Thursday 26 November 2015

Serangan di Paris bakal cetus Perang Dunia Ke-3?


Serangan di Paris bakal cetus Perang Dunia Ke-3?

Inilah gambaran kemusnahan yang berlaku di Syria. Gambar ini menunjukkan keadaan di pusat bandar Deir Ezzor di timur laut negara itu. Sudah beratus ribu nyawa menjadi korban pertempuran dan angka itu terus meningkat drastik sejak penglibatan Rusia dan Perancis. - Foto Getty images: AHMAD ABOUD

SERANGAN di Paris yang mengorbankan 130 nyawa dilihat amat signifikan dengan apa yang sedang berlaku di Syria ketika ini.
Di bumi Presiden Bashar Al-Assad,  pertempuran hebat berlaku antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia dengan menjadikan halaman Syria sebagai medan pertempuran dalam menunjukkan kehebatan persenjataan dan pesawat pejuang masing-masing sejak 30 September lalu.
Rusia menampilkan sistem pertahanan udara S-400 terkini, yang dikenali Nato sebagai  SA-21 ‘Growler’ yang ditempatkan di Pangkalan Udara Latakia di pantai Syria sebagai kubu pertahanan jika diserang dari arah Turki dan Israel.
Selain pesawat tempur Sukhoi Su-24, Su-25, SU-30 dan Su-34 yang selalu digunakan, S-400 juga berpotensi memintas ancaman udara dari peluru berpandu kapal perang  RAF Tornado dan pesawat tempur F-15 dan F-16 milik AS dan sehingga awal bulan ini, Rusia mendakwa dapat menguasai 277 lokasi IS di Aleppo, Damsyik, Lattakia, Hama, Homs dan Idib.
Segala pertempuran itu didakwa berpunca dari gerakan IS dan episod memenggal kepala, rogol dan bunuh terhadap penduduk tempatan termasuk kanak-kanak yang menjadi wadah media setiap hari.
Namun, adakah niat Rusia untuk membantu Presiden Assad membersihkan IS dari bumi itu benar-benar telus atau ia sengaja mahu membuatkan AS malu kerana gagal menghapuskan kumpulan pengganas  terbabit selepas Uncle Sam dan Arab Saudi melabur berbilion dolar bagi menggulingkan kerajaan Assad yang selama ini teguh disokong Kremlin?
Tindak balas AS  menghantar 50 kargo kelengkapan ketenteraan sebagai pertahanan dilihat lucu dan bodoh oleh rakyatnya sendiri sehingga Pentagon mengeluarkan arahan untuk berhenti melatih pemberontak Syria dengan alasan, mereka menolak untuk menentang IS dan hanya fokus mahu melawan rejim Assad.
Berbalik pada situasi di Paris, hanya dalam tempoh empat hari segala-galanya mencapai klimaks menerusi serangan mega oleh Perancis ke atas kubu-kubu IS di Syria.
Kementerian Pertahanan Perancis dalam satu laporan berkata, sebanyak 12 pesawat pejuang melakukan serangan di wilayah Raqqa dengan kerjasama AS dan serangan dengan 20 bom itu meranapkan kem komando dan kawasan latihan ketenteraan IS.
Secara logik, apakah serangan di enam lokasi berasingan Paris itu hanya alasan untuk memberi peluang kepada Perancis bergabung dengan AS di Syria bagi berhadapan dengan Rusia?
Ini kerana serangan di Paris yang dianggap terburuk sejak tragedi 11 September 2001 di New York memaksa Presiden Perancis, Francois Hollande mengisytiharkan darurat dan beliau mengisytiharkan menutup sempadan selain mengerahkan ribuan anggota tentera tambahan ke kota itu.
Ramai penganalisis perang berpendapat, ia adalah satu langkah dan alasan bagi membenarkan serangan itu terjadi.  Persoalannya, siapa sekutu dan siapa seteru dalam situasi ini?
Sejurus serangan itu, satu dunia seperti bergoncang apabila kenyataan demi kenyataan untuk membantu Perancis dikeluarkan walhal Rusia terus membisu dan menjadi pemerhati senyap.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau antara yang terawal mengeluarkan kenyataan akan membantu dari segenap cara termasuk mengerahkan tenteranya sebagai pasukan sokongan.
Beliau yang menganggap Perancis sebagai ‘sepupu’ negaranya bagaimanapun sedang mempertimbangkan untuk memanggil semula semua jet pejuang milik Kanada yang selama ini digunakan dalam misi AS di Iraq kerana bimbang negaranya pula jadi sasaran serangan IS.
Bagi Malaysia pula, Wisma Putra dalam satu kenyataan hanya mengutuk keras serangan itu dan beberapa menteri turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka juga menjadi sasaran IS termasuk Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Rusia tidak keseorangan
Sejak pertempuran Rusia dan AS di Syria, jarang sekali sekutu Rusia didedahkan oleh mana-mana media.
Ini kerana, kebanyakan negara berjaya diracun oleh kuasa Barat untuk terus menuding jari ke arah Rusia bagi melabelkan negara beruang merah itu kononnya  musuh utama dunia.
Setiap kali pertempuran hebat antara Rusia dan sekutu AS di Syria berlaku, pasti cerita IS tenggelam dan kisah keganasan yang dikatakan menjadi punca pertempuran dua kuasa besar dunia itu tercetus disebabkan IS. IS terus dijadikan kambing hitam dan propaganda bagi ‘menghalalkan’ perang.
Namun, diam tak diam, ada juga negara yang teguh bersama Rusia iaitu Chechnya.
Pemimpin Chechnya, Ramzan Kadyrov dengan tegas menyatakan tidak ada yang peduli terhadap apa yang difikirkan oleh Barat mengenai operasi Angkatan Tentera Udara Rusia di Syria.
Beliau berkata demikian menerusi akaun rasmi Instagramnya menerusi kenyataan, “Orang akan berfikir bahawa dunia seharusnya bergembira dengan serangan ini, kemudian kita akan melihat AS khuatir mengenai kerugian dideritai IS.
Mereka mengatakan IS adalah syaitan, namun sejurus Angkatan Udara Rusia memulakan serangan, mereka tiba-tiba mengutuk pengeboman itu dan menyeru untuk mengambil tindakan terhadap Rusia."
Pemimpin Chechnya itu juga berkata, Chechnya kini sedang melaksanakan tindakan preventif bertujuan untuk menjaga rakyatnya dan rakyat Rusia, agar tidak  bergabung dengan IS.
Bagi melaksanakan tugas itu, Kadyrov meminta restu kepada Presiden Rusia bagi membenarkan pasukan tenteranya untuk bersama memerangi IS di Syria, dan beliau juga berkata, tenteranya telah bersumpah untuk memerangi pengganas itu hingga titisan darah terakhir.
Dalam satu temu bual dengan radio RSN, Kadyrov berkata, “Sebagai Muslim, sebagai warga Chechnya dan sebagai askar Rusia, saya ingin mengatakan bahawa saat republik kami diserang oleh syaitan-syaitan ini, kami telah bersumpah dengan al-Quran bahawa kami akan memerangi mereka di mana pun mereka berada."
Kadyrov juga berkata, unit pasukan khusus (komando) Chechnya berada dalam siap siaga untuk melakukan pertempuran tahap tertinggi dan yakin pengganas IS akan segera menghilangkan diri kerana gentar untuk berhadapan dengan tenteranya.
Beliau juga mengusulkan akan menarik semula kewarganegaraan Chechnya mahupun Rusia jika terbukti ada rakyat negara itu menyertai IS.
Amaran juga diberikan jika ada rakyatnya menyertai IS maka mereka tiada peluang dan ruang untuk kembali ke Chechnya dan Rusia.
Bagaimanapun katanya, perisikan akan terus dilakukan kerana IS bertindak atas perintah dari perisikan Barat untuk melakukan serangan di negara-negara yang majoritinya adalah penduduk Islam.
Tujuan mereka adalah untuk membunuh pejuang Islam dan menghancurkan ekonomi serta integriti negara-negara Islam.
Sebagai contoh katanya, Barat sebelum ini pernah mewar-warkan bahawa gerakan IS mula menular di Kaukasus Utara namun katanya perkara itu tidak perlu dihiraukan kerana ia sekadar skrip rekaan AS untuk memberi alasan bagi menyerang negaranya.
“IS tidak akan berani datang ke Rusia dan jika mereka berani berbuat demikian maka keputusan itu adalah perkara terakhir yang berani mereka lakukan sebelum meninggal dunia,” katanya.
Di sisi lain, kumpulan Front al-Nusra yang dianggap sebagai kelompok pemberontak yang mendapat dukungan penuh AS dan Arab Saudi didakwa giat
melakukan pembersihan terhadap etnik Alawi di Lattakia, Syria sedangkan pembersihan etnik menyalahi apa jua agama di dunia.
Kumpulan Front al-Nusra adalah kumpulan yang ke hadapan berusaha menumbangkan rejim Assad.
Saudi pula sebagai salah satu negara penting dalam konflik di Syria masih tidak berpendirian jelas kerana terus menyokong kumpulan Front al-Nusra dan
pada masa yang sama, memprotes penglibatan Rusia yang menyokong Assad serta beranggapan bahawa tindakan mereka melatih kumpulan ini
adalah tindakan yang sah.
AS bagaikan mahu konflik di Syria berpanjangan kerana tidak mahu melihat siapakah pemenangnya. Ini dilakukan bagi melemahkan Syria yang
merupakan salah satu kekuatan negara Islam.
Setelah keruntuhan Soviet Union, AS tiada musuh yang kuat dan satu-satunya musuh berpotensi untuk memeranginya adalah Islam.
Oleh sebab itu, penting bagi AS untuk meneruskan konflik di Syria manakala Saudi pula memiliki kepentingan untuk menumbangkan rejim Assad
disebabkan keakraban Assad dengan Iran yang sama-sama bermazhab Syiah.
Perang Dunia Ke-3? Penglibatan Perancis di Syria untuk bersama dengan AS dan sekutunya dalam usaha memerangi IS sedikit demi sedikit memberi bayangan mungkin akan tercetus Perang Dunia Ke-3.
Di ibu pejabat Nato di Brussels, Belgium, tentera yang dikawal oleh Pentagon mengisytiharkan menerima arahan diarah tertugas dan siap siaga pada hujung minggu ini dan perikatan 28 negara itu juga sepakat mematuhi arahan tersebut sejajar dengan Perkara 5 yang termaktub dalam Piagam PBB berkaitan Nato.
