Tuesday 31 December 2013

90 penentang kerajaan Syria terbunuh


BEIRUT 3 Sept. - Sekurang-kurangnya 90 orang penentang kerajaan terbunuh dekat ibu negara Syria, Damsyik dalam tempoh 48 jam lalu, dalam pertempuran antara penentang kerajaan dan tentera Syria.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, sebanyak 29 orang yang terbunuh dalam serang hendap tentera di Adra, timur laut Damsyik, termasuk bukan penduduk Syria.
Agensi berita SANA melaporkan tentera kerajaan telah membunuh 'sebahagian besar' anggota kumpulan Barisan al-Nusra, yang merekrut ramai warga asing sebagai anggota.
Adra, adalah bandar perindustrian yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Damsyik dan merupakan pintu masuk ke Eastern Ghouta, kawasan pertanian di mana penentang kerajaan dan tentera sering bertempur.
Ghouta di pinggir Damsyik yang dikuasai penentang kerajaan menjadi sasaran serangan senjata kimia pada 21 Ogos lalu yang mencetuskan kemarahan masyarakat dunia.
Kumpulan pemerhati berkata, 46 lagi penentang kerajaan terbunuh pada Ahad lalu dalam satu serangan udara dan pertempuran yang berlaku ketika tentera kerajaan membalas serangan penentang kerajaan di sekitar bandar Rouhayba yang terletak di timur laut Syria.
Sebanyak 11 lagi penentang kerajaan terbunuh di beberapa kawasan berhampiran Damsyik.
Di kawasan lain, seramai lapan orang terbunuh termasuk lima kanak-kanak, apabila tentera kerajaan mengebom bandar Tal Aran di utara wilayah Aleppo. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130904/lu_03/90-penentang-kerajaan-Syria-terbunuh#ixzz2p4EwGLn6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

syria

Rejim Bashar Assad laknatullah tidak hanya menggunakan senjata kimia dan ledakan bom untuk melenyapkan umat islam di Syria malah dia bertindak lebih zalim dan kejam, menggunakan kuasanya menyekat kemasukan sumber-sumber asas dan akibatnya saudara seagama kita menahan kelaparan yang berpanjangan dan akhirnya menemui syahid. Allahu Rabbi. 

Janganlah kita berlebih-lebihan dalam menikmati makanan, ingatlah terdapat mereka yang dizalimi dan ketiadaan makanan untuk meneruskan hidup. Makanlah dengan penuh kesederhanaan. InsyaAllah.

syria

Syria, Aleppo.

Cuba bayangkan diri kita berada di tempat bapa kepada anak yang berada di sebalik timbunan runtuhan bangunan itu, bagaimana dia terpaksa dengar dengan tabah suara tangisan anaknya mengerang kesakitan tanpa mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu berdoa dan menunggu sehingga tangisan anaknya lenyap perlahan-lahan disebalik runtuhan tersebut.

Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakeel
 

syria

Syria, Aleppo.

Cuba bayangkan diri kita berada di tempat bapa kepada anak yang berada di sebalik timbunan runtuhan bangunan itu, bagaimana dia terpaksa dengar dengan tabah suara tangisan anaknya mengerang kesakitan tanpa mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu berdoa dan menunggu sehingga tangisan anaknya lenyap perlahan-lahan disebalik runtuhan tersebut.

Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakeel
 

Bom barrel bedil pasar

Bom barrel bedil pasar30 Disember 2013

Orang awam selamatkan diri selepas askar rejim melepaskan bom barrel di pasar.

ALEPPO - SYRIA . Sekurang-kurangnya 25 orang termasuk kanak-kanak dilaporkan terbunuh selepas helikopter rejim menggugurkan tong TNT yang sarat dengan bom barrel di utara bandar Aleppo, Syria.

Aktivis melaporkan, rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan serangan udara besar-besaran di pasar dan kampung termasuk sebuah hospital di daerah Tareeq al- Bab.

“Kejadian ini adalah pembunuhan beramai-ramai apabila rejim menyasarkan serangan di pasar yang sesak dengan pengunjung,” katanya, dipetik dari laporan Al Jazeera.

Askar Pembebasan Syria (FSA) Adel Festok berkata, sejak 15 Disember lalu, tentera rejim menggunakan kaedah sama hingga meragut 400 nyawa.

“Berada di barisan hadapan menjadi lebih selamat daripada berada di kawasan awam,” katanya.

Sementara itu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia Arab dan Barat mengutuk keras cara serangan itu kerana sewenang-wenangnya melakukan pembunuhan tanpa mengira mangsa.

MEREKA BAHAGIA DI TURKI... ALHAMDULILLAH



Datuk Bandar Nizip, Muftinya dan juga tentera Turki melayan mesra anak-anak pelarian Syria di Turki. Bagi mereka pelarian Syria adalah tetamu dan bukannya pelarian... senada dengan apa yang Recep Tayyip Erdoğan laungk

Serangan 24 jam sehari

Serangan 24 jam sehariPuluhan bangunan musnah selepas terkena bedilan bom barrel di Al Jafra.

