Thursday 14 March 2013

Kesan penggunaan senjata kimia tentera Basyar terhadap kanak-kanak Syria.

 

Delegasi EU terbunuh

Penduduk menyelamatkan diri selepas berlaku pertempuran sengit di Darayya, Syria.Penduduk menyelamatkan diri selepas berlaku pertempuran sengit di Darayya, Syria.

DAMSYIK - Seorang delegasi Kesatuan Eropah (EU) di Syria terbunuh selepas terkena serangan roket di pinggir Damsyik, semalam.

Ketua Dasar Asing  EU, Catherine Ashton berkata, pegawai polisi Ahmad Shihadeh, maut ketika sedang menyediakan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat di selatan Darayya.

“Kami kesal dengan kejadian itu dan keganasan di Syria perlu dihentikan segera,” katanya dipetik Reuters

Menurutnya, serangan itu akan dibincangkan pada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali gus menyangkal dakwaan Britain dan Perancis yang menuduh EU bertanggungjawab membekalkan senjata kepada tentera rejim.

Sementara itu, aktivis Koordinasi Jawatankuasa Tempatan melaporkan, dua peluru berpandu mendarat di Darayya sejak Selasa lalu, memusnahkan bangunan dan kawasan penempatan.

“Serangan dimulakan oleh rejim Presiden Syria, Bashar Al Assad yang ingin menawan lapangan terbang tentera Mezzeh yang terletak berdekatan bandar itu,” katanya.

Menurutnya, 15 orang awam termasuk enam kanak-kanak terbunuh dalam serangan terbabit dan keadaan bertambah sulit apabila hospital berdekatan bandar tersebut gagal menyediakan kelengkapan perubatan selepas terputus hubungan.

Darayya merupakan salah satu lokasi kubu kuat Tentera Pembebasan Syria (FSA) sejak pergolakan bermula dua tahun lalu.
5 orang wanita muslimah ditangkap dan ditulis di dada dan perut mereka "tiada tuhan kecuali Basyar" kemudian wanita2 ini disembelih..tidak diketahui dimanakah keluarga mereka, anak mereka diculik ketika mereka dalam perjalanan melarikan diri dari Bab Amru

جريمة مروعة جديدة تضاف لسجل زنادقة هذا العصر من بشار وأتباعه الفجار
5 نسوة كتب على صدورهم وبطونهم
لا إله إلا بشار .... الله سوريا بشار وبس
وتم ذبحهم بعدها بطريقة بشعة جداً لم نعرف مصير الأب وأخوهم الصغير ولا
والنسوة هن أم و 4 صبايا
وبقيت صبية لازالت مختطفة معهم
هؤلاء كانوا نازحين من بابا عمرو للسكن الشبابي

Kesan penggunaan senjata kimia tentera Basyar terhadap kanak-kanak Syria.