Wednesday 14 August 2013

60 terkorban di Deir Ezzor



Pemberontak memeriksa mayat askar kerajaan Syria selepas berlaku pertempuran sengit di bandar Deir Ezzor di timur Syria pada 10 Ogos lalu. - AFP
BEIRUT 13 Ogos - Kira-kira 60 askar kerajaan dan pemberontak Syria dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di Deir Ezzor sejak tiga hari lalu.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, sekurang-kurangnya 33 anggota kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan Barisan al-Nusra terbunuh dalam pertempuran dengan tentera kerajaan sejak hujung minggu lalu.
Badan hak asasi manusia tersebut berkata, sebanyak 25 askar Syria turut terkorban dalam pertempuran berkenaan.
''Pertempuran ini sangat sengit di mana pemberontak menggunakan beberapa kereta kebal yang mereka tawan,'' kata Pengarah badan hak asasi manusia tersebut, Rami Abdel Rahman.
Anggota kumpulan jihad pula memberi fokus usaha mereka kepada daerah Huweika yang terdapat beberapa bangunan kerajaan dan ibu pejabat pasukan keselamatan.
Agensi berita Syria, SANA semalam melaporkan, tentera kerajaan membunuh pemberontak di kawasan perumahan di Senaa dan beberapa orang pemberontak pengganas lagi terbunuh apabila sebuah kereta yang dipasang bahan letupan diletupkan.
Kumpulan jihad tiga hari lalu turut merampas kawalan ke atas sebuah ibu pejabat Parti Baath tempatan di Deir Ezzor yang menyebabkan tentera mennggempur kawasan tersebut.
''Pemberontak mara ke beberapa daerah, namun tidak dapat merampas kawalan ke atas kawasan tersebut,'' kata Rami. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130814/lu_06/60-terkorban-di-Deir-Ezzor#ixzz2bxDnIsP4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

It's time for Al-Fajr prayer in #Homs Please pray for us and for our resistance fighters

Allahuakbar.!!

Meskipun cuaca panas diubun-ubun kepala ditambah dengan beban senjata yang berat, Mujahidin tetap teguh dan gagah membawa senjata mereka berangkat ke medan jihad, karena apa?

karena mereka bertekad untuk mempertahankan Islam dan negara mereka dari dihancurkan rezim syiah Assad. Allahuakbar.!!

Foto ini diambil di kawasan Barzeh, tepi Damaskus.

Pray Syria, Free Syria, Donate for Syria —