Monday 3 October 2016

Turki lanjut mandat


3 OKTOBER 2016
Turki lanjut mandat

Turki lanjut mandat Erdogan (tengah) turut berucap pada sesi pembukaan sidang Parlimen tersebut.
ANKARA - TURKI. Parlimen Turki, kelmarin meluluskan tempoh untuk melanjutkan mandat membenarkan penempatan tentera di Syria dan Iraq selama setahun.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan mudah pada hari pertama sesi sidang di Dewan Rakyat dengan mendapat sokongan parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), pembangkang sekular, Parti Republik Rakyat (CHP) dan Parti Gerakan Nasionalis (MHP) manakala hanya parti pro-Kurdish, Parti Demokratik Rakyat (HDP) menolak.

Agensi berita Anadolu melaporkan mandat baharu itu akan berkuatkuasa sehingga 30 Oktober 2017.

Dalam ucapan pada sesi pembukaan, Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, matlamat awal operasi Syria adalah untuk mewujudkan kawasan selamat bebas daripada pertubuhan pengganas yang terletak dalam lingkungan kira-kira 5,000 kilometer persegi.

Erdogan turut memuji hasil operasi ketenteraan di bandar Jarabulus di sempadan yang bertujuan untuk membebaskan ia daripada cengkaman kumpulan militan Daesh.

Difahamkan, mandat yang membenarkan operasi ketenteraan di sempadan Ankara itu pertama kali diluluskan Parlimen pada Oktober 2014 dan telah diperbaharui untuk tempoh 12 bulan pada September 2015.      

Sejumlah tentera Turki juga dipercayai berada di kem Bashiqa di utara Iraq melatih pejuang tempatan untuk merampas semula bandar Mosul. - AFP

Sukarelawan sayu dapat selamatkan bayi



02 Oktober 2016 12:38 AM
Image result


GABUNGAN gambar merakamkan Abu Kifah menangis teresak-esak selepas dia menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia 30 hari daripada sisa runtuhan sebuah bangunan di Idlib, baru-baru ini. - AGENSI

BEIRUT 1 Okt. - Seorang anggota penyelamat Syria dirakam menangis teresak-esak selepas berjaya mengeluarkan seorang bayi perempuan berusia 30 hari yang masih hidup daripada sisa runtuhan sebuah bangunan dalam satu serangan udara di Idlib, kelmarin.
Dalam klip video selama 47 saat itu, anggota sukarelawan White Helmets, Abu Kifah dirakam tidak dapat menahan air matanya sambil mendakap erat bayi berkenaan sejurus dia dan rakan pasukan menggali sisa runtuhan sebuah bangunan selama dua jam.
Mail Online melaporkan, Abu Kifah bersama bayi itu kemudiannya menaiki sebuah ambulans ke sebuah hospital di Idlib, satu daripada beberapa hospital yang penuh sesak di Syria.
Rakaman video serangan di Idlib yang mengorbankan sebanyak 11 orang itu pada masa sama mengakibatkan seorang pembaca berita BBC, Kate Silverton turut menangis secara langsung sejurus dia melihat klip tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sukarelawan-sayu-dapat-selamatkan-bayi-1.389442#sthash.yUGoCpVv.dpuf

Hospital dibedil, 3 pesakit maut


03 Oktober 2016 12:30 AM


SEBUAH hospital yang musnah dalam serangan udara di Aleppo, Syria,

SEBUAH hospital yang musnah dalam serangan udara di Aleppo, Syria, kelmarin. REUTERS
ALEPPO 2 Okt. – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 10 yang lain cedera selepas sebuah hospital terbesar di timur bandar Aleppo di sini dibedil kali kedua dalam tempoh beberapa hari.
Menurut anggota Majlis Per­ubatan Amerika-Syria (SAMS), Adham Sahloul, sebanyak dua bom tong mengenai hospital M10, namun terdapat laporan tentang penggunaan bom berangkai.
Ujarnya, sekumpulan doktor sedang memberi rawatan kecemasan kepada beberapa pesakit dalam hospital berkenaan ketika serangan berlaku.
Pengurus hospital yang juga ahli radiologi SAMS, Mohammad Abu Rajab sempat membuat panggilan kecemasan bagi memohon bantuan dari dalam hospital tersebut.
“Hospital sedang musnah! SOS semua orang!,” katanya dalam pesanan audio yang diedarkan kepada wartawan.
Hospital M10 dan sebuah lagi hospital kedua terbesar di kawasan M2 telah dibedil pada Rabu lalu.
Sementara itu, wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian melaporkan, banyak peralatan hospital rosak dan bertaburan berhampiran tingkap yang pecah.
“Sebuah bom tong digugurkan petang ini di depan hospital memaksa petugas hospital memindahkan pesakit ke hospital lain dan meninggalkan hospital berkenaan,” kata seorang doktor.
Portal Al-Jazeera pula mela­porkan, kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria dimaklumkan oleh pasukan White Helmet bahawa kira-kira 60 orang berada di hospital tersebut semasa kejadian.
Wartawan Al-Jazeera, Amr al-Halabi memberitahu, beberapa mayat kelihatan bergelimpangan di kawasan hospital.
Jelasnya, sebuah roket jatuh di depan pintu utama hospital berhampiran pintu masuk kecemasan.
Dalam pada itu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan, seramai 320 orang termasuk 100 kanak-kanak terbunuh sejak kegagalan gencatan senjata Rusia-Amerika Syarikat pada 19 September lalu. – Agensi
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/hospital-dibedil-3-pesakit-maut-1.389952#sthash.KrX3PtFn.dpuf