DAMSYIK - SYRIA. Lebih 20 orang Tentera Pembebasan Syria (FSA) termasuk orang awam dan kanak-kanak terbunuh di timur negara itu semalam dalam perebutan untuk mengawal pangkalan tentera udara di daerah Deir Ezzor.

Ketua pemerhati Hak Asasi Manusia Syira berpangkalan di Britain Rami Abdel Rahman melaporkan, pertempuran itu berlarutan 24 jam sejak tiga hari lalu.
“Pertempuran tercetus antara FSA dan tentera rejim yang disokong Tentera Pertahanan Kebangsaan. Difahamkan, FSA menguasai sebahagian kampung Al-Jafra yang merupakan kampung halaman Presiden Bashar al-Assad, terletak beberapa ratus meter dari lapangan terbang itu,” katanya dipetik dari AFP.

Mujahideen di (Muarrat al Numa'n) (Bandar Sunni yang dibebaskan) bantahan secara besar-besaran semalam terhadap ISIS

Mujahideen di (Muarrat al Numa'n) (Bandar Sunni yang dibebaskan) bantahan secara besar-besaran semalam terhadap ISIS dan mengancam untuk menyerang mereka semua, selepas ISIS menyerang kota mereka pada waktu malam, mencuri beberapa senjata dan menculik ketua mereka (Ustaz Ahmad Saud Ibn Al-Marrah).

Alhamdulillah, selepas ancaman ini ISIS mengembalikan senjata-senjata yang dicuri dan pemimpin yang diculik, tetapi enggan memohon maaf atas tindakan bermusuhan yang tidak dapat dijelaskan mereka.


LINK : http://www.youtube.com/watch?v=YkiK1iJR8Z4#t=54
 

Syria, Aleppo.



Cuba bayangkan diri kita berada di tempat bapa kepada anak yang berada di sebalik timbunan runtuhan bangunan itu, bagaimana dia terpaksa dengar dengan tabah suara tangisan anaknya mengerang kesakitan tanpa mampu berbuat apa-apa. Dia hanya mampu berdoa dan menunggu sehingga tangisan anaknya lenyap perlahan-lahan disebalik runtuhan tersebut.

Hasbunallahu Wa Ni’mal Wakeel
 —

syria

Omar al-Kurdi, 17 years old Syrian refugee...works 14 hours a day in a vegetable shop in Beirut, earning $15 a day, which pays for rent and food for his family....Life as a teen in wartime...

syria

syria

DIAM ADALAH KEJAHATAN PERANG
SELAMATKAN MASA KECIL DI SYRIA
 

syria berdarah

Syria, Allepo, 
coba bayangkan diri kita pada posisi saudara kita yang malang ini, bagaimana ia harus mendengar tangisan anaknya dibalik reruntuhan tanpa bisa berbuat apapun. ia hanya bisa putus asa dan berdo'a, menunggu tangisan anaknya lenyap dibalik reruntuhan 

ALLAHU AKBAR!!!

29 Disember 2013, Mujahideen FSA telah berjaya membebaskan kawasan Madajin, Hama, dan berjaya membunuh dan menawan berpuluh-puluh tentera rejim Assad.

DEIR EZ ZOUR



Mujahideen FSA terlibat dalam pertempuran sengit dengan tentera rejim di lapangan terbang tentera Assad. Doakan mujahideen.
 

Syria pindah 5,000 penduduk


Damsyik: Rejim Bashar al-Assad berkata, 5,000 penduduk bandar Adra dekat sini dipindahkan sepanjang hujung minggu lalu, lapor agensi berita Sana.

“Atas usaha pihak tentera Syria, menteri hal ehwal sosial berjaya memindahkan lebih 5,000 penduduk bandar Adra yang ditahan kumpulan pengganas.


“Mereka kini berada di tempat selamat,” kata Sana memetik daripada sumber tentera mengenai operasi yang dilakukan pada Sabtu lalu.



Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak menyatatakan bagaimana orang awam menjadi tahanan.


Rejim Bashar kerap m

15 pelarian mati akibat kebuluran


Beirut: Sekurang-kurangnya 15 pelarian Palestin mati kebuluran sejak September lalu di sebuah kem pelarian yang terkepung di Damsyik, lapor agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin, semalam.

“Kami menerima laporan hujung minggu lalu bahawa sekurang-kurangnya lima pelarian Palestin di kem Yarmuk, Damsyik, mati akibat kekurangan gizi, “Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan sebanyak 15,” kata jurucakap Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB (UNRWA) Chris Gunness.


Katanya, keadaan semakin teruk di kem itu yang menempatkan kira-kira 20,000 warga Palestin dan tiada bekalan makanan serta perubatan mencukupi.



“Sejak September lalu kami tidak dapat memasuki kawasan itu sedangkan mereka amat memerlukan bantuan dan bekalan.


“Kumpulan bersenjata yang sentiasa berada di situ sejak penghujung 2012 selain penutupannya oleh rejim Syria menghalang usaha kami menghulurkan semua bentuk bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/31