Tuesday 17 September 2013

[Tentera Rejim 'terbang' Sebelum Terbunuh]



Beberapa tentera rejim Syiah Assad terbunuh dalam serangan hendap yang dilancarkan pejuang FSA. Mereka telah 'terbang' sebelum tercampak jatuh dalam serangan tersebut. Semoga Allah membantu para pejuang FSA menumbangkan rejim zalim Syiah Assad yang telah membunuh hampir 200 ribu umat Islam Syria semenjak bermulanya revolusi.
 

Hasbunallahhiwani'malwakil

Salah seorang dari ribuan kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman rejim Syiah Assad. Ya Allah..Beginikah caranya layanan oleh pemerintahan syiah terhadap rakyatnya ? Benarlah, syiah merupakan fitnah besar yang kini melanda umat Islam akhir zaman. Hasbunallahhiwani'malwakil

Tidak puas dengan serangan bom biasa dan bom kimia yang dilontarkan kepada kanak-kanak Syria hingga meragut ratusan ribu nyawa.

Tidak puas dengan serangan bom biasa dan bom kimia yang dilontarkan kepada kanak-kanak Syria hingga meragut ratusan ribu nyawa.. Hari ini (14/ 9 /2013) jet pejuang rejim Assad telah menyerang kanak-kanak di Daeel, Dara’a yang terletak di Selatan Syria menggunakan Napalm (bom fosforus putih).

Sekilas info mengenai Bom Napalm.

Merupakan campuran bahan dasar minyak bumi, yang akan terbakar sebaik sahaja bom meletup di darat. Cairan yang sangat berbahaya ini berbentuk cecair yang diletakkan didalam cengkerang bom dan sebaik sahaja bom meletup, akan menyebarkan nyala api ke berbagai arah. Bom ini sangat efektif untuk menghancurkan pasukan darat yang bersembunyi di parit-parit atau hutan. Orang yang terkena bom ini akan terbakar dan cacat pada bagian tubuh yang terkena ledakan.

Hasbunallah wa ni'mal wakil



LINK ASAL : http://youtu.be/PH3yXYX3qyM

syria berdarah

Mereka mendakwa tiada siapa mampu mentadbir Syria kecuali seorang lelaki iaitu Bashar Al Assad. Mereka mendakwa lelaki ini bukanlah lelaki biasa, tetapi seorang genius dalam perkara terutama menguruskan pentabiran. Sekarang , nilailah dengan mata hati kurniaan Allah. Lelaki genius ini telah mengubah Syria menjadi lebih baik?

Masjid-masjid di Syria sedang menangis..

Masjid-masjid di Syria sedang menangis..

Masjid-masjid di Syria sedang dimusnahkan..

Ini adalah gambar Masjid Abo Suleman AlDarani, Daria yang terletak di pinggiran bandar Kota Damsyik.
 

Bashar diberi amaran

Bashar diberi amaranSebuah bas musnah dalam letupan di wilayah Idlin.

PARIS - PERANCIS - Tiga wakil negara memberi amaran kepada Presiden Syria Bashar Al Assad supaya mematuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan perjanjian senjata kimia, sekiranya tidak mahu berhadapan dengan tindakan serius.

Perancis, Britain dan Amerika Syarikat bersepakat mendapatkan resolusi itu minggu depan selepas tamat perbincangan tiga pusingan.

Presiden Perancis Francois Hollande berkata, mereka mahu resolusi yang kuat dan menetapkan tarikh akhir bagi memastikan Syria bebas dari simpanan senjata kimia.

“Sekiranya Bashar mencabuli resolusi itu, beliau bakal berhadapan dengan akibat dan tindakan serius yang membawa kesan buruk terhadap negaranya,” katanya.

Sementara itu di Syria, tiga maut termasuk seorang wartawan selepas terkena letupan bom sebelum menaiki bas di barat laut negara tersebut, kelmarin.

Media melaporkan, letupan di wilayh Idlin itu turut mengakibatkan 10 parah.

“Wartawan Parti Baath, Fakhreddine Hassan antara yang maut. Sejak 30 bulan lalu, seramai 58 pengamal media terkorban dalam krisis di Syria," katanya dipetik Al Jazeera

syria

#الشبكة_السورية_لحقوق_الإنسان
#سورية 

صورة من مخيم الزعتري للاجئين السوريين في الأردن .

syria

#Syrian_Network_for_Human_Rights
#SNHR 
In spite of all these momentary nonstop killings , conflict in Syria still describable as civil war, and the mounting talk about civil war in Syria push us to examine concepts and compounds of the civil war in international jurisprudence and international conventions and norms, and know the motives and reasons that push international forces to describe the situation in Syria as civil war, and warn about consequences and harbingers on Syria and the region.

The most important is to know how compatibility the situation in Syria with the characterization of the civil war, particularly that many forces in the world is still reluctant to describe the situation as civil war, based on rejected to equal moral and humanitarian basics for conflict between the regime in one hand and the opposition and public protesters on the other.

Penyiasat sahkan gas sarin diguna di Ghouta


New York: Pemeriksa PBB semalam berkata, ada “bukti jelas dan meyakinkan” senjata kimia digunakan meluas secara relatif dalam serang yang mengorbankan ratusan orang bulan lalu.

Pemeriksa itu berkata, “contoh alam sekitar, kimia dan perubatan” yang dikumpulkan membolehkan mereka menemui bukti kukuh bahawa roket darat ke darat membawa gas sarin digunakan di kawasan Ghouta pada 21 Ogos lalu.


Laporan itu turut menamakan kawasan lain iaitu Ein Tarma, Moadamiyeh dan Zamalka. Halaman pertama laporan disediakan untuk Setiausaha Agung PBB itu menyatakan, kesimpulan mereka ialah, senjata kimia telah digunakan dalam konflik berterusan di Syria.

“Ia digunakan ke atas orang awam, termasuk kanak-kanak, dengan meluas secara relatif,” katanya. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dijadual membentangkan laporan itu di badan dunia itu hari ini. Serangan pada Ogos lalu itu terbongkar ketika pasukan penyiasat PBB berada di Syria menilai serangan lain yang lebih awal. - AP

Sembunyi senjata kimia

Paris/Beirut: Presiden Bashar Assad dipercayai menyembunyikan senjata kimianya di luar Syria untuk menghalang ia dimusnahkan, kata seorang pemimpin pejuang antikerajaan semalam.
Tindakan itu, kata Jen Salim Idris, dilakukan selepas AS dan Russia bersetuju untuk mengambil dan memusnahkan senjata berkenaan melalui perjanjian yang dipuji rejim Bashar sebagai satu “kejayaan.”
Menurut anggota Majlis Tertinggi Tentera Pembebasan Syria (FSA) itu, senjata kimia berkenaan dipindahkan ke Lubnan dan Iraq untuk menghalang kemungkinan pemeriksaan pakar luar.

“Kami sudah memberitahu rakan yang lain bahawa rejim Syria mula memