yang dipenuhi luka dan wajah yang telah binasa sehingga sukar dikenali lagi.

Lalu, berbisik Ibu ini pada dirinya: Ya Allah, aku begitu lemah Ya Allah. Aku tidak punya apa-apa. Semuanya musnah. Aku tidak mampu bersabar lagi, dan hanya berbekalkan janji-janjiMu pada hambaMU, ku gagahkan diriku terus bernafas dan berjuang. Aku memohon keampunan padaMu dan bantulah aku menjaga anak-anak umat Islam yang kelaparan di sini.
 

Ini bukanlah sebuah klip dalam penggambaran filem. Mereka ini adalah rakyat Syria yang dipaksa keluar dari rumah mereka tanpa hala tuju.



-----------------------------------------------------------
Jika anda mempunyai selimut atau pakaian tambahan membawa kepada alamat berikut. Kami memerlukan :

✓ Kewangan (bagi membeli makanan & perubatan)
✓ Baju sejuk
✓ Selimut Tebal (Toto)
✓ Stokin tebal
✓ Sarung tangan tebal
✓ Topi musim sejuk (headcover)

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN 15/12/2013

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

MAYBANK - 562106630487
( PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA )

Alamat:

PEJABAT SYRIA CARE
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
* Saudari Fauziah 01137030900

"Apa lah sangat..Benda remeh saja nak perbesarkan. Seorang lagi sahaja pun kanak-kanak Syria yang dah meninggal dunia"..



Benar, apa lah sangat memperbesarkan isu di Syria. Ia hanyalah perang antara yang Haq dan Batil. Kenapa mahu sibuk-sibuk hal negara orang lain? Kita tidak daya lakukan apa-apa. Apa guna kita sebarkan berita tentang pergolakan di sana apabila di negara kita sendiri sedang bergolak.

Ia benar anak-anak Umat Islam di sana disiksa, disembelih, dibunuh, dicerai-beraikan daripada keluarganya, dizalimi, kelaparan yang teramat, kesejukan sehingga ke tulang, dan sebagainya tetapi terdapat juga umat Islam di Malaysia yang dihimpit kesusahan. Kenapa sibuk-sibuk mahu membantu yang jauh apabila yang dekat tidak tertolong?

Ia benar, tetapi pernah kah kita terlintas atau terdengar hadith riwayat muslim yang berbunyi,"Orang-orang Muslim itu ibarat satu tubuh; apabila matanya marasa sakit, seluruh tubuh ikut merasa sakit; jika kepalanya merasa sakit, seluruh tubuh ikut pula merasakan sakit.”

Mampukah kita berjalan megah diatas bumi sedangkan saudara kita di tanah yang kaya dengan sirah agama kita sedang disiksa sebegitu rupa? Mampukah kita?