Merujuk kepada perkara itu, “Pihak-pihak bersetuju bahawa serangan bersenjata terhadap satu atau lebih di Eropah atau Amerika Utara akan dianggap
sebagai serangan terhadap Nato dan akibatnya mereka bersetuju bahawa, jika apa-apa serangan bersenjata berlaku terhadap hak individu atau pertahanan berbentuk kolektif yang diiktiraf dalam Perkara 5, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu maka mereka wajar dibantu untuk
melakukan serangan balas."
Namun, perlu diingat, satu-satunya negara yang pernah menguatkuasakan Perkara 5 adalah AS selepas serangan 9/11 pada 2001.
Jika Perancis ingin menjadi negara kedua dalam hal itu, langkah pertama harus dilakukan adalah memanggil duta dari 28 negara anggota ke Brussels untuk melakukan rundingan seperti termaktub dalam Pasal 4, sebelum membuat sebarang keputusan.
Perkara ini penah dilakukan Turki pada tahun lalu selepas serangan IS di negara terbabit. Tetapi jelas, perkara itu tidak berlaku terhadap Perancis
apabila melulu melakukan serangan atas alasan terlalu marah dengan perbuatan yang didakwa dilakukan IS dan akhirnya terus melompat ke Perkara 5.
Susulan tindakan drastik itu, ia membawa kepada kemuncak jutaan pelarian Syria memuladi kan langkah bersabung nyawa lari menyelamatkan diri ke
Eropah selepas terkepung dengan serangan paling dahsyat sepanjang minggu ini.
Nampaknya, Nato tidak boleh berpura-pura untuk mengetepikan atau menafikan realiti yang berlaku dan sudah tiba masanya pihak berkenaan bertindak tetapi adilkah Nato mengikut telunjuk Pentagon yang menguatkuasakan Perkara 5 tanpa berunding?
Hakikatnya, Nato harus mengenepikan perbezaan dalaman, Nato mempunyai sumber ketenteraan yang amat besar termasuk lebih tiga juta askar, lebih 25,000 pesawat tentera, 800 kapal perang pejuang utama dan 50 pesawat AWACS.
Oleh itu dapatkah kita bayangkan jika Nato menyertai misi memburu IS dengan skala pertahanan yang sangat besar? Sudah pasti akan ramai lagi rakyat Syria menjadi korban.
Nato sepatutnya mengambil langkah praktikal sejajar dengan undang-undang antarabangsa dan bukannya mengikut kehendak Pentagon.
Antara langkah yang boleh diambil adalah;
- Pertama, mengikut perjanjian Nato, serangan Paris perlu dirujuk kepada Majlis Keselamatan PBB terlebih dahulu sama ada mahu menyokong serangan balas ketenteraan atau pun sebaliknya.
- Kedua, anggota perikatan perlu menetapkan satu arahan iaitu memimpin, merancang dan melaksanakan tindak balas operasi tanpa provokasi dari mana-mana negara anggota.
- Ketiga menyediakan pasukan khas Nato untuk mengetuai operasi ketenteraan menerusi perkongsian risikan antara negara anggota.
- Keempat yang paling penting dalam memberi kesan jangka panjang ialah Nato perlu mengadakan misi latihan untuk askar Kurdis dan Peshmerga-Yazidi sebelum membenarkan mereka bergabung untuk bertempur di utara Iraq seperti dilakukan Jordan dalam Latihan Misi-Iraq (NTM-I), pada
2004-2011.
- Kelima, sebarang pengeboman mega yang diketuai AS di Syria dan Iraq perlu mendapat kebenaran Nato kerana mereka mampu menggunakan aset semaksimum mungkin sesuai dengan keperluan yang ada.
Akhir sekali, Nato perlu membina gabungan terbuka, termasuk dengan musuh tradisi mereka iaitu Rusia.
Rusia sekutu Perancis? Selasa lalu, Presiden Putin mengarahkan tenteranya menyelaraskan operasi ketenteraan dengan Perancis untuk menggerakkan pelan tindakan bersama di Syria.
Ini adalah isyarat awal dalam pemulihan hubungan baik selepas serangan pengganas di Paris dan menembak jatuh sebuah pesawat Rusia awal bulan lalu di Sinai.
Tindakan ini dilihat makin rumit kerana siapakah musuh sebenar mereka, IS atau Islam?
Putin dilihat sebagai seorang pemimpin yang tegas dan jarang sekali melakukan kesilapan dalam kerahan ketenteraan.
Arahan beliau biasanya terang dan ringkas iaitu ‘sapu bersih’ kerana tidak mahu memanjangkan sesuatu operasi bagi mengelak kerugian perbelanjaan.
Apa kesudahan? Permainan perang ini makin menarik apabila AS terus kekal mengarahkan drama bersiri ini. AS tanpa putus asa meracun semua penduduk dunia untuk membenci Rusia dan jangan terlupa bahawa Malaysia juga menjadi mangsa iaitu dalam tragedi MH17, Malaysia ditakuttakutkan
dengan kehadiran pengebom berani mati IS ketika sidang kemuncak Asean minggu lalu.
Kenapa Malaysia sanggup terlibat dalam perkara ini?

