Monday 1 April 2013

HARAPAN RAKYAT MALAYSIA


HARAPAN RAKYAT MALAYSIA Kami selaku rakyat Malaysia yang prihatin terhadap krisis yang berlaku di Syria mengharapkan, kerajaan Malaysia menyatakan sokongan rasmi terhadap Gabungan Kebangsaan Pembangkang dan Revolusi Syria. Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Qatar dan beberapa buah negara umat Islam yang lain, Malaysia wajar menyatakan sokongan yang sama. Demi Ummah Kita Bersatu.

SELAMAT PAGI SYRIA


SELAMAT PAGI SYRIA Sekarang waktu Syria tepat jam 6.50 pagi dengan cuaca 13 darjah celcius. Syria sekarang mula memasuki musim bunga. Doakan semoga permulaan pagi di awal bulan ini menjadi titik kemenangan buat mujahidin Syria.

TENTERA BASYAR YANG BERPALING TADAH



Dulu saya sering tertanya-tanya, kenapa akhir-akhir ini, setelah Rejim Basyar hampir tumbang makin ramai tenteranya yang berpaling tadah. Setelah begitu lama persoalan itu terjawap semalam semasa ceramah Ustaz Muhammad Nazmi di Masjid
Al-Azim.

Kata ustaz, beliau mempunyai seorang sahabat rakyat Syria yang pernah berkhidmat dalam pasukan Tentera Basyar selama 3 tahun. Antara syarat sebagai tentera ialah tidak boleh sesekali melakukan solat. Tanya Ustaz: Jadi selama 3 tahun engkau tidak pernah solat? Jawap kawannya: Aku solat dengan menggunakan isyarat mata.

Dalam satu-satu operasi ketenteraan, biasanya tentera Basyar (Sunni) akan diletakkan dibaris depan semasa operasi. Jika ada arahan untuk membunuh, mereka terpaksa lakukan, kerana dibelakang mereka adalah tentera syiah yang memerhatikan mereka. Sekiranya mereka ingkar, mereka (tentera sunni) pula yang akan ditembak.

Diceritakan juga oleh ustaz, bagaimana rakyat syria sedari kecil sudah diajar mentaati pemimpin mereka iaitu Hafiz Assad (Bapa Basyar). Sehingga ramai yang menganggap bahawa Hafiz Assad itulah bapa mereka.

Jadi kesimpulannya ialah, rata-rata tentera Basyar yang berpaling tadah adalah dari golongan Sunni, dan mereka sedar selama ini mereka ditindas dari segi kehidupan dan beragama.

Wallahualam

Pemberontak, tentera Syria terus bertempur



BEIRUT 1 April - Pertempuran sengit antara pemberontak Syria dengan tentera kerajaan menyebabkan penduduk di daerah Sheikh Maqsud, Aleppo beramai-ramai meninggalkan kediaman mereka.
Pengarah Pertubuhan Pemantau bagi Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, ramai penduduk meninggalkan Sheikh Maqsud selepas bedilan tentera mengenai kawasan itu dan menyebabkan beberapa rumah rosak.
"Beratus-ratus kereta kelihatan membawa ahli keluarga mereka me ninggalkan daerah itu," kata Abdel Rahman.
Pertempuran sengit tercetus di kawasan strategik yang didominasi puak Kurdis itu sejak kelmarin selepas tentera cuba menghalang kemaraan pemberontak ke kawasan tersebut.
Sheikh Maqsud terletak di atas bukit dan dari kawasan itu keseluruhan bandar Alleppo dapat dilihat. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130401/lu_02/Pemberontak-tentera-Syria-terus-bertempur#ixzz2PBuZLaqS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

syria

Zyad Al Masri killed in Doma city with a relative

A father holding his dead son between his hands, while blood is coming out of his body. What agony can the father take, what tragedy can the family take, as this boy was killed with his uncles, due to the shelling of the regime.

kanak2 syria jadi mangsa

Some times, we come across photos, especially when children are concerned, that make us unable to express our thoughts....................

We feel humanity has lost its direction.

syria

Look at the determination in her eyes, they really say that the revolution will be victorious, and victory will come from God only, because we have a just cause.

Good morning freedom

Imam Masjid Sheikh Masqsoud dipancung

Imam Masjid Sheikh Masqsoud dipancung
Penduduk mengecam tindakan pembunuhan iman di Aleppo.
BEIRUT - Serangan di kejiranan Sheikh Masqsoud kelmarin terus memuncak apabila seorang imam, Sheikh Hassan Seifeddin dilaporkan dibunuh di bandar Aleppo, Syria.

