Sunday 27 July 2014

85 anggota tentera Syria mati


DAMSYIK 27 Julai - 85 anggota tentera kerajaan Syria terkorban sejak dua hari lalu dalam siri serangan yang dilancarkan oleh kumpulan pejuang Negara Islam (IS) di sebuah pangkalan tentera di utara Syria, di wilayah al-Raqqa, kata aktivis Pemantau Hak Asasi Manusia Syria semalam.
Jumlah itu melibatkan anggota dan pegawai tentera yang telah disahkan mati dalam dua serangan bom yang dilancarkan pejuang IS di beberapa pintu pangkalan Division ke-23 di al-Raqqa dan dalam beberapa pertempuran berasingan, kata badan pemantau itu.
Beliau turut menambah, kumpulan pejuang IS yang merupakan satu pecahan daripada Al-Qaeda, telah berjaya memaksa anggota tentera untuk berundur ke utara al-Raqqa selepas meninggalkan pangkalan tentera, lapor akhbar Xinhua. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140727/lu_02/85-anggota-tentera-Syria-mati#ixzz38cM8jz4h
© Utusan Melayu (M) Bhd