Putin dakwa pemimpin politik Turki galak Islamisasi



PRESIDEN Russia, Vladimir Putin. - Foto AP
MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin berkata hari ini, pemimpin politik Turki menggalakkan Islamisasi masyarakat Turki, sesuatu yang disifatkan beliau sebagai masalah, menurut agensi berita Russia yang memetik beliau sebagai berkata.
Bercakap sehari selepas Turki menembak jatuh sebuah jet milik Moscow, Putin berkata "Masalahnya bukanlah tragedi yang kita saksikan semalam. Masalah sebenarnya jauh lebih parah lagi. Kami perhatikan... sejak sekian lama, kepimpinan semasa Turki seolah sengaja meneruskan dasar menyokong Islamisasi negara mereka," agensi berita Tass memetik beliau sebagai berkata.
Sementara itu, Putin turut berkata, sistem pertahanan udara S-400 akan dihantar ke pangkalan udara Russia di Syria, menurut laporan Interfax dan agensi lain. - REUTERS

Turki dedah rakaman audio beri amaran jet Russia







ISTANBUL: Angkatan Tentera Turki hari ini menyiarkan beberapa siri rakaman audio yang memberi amaran kepada pesawat pejuang Russia sebelum ditembak jatuh di sempadan Syria.
"Ini adalah Tentera Udara Turki dalam kawalan. Anda sedang memasuki ruang udara Turki. Ubah haluan anda ke selatan dengan segera," demikian suara dari salah satu pita rakaman yang dikeluarkan.
Rakaman suara itu didedahkan selepas seorang daripada juruterbang pesawat pengebom Su-24 Russia yang terselamat memberitahu, pesawat itu tidak menerima apa-apa amaran dari Tentera Udara Turki dan pesawat tidak terbang di ruang udara negara itu.
Turki sebelum ini mempertahankan tindakan pesawat F-16 negara itu menembak jatuh pesawat Russia berkenaan selepas memberi 10 amaran dalam masa lima minit sebaik pesawat dikesan menceroboh ruang udara.
Russia semalam sebaliknya menegaskan kejadian itu sebagai satu perbuatan 'provokasi terancang'.
Kejadian itu dikatakan mengancam hubungan kedua-dua negara yang memainkan peranan besar dalam menangani konflik di Syria serta meningkatkan kebimbangan ia boleh merebak kepada konflik geopolitik. - AFP

Parlimen Perancis setuju lanjut serangan ke atas Syria

PARIS: Ahli Parlimen Perancis hari ini sebulat suara menyokong usul melanjutkan serangan udara terhadap Kumpulan Negara Islam (IS) di Syria yang ditingkatkan selepas kejadian serangan di Paris, dua minggu lalu.
Dewan Kebangsaan Perancis meluluskan usul menyambung operasi serangan ke atas Syria selepas 515 anggota dewan mengundi bersetuju, empat menentang manakala 10 berkecuali. - AFP
AHLI Parlimen Perancis hari ini sebulat suara melanjutkan serangan udara terhadap IS.

Juruterbang Jet Rusia Maut, Rakan Terselamat


Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 10:00 AM
Juruterbang sempat keluar dari pesawat menggunakan payung terjun dan diselamatkan pihak tentera Syria.