Dipetik AFP, Sheikh Hassan Seifeddin merupakan imam di masjid Sheikh Masqsoud di kawasan utara Aleppo dipercayai dibunuh ketika  sedang mengimamkan solat.

Jenazahnya juga dipercayai dipancung sebelum diheret melalui jalan-jalan utama di bandar itu.

Agensi berita Sana melaporkan, Seifeddin dibunuh dan badannya dikerat manakala stesen televisyen rasmi Al-Ikhbariya pula melaporkan imam itu disembelih dan dipancung.

“Kepalanya diletakkan di atas menara Masjid Al-Hassan iaitu masjid yang sering dikunjunginya untuk memimpin solat,” menurut laporan itu.

Pihak berkuasa Syria menuduh Kumpulan Pembebasan Syria (FSA)  bertanggungjawab terhadap perbuatan itu kerana Seifeddin merupakan pemimpin pro-rejim Bashar Al Assad yang setia.

Namun, FSA mengecam tuduhan itu dan mengesahkan mereka tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut.

Awal bulan ini, seorang lagi ulama pro-rejim, Dr Mohammed Saeed Ramadan al-Bouti turut terbunuh dalam satu letupan di masjid dalam kejiranan Mazraa di Damsyik.

Shalat Subuh di Jalan Aleppo, Syria.

Tiga telaga minyak Syria dibakar



01/04/2013 2:52am

BEIRUT – Pemberontak di Syria telah membakar tiga telaga minyak di timur negara itu hingga mengakibatkan kerugian hampir 5,000 tong minyak dan 52,000 meter padu gas sehari, kata pegawai rasmi dari kementerian minyak dan industry negara itu.
Menurut laporan agensi berita Syrian Arab News (SANA), kemusnahan di telaga minyak wilayah Deir Al-Zor itu adalah berikutan pertikaian mengenai perkongsian hasil minyak di tempat yang telah dikuasai kumpulan pemberontak tersebut.
Perbadanan Petroleum Al-Furat memberitahu, pihaknya telah berusaha memadamkan tiga kebakaran tersebut. Pada mulanya, sembilan buah telaga telah dibakar oleh pemberontak tersebut, namun tidak dinyatakan keadaan enam telaga yang lain.
Sekatan telah dikenakan ke atas Syria oleh Kesatuan Eropah dua tahun lalu berikutan protes besar-besaran terhadap Presiden Bashar al-Assad melarat menjadi konflik bersenjata. Hal tersebut telah melumpuhkan eksport minyak negara itu.
Kerajaan Assad juga terdesak untuk memenuhi keperluan tenaga domestik selepas hilang kawalan ke atas wilayah timur Syria yang menjadi lokasi sebahagian besar daripada telaga-telaga minyak utama.
Penduduk tempatan bagaimanapun memberitahu, pengeluaran minyak diteruskan di beberapa kawasan lain, dengan pihak pemberontak membenarkan pihak berkuasa tempatan menghantar minyak ke kawasan-kawasan yang dikawal kerajaan. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_02.htm#ixzz2PA4oqXHs 
Hakcipta terpelihara 

Pertempuran sengit di Aleppo, Syria




SEORANG lelaki (tengah) yang cedera diusung oleh beberapa rakannya di kawasan perumahan Daiaat Al-Ansari, Aleppo kelmarin.- REUTERS


BEIRIUT - Pertempuran sengit berlaku antara kumpulan penentang dengan tentera rejim Bashar Al-Assad di daerah Sheikh Maqsud di bandar Aleppo, kata kumpulan Pemantau Hak Asasi Untuk Syria semalam.
Menurut pengarah kumpulan tersebut, Rami Abdel, sejumlah penduduk berpindah ekoran bedilan yang melibatkan serangan tentera Presiden Syria itu.
"Ratusan buah kereta yang membawa anggota keluarga meninggalkan kawasan penduduk itu," katanya.
Pertempuran sengit itu berlaku sejak Jumaat lalu.
Menurut kumpulan berkenaan, seramai 43 orang terbunuh dalam pertempuran itu termasuk 15 orang awam dan lima anggota tentera.
Kawasan itu terletak di sebuah bukit.
Menurut kumpulan berkenaan, seornag ulama Sunni, Sheikh Hassan Seifeddin yang pro-Bashar mati dalam serangan kumpulan penentang itu.
Kumpulan penentang itu yang terdiri daripada penduduk tempatan melancarkan serangan sejak Mac 2011.
Mereka menuntut Bashar meletakkan jawatan selepas gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran.
Lebih 70,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria.
Sebelum ini, kumpulan penentang yang membentuk Majlis Perikatan Kebangsaan Syria dibenarkan untuk membuka kedutaan di Qatar. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2PA2XqJJb 
Hakcipta terpelihara