Tuesday 15 December 2015

Kapal Rusia lepas tembakan, elak berlanggar

Kapal Rusia lepas tembakan, elak berlanggar

15 DISEMBER 2015

 MOSCOW - RUSIA. Sebuah kapal pemusnah Rusia di Laut Aegean dilaporkan melepaskan tembakan terhadap bot nelayan Turki kerana mahu mengelakkan perlanggaran, menurut Kementerian Pertahanan, kelmarin.
Jurucakapnya memaklumkan tembakan itu terpaksa dilepaskan selepas bot nelayan tersebut gagal memberi sebarang respons walaupun telah dihubungi beberapa kali oleh kru kapal Smetlivy yang berlabuh pada jarak 22 kilometer dari Pulau Lemnos di Greece.
"Bot terbabit mengubah haluannya secara tiba-tiba sejurus tembakan dilepaskan dan ia terus bergerak melepasi Smetlivy pada jarak 540 meter (m) tanpa memberi sebarang isyarat kepada kru Smetlivy," katanya lagi.
Sementara itu, Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu memberitahu satu siasatan akan dijalankan selepas kapten bot itu menafikan kejadian tembakan tersebut.   
Insiden yang dikhuatiri akan meningkatkan lagi ketegangan antara Moscow dan Ankara itu berlaku selepas pesawat pejuang Su-24 ditembak jatuh di sempadan Syria, bulan lalu. - AFP