MOSCOW: Seorang juruterbang jet Rusia yang ditembak jatuh tentera Turki terbunuh, manakala rakannya yang cedera diselamatkan tentera Syria selepas kedua-duanya berjaya keluar dari pesawat itu.
Maklumat itu disampaikan tentera Rusia yang menyiasat kejadian berkenaan dan disahkan Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu.
Kata Shoigu, juruterbang kedua telah diselamatkan tentera Syria yang menyokong Presiden Bashar al-Assad.
“Operasi menyelamat telah berakhir. Juruterbang kedua dibawa ke pangkalan tentera Rusia,” katanya.
Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, juruterbang yang terbunuh akan diberi penghormatan dengan dikurniakan anugerah tertinggi.
Selain itu, laman web Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan askar mereka dibunuh apabila sebuah helikopter Mi-8 yang dinaiki dalam operasi mencari dan menyelamat pasangan juruterbang itu ditembak dan terpaksa mendarat cemas.
Menurut Rudskoi, helikopter itu ditembak oleh mortar yang dilancarkan dari wilayah di bawah kawalan pemberontak. 

PM Kanada Lanjutkan Tempoh Terima Pelarian


Diterbitkan: Khamis, 26 November 2015 1:22 PM

OTTAWA: Kepentingan keselamatan orang awam berikutan serangan Paris menjadi keutamaan Kanada untuk melanjutkan tempoh menerima 25,000 pelarian Syria, kata Perdana Menterinya, Justin Trudeau.
Kerajaan Pusat mengumumkan untuk menerima pelarian itu sehingga akhir Februari dan semua keperluan pemeriksaan keselamatan juga akan dilakukan.
Penganalisa dan pengkritik berkata, rancangan itu akan menyebabkan prosedur keselamatan dilakukan secara tergesa-gesa terutamanya susulan serangan 13 November di Paris yang melibatkan militan Negara Islam (IS).
"Antara yang berubah ialah persepsi rakyat Kanada terhadap apa yang berlaku di Paris," kata Trudeau kepada pemberita di London.
Kanada memperuntukkan sebanyak C$678 juta sejak lebih enam tahun lepas untuk pelarian Turki, Syria dan Jordan. Penerbangan pertama dijangka berlepas dari daerah itu pada awal bulan depan.
Pasukan perubatan menyambut baik kedatangan pelarian itu dan bersedia memberi perkhidmatan kepada pelarian yang akan tiba selepas kerajaan Konservatif mengurangkan penerimaan pelarian sejak sedekad lepas.
"Kebanyakan pertubuhan dan institusi menyambut baik kedatangan mereka dan ada beberapa minggu lagi untuk bersiap sedia," kata Pengarah Eksekutif Majlis Pusat Kanada untuk Pelarian, Janet Dench.
Kanada menerima pelarian pada beberapa tahun lepas termasuk 5,000 pelarian Kosovo pada 1999 dan 60,000 pelarian Vietnam pada 1979 dan 1980.
Menurut data kerajaan, jumlah kemasukan pelarian ke Kanada pada 2014 iaitu 23,286 menurun berbanding 35,775 pada 2005.
Penempatan semula pelarian menunjukkan banyak agensi ingin membantu pelarian ini dengan menyediakan perumahan, pekerjaan, persekolahan, kelas bahasa, program dan servis untuk tempoh sedekad.
"Pada 10 tahun lepas, kami nampak banyak pengurangan dalam sektor antara dua peratus hingga 100 peratus, yang mana ia sangat ," kata Pengarah Eksekutif Pusat Komuniti Arab di Toronto Huda Bukhari. -- Reuters

Eropah sudah tidak mampu lagi

Berlin: Negara Eropah tidak lagi berdaya menerima kedatangan pelarian atau pendatang baru disebabkan krisis yang semakin meruncing, kata Perdana Menteri Perancis Manuel Valls dipetik akhbar Jerman, semalam.
“Kita tidak mungkin lagi mampu menerima pelarian di Eropah. Memang tidak mampu. Kesatuan Eropah (EU) mesti mengetatkan kawalan sempadannya kerana itu akan menentukan nasib kita semua di dalam EU,” katanya kepada akhbar Sueddeutsche Zeitung.
Kenyataan itu disiarkan media beberapa jam sebelum Canselor Jerman, Angela Merkel dijadualkan menemui Presiden Perancis Francois Hollande di Paris.
Ada pihak menuduh keputusan Angela membuka sempadan Jerman kepada pelarian Syria, September lalu, menyebabkan lebih ramai pendatang ke Eropah.
Isu itu semakin ‘panas’ rentetan serangan pengganas di Paris pada 13 November lalu yang menimbulkan kebimbangan militan Negara Islam (IS) mengeksploitasi krisis pendatang itu untuk menghantar pejuangnya ke Eropah.
Menteri Ekonomi Perancis Emmanuel Macron dan rakan sejawatannya dari Jerman, Sigmar Gabriel mencadangkan menubuhkan dana berjumlah 10 bilion euro (RM44.6 bilion) untuk digunakan bagi kawalan ke selamatan serta sempadan lebih tinggi dan penjagaan pelarian.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin menyelar sekatan baru beberapa negara Eropah terhadap pelarian, mengakibatkan kira-kira 1,000 pendatang terkandas di sempadan utama memasuki Macedonia dari Greece. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 11:30 AM


