Thursday 7 August 2014

Gencatan senjata 24 jam di Arsal


BEIRUT 6 Ogos - Tentera Lebanon dan kumpulan militan Barisan al-Nusra semalam bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 24 jam selepas empat hari pertempuran tercetus apabila kumpulan militan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda itu merampas sebuah bandar di sempadan negara ini dengan Syria.
Sumber keselamatan berkata, gencatan senjata itu membolehkan orang tengah menyiasat nasib 22 askar yang hilang sejak kumpulan militan merampas bandar Arsal pada hujung minggu lalu dan membantu memindahkan orang awam dan mereka yang cedera dalam konflik berkenaan.
"Satu kedudukan tentera diserang selepas gencatan senjata yang bermula 7 petang (12 tengah malam waktu Malaysia), namun keadaan kembali tenang selepas kejadian itu," kata sumber berkenaan.
Sumber itu berkata, kumpulan militan mengalami kerosakan besar dalam pertempuran dan dijangka meninggalkan Arsal sebelum gencatan senjata itu berakhir.
- REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140807/lu_12/Gencatan-senjata-24-jam-di-Arsal#ixzz39eYPwg3I
© Utusan Melayu (M) Bhd