SEORANG sukarelawan membawa seorang bayi turun dari bot manakala rakan-rakannya membantu pelarian dan pendatang lain ke darat selepas tiba di pulau Lesbos, Greece, dari Turki.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/95904#sthash.SuDBrr4p.dpuf

Obama: Turki berhak lindung kedaulatan negara


Obama
Obama
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) berpendapat Turki mempunyai hak untuk melindungi ruang udara dan negaranya.
Walau bagaimanapun, Presiden AS, Barack Obama mengaku pihaknya masih belum menerima maklumat penuh mengenai kejadian tersebut.
Kata Obama, insiden jet Rusia ditembak jatuh semalam bakal mengganggu operasi yang dijalankan oleh Rusia.
"Operasi Rusia mengambil tempat berhampiran sempadan Turki. Mereka sedang memburu pihak pemberontak.
"Kalaulah Rusia fokus operasi mereka kepada militan IS, konflik sebegini mungkin dapat dielakkan," kata Obama dipetik laporan CNN.
Obama memberikan kenyataan tersebut dalam perjumpaan bersama Presiden Perancis, Francois Hollande di White House, AS.
Hollande pula berpendapat semua pihak harus mengelak dari mengeruhkan keadaan di Syria.
"Kita perlu cari penyelesaian kepada krisi Syria," kata Hollande.
Hollande bakal bertemu Putin minggu ini untuk berbincang mengenai tindakan yang akan diambil untuk menentang militan IS.

Putin mengamuk Turki tembak jatuh jet


Vladimir Putin
Vladimir PutinMOSCOW - RUSIA. Hubungan Turki-Rusia dijangka bakal menghadapi kesan serius selepas sebuah pesawat Rusia ditembak jatuh oleh kerajaan Turki, semalam.
Presiden Rusia, Vladimir Putin menyifatkan Turki sebagai 'rakan pengganas' dan 'telah menikam belakang Rusia'.
"Saya boleh menipu tentang apa yang terjadi. Jet pejuang kita ditembak jatuh di wilayah Syria dengan roket dari jet pejuang F-16 milik Turki," kata Putin dipetik laporan CNN.
Dalam kejadian tersebut, jet pejuang berkenaan terhempas di Bayirbucak.
[ARTIKEL BERKAITAN: Turki tembak jatuh jet pejuang Rusia]
"Jet tersebut terbang 1 kilometer dari sempadan Turki ketika diserang.
"Yang jelas, jet dan juruterbang kami tidak memberikan sebarang ancaman kepada Turki.
"Mereka sedang terlibat dalam operasi melawan militan IS di utara Latakia ketika kejadian," jelas Putin.
Turki sehingga kini menentang regim Presiden Syria, Bashar al-Assad sambil memberikan perlindungan kepada lebih dua juta pelarian Syria.

Turki pertahan tindakan


Turki pertahan tindakan
Beberapa pesawat Su-24 ditempatkan di pangkalan tentera udara Hmeimim di wilayah Latakia selepas Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Syria, 30 September lalu. - Foto AFP

ISTANBUL - TURKI. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam menegaskan mereka tidak mahu mencetuskan sebarang ketegangan dengan Rusia selepas pesawat Su-24 ditembak jatuh kerana didakwa mencabuli ruang udara negara itu.
"Ankara tidak berniat untuk meningkatkan lagi konflik sedia ada kerana kami hanya mahu melindungi keselamatan rantau ini. Kami tidak akan berdiam diri jika keselamatan sempadan dan kedaulatan negara ini dicabuli," katanya lagi.
Sementara itu, laman pembocor maklumat, WikiLeaks turut mendedahkan kandungan surat yang dihantar oleh Turki kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.
"Pesawat tidak dikenali telah memasuki ruang udara negara terbabit selama 17 saat dan Ankara telah meminta ia mengubah haluannya melalui saluran kecemasan sebelum ditembak jatuh jet pejuang F-16 selepas amaran itu tidak dihiraukan," jelas WikiLeaks.
Menurut Agensi, dalam perkembangan berkaitan, kumpulan pemberontak Syria mendakwa mereka telah menembak helikopter yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (Sar) dua juruterbang Rusia yang dilaporkan sempat melompat keluar.
Bagaimanapun, kesemua 10 penumpang helikopter tersebut berjaya dipindahkan dengan selamat selepas ia mendarat cemas akibat dibedil dengan peluru berpandu TOW.
Dalam satu kenyataan, pegawai turus Rusia mengesahkan salah seorang daripada juruterbang terbabit terbunuh manakala rakannya berjaya diselamatkan dalam operasi selama 12 jam disertai unit khas.

Seorang juruterbang Rusia terbunuh


Mayat seorang juruterbang pesawat Sukhoi-24 yang ditembak mati.


MOSCOW – Salah seorang juruterbang pesawat tempur Rusia yang ditembak jatuh oleh tentera Turki kelmarin terbunuh akibat tembakan yang dilepaskan dari darat selepas dia berjaya keluar dari pesawat, kata tentera Rusia memetik maklumat awal.
Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata, juruterbang kedua pula berjaya diselamatkan oleh tentera Syria yang menyokong Presiden Bashar al-Assad.
“Operasi menyelamat telah berakhir. Juruterbang kedua sedang dibawa ke pangkalan kami dalam keadaan baik,” kata Shoigu.
Sementara itu, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, juruterbang yang terbunuh akan dikurniakan anugerah tertinggi sebagai penghormatan.
Terdahulu jurucakap tentera Rusia, Jeneral Sergei Rudskoi memberitahu, seorang juruterbang yang terlibat ditembak selepas dia jatuh di kawasan kumpulan pemberontak Syria.
“Salah seorang juruterbang tercedera selepas mendarat menggunakan payung terjun, namun dia dibunuh oleh militan di kawasan tersebut,” katanya.
Dalam kenyataan yang di­siarkan laman web Kementerian Pertahanan Rusia, askar mereka dibunuh apabila sebuah helikopter Mi-8 yang dinaiki dalam operasi mencari dan menyelamat pasangan juruterbang itu ditembak dan terpaksa mendarat cemas.
Menurut Rudskoi, helikopter itu ditembak oleh mortar yang dilancarkan dari wilayah di bawah kawalan pemberontak. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3sXo7f7nT 
Hakcipta terpelihara 

Obama pertahan tindakan Turki



AP - SEORANG wanita mengadakan piket membantah tindakan Turki menembak jatuh sebuah jet pejuang Rusia di sempadan Syria di depan Kedutaan Turki di Moscow kelmarin.


WASHINGTON – Presi­den Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan sokongan kepada Turki selepas tentera negara itu menembak jatuh sebuah jet pejuang Rusia berdekatan sempadan Syria.
Turki berhak mempertahankan kedaulatannya, kata Obama ketika menelefon Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Kedua-dua pemimpin itu juga bersetuju bahawa ketegangan yang timbul tidak boleh di­biarkan terus meningkat, jelas pejabat Obama.
Turki memaklumkan pesawat pengebom Sukhoi Su-24 itu ditembak jatuh kerana melintasi ruang udara Turki kelmarin selepas beberapa kali diberi amaran.
Rusia pula mendakwa jet mereka berada dalam ruang udara Syria dan tidak mene­rima sebarang amaran. Kedua-dua juruterbang dalam pesawat berkenaan berjaya keluar tetapi seorang dari­padanya mati ditembak sebuah kumpulan pemberontak Syria.
Rusia sedang menjalankan operasi mencari di tapak jet itu terhempas, empat kilometer dalam sempadan Syria, kata pegawai kerajaan Rusia.
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pula me­ngadakan mesyuarat tergempar di Brussels kelmarin ekoran insiden berkenaan.
Ketua NATO, Jens Stoltenberg berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh Turki mengenai kejadian yang berlaku itu.
“Kita akan terus bersama-sama dengan Turki dan menyokong integriti kedaulatan anggota NATO,” katanya.
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan pesawat tersebut tidak memberi sebarang ancaman kepada Turki dan terlibat dalam operasi terhadap militan Islamic State.
Turki sebelum ini telah memberi amaran kepada Rusia tentang pencerobohan ruang udaranya ketika operasi yang dimulakan Moscow sejak September lalu bagi menyokong tentera kerajaan Presiden Syria, Bashar Al-Assad. – dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3sXnEOsE0 
Hakcipta terpelihara 

Perancis gesa had pelarian ke EU


dua orang pelarian menanti giliran untuk menyeberangi sempadan
Dua orang pelarian menanti giliran untuk menyeberangi sempadan Greece-Macedonia berhampiran Idomeni, kelmarin. AFP
PARIS 25 Nov. – Perancis menggesa negara-negara Kesatuan Eropah (EU) mengehadkan kemasukan jumlah pelarian ke blok berkenaan berikutan kebimbangan keselamatan yang memuncak ketika ini berikutan serangan di Paris, baru-baru ini.
Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls berkata, EU tidak mungkin dapat menampung terlalu banyak pelarian kerana perkara itu adalah tidak mungkin.
“Mengawal sempadan luar EU adalah penting untuk masa depan blok itu. Jika kita tidak melakukannya, orang ramai akan berkata, ‘Cukup Eropah!,’’ kata Valls semasa satu majlis makan tengah hari bersama media asing seperti lapor media Jerman, Suddeutsche Zeitung, di sini semalam.
Eropah bergelut menangani krisis pelarian paling buruk sejak Perang Dunia Kedua, namun kebimbangan keselamatan mula meningkat sejak kumpulan militan Negara Islam (IS) membunuh sebanyak 130 orang di Paris bulan ini.
EU pada Jumaat lalu bersetuju untuk mempercepatkan pembaharuan zon Schengen bebas pasport menjelang penghujung tahun ini semasa satu mesyuarat di Brussels dengan Perancis mahu menyegerakan pelaksanaan langkah kontroversi bagi mengumpul data setiap penumpang pesawat.
Paris turut meningkatkan usaha untuk mewujudkan satu pakatan antarabangsa bagi memerangi IS yang mengumumkan pemerintahan khalifah di Iraq dan Syria de­ngan Valls memberi amaran kumpulan militan itu turut memberi ancaman kepada negara lain se­perti Jerman dan Itali.
Beliau berkata, blok Eropah mesti melindungi negara masing-masing dengan menangani krisis pelarian hingga ke akar umbi dan memastikan jutaan orang yang melarikan diri dari Syria diuruskan negara-negara berjiran daripada meneruskan perjalanan mereka ke EU.
“Eropah mesti mencari jalan untuk memastikan pelarian Syria ditangani di negara-negara berjiran. Sebaliknya, kemampuan Eropah untuk mengawal sempadan mereka dengan berkesan akan menjadi persoalan,’’ katanya.
Suruhanjaya Eropah semalam memperkenalkan satu kerangka undang-undang bagi EU untuk memberi bantuan kewangan kepada Turki mengendalikan jutaan pelarian Syria di negara tersebut.
Namun menurut sumber, agak sukar untuk memenuhi permintaan Ankara yang mahukan dana seba­nyak 3 bilion euro (RM13.5 bilion) bagi tujuan berkenaan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/perancis-gesa-had-pelarian-ke-eu-1.162444#sthash.Ylg5RHH0.dpuf

Ketegangan memuncak


Moscow kerah kapal perang, peluru berpandu ke lokasi jet ditembak jatuh
26 November 2015 1:04 AM



ANKARA 25 Nov. - Sehari selepas Turki menembak jatuh jet pejuang Rusia, Moscow bertindak balas de­ngan mengerahkan dua aset tentera ke Syria, tindakan yang dijangka meningkatkan lagi ketegangan antara kedua-dua negara.
Pegawai tentera Rusia, Leftenan Jeneral Sergey Rudskoy berkata, kapal Tentera Laut Rusia kelas Moskva yang dilengkapi sistem pertahanan udara Fort, dikerah ke kawasan perairan wilayah Latakia, lokasi pesawat Su-24 terhempas selepas ditembak jatuh di ruang udara Turki.
“Setiap sasaran yang boleh memberi ancaman kepada aset Rusia akan dimusnahkan,” katanya.
Selain kapal perang, Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata, sistem pertahanan udara paling canggih turut dihantar ke pangkalan udara di Syria bagi mengukuh­kan pertahanan susulan insiden pesawat Su-24 ditembak jatuh oleh pesawat F-16 milik Turki.
“Sistem peluru berpandu antipesawat S-400 akan ditempatkan di Pangkalan Udara Hmeimim,” kata beliau.
Dalam kejadian semalam, seorang juruterbang pesawat terbabit disahkan terbunuh akibat ditembak kumpulan penentang kerajaan Syria dari puak Turksmen, manakala juruterbang kedua diselamatkan oleh tentera Syria.
Situasi diburukkan lagi apabila seorang anggota tentera laut Rusia yang terlibat dalam misi penca­rian juruterbang berkenaan turut ditembak mati oleh kumpulan sama.
Terdahulu, Shoigu mengumumkan penggantungan kerjasama ketenteraan dengan Turki dan kerajaan Moscow melarang rak­yatnya melancong ke negara tersebut berikutan faktor ke­selamatan, manakala Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov turut membatalkan lawatan ke Turki susulan ketega­ngan itu.
Susulan perkembangan tersebut, kuasa dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dianggotai Turki dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta Moscow dan Ankara meredakan ketegangan.
Presiden AS, Barack Obama menyifatkan tindakan Turki sebagai satu keperluan bagi mempertahankan kedaulatan wilayah dan ruang udaranya, tetapi memberi amaran kepada kedua-dua negara agar tidak memanjangkan konflik itu.
Senada dengan Obama, ketua NATO, Jens Stoltenberg menggesa Turki dan Rusia agar bertenang bagi menyelesaikan krisis terbabit, namun beliau menyatakan sokongan terhadap tindakan Ankara yang merupakan sekutu kuat pertubuhan tersebut. – AFP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/ketegangan-memuncak-1.162457#sthash.WP7wtDer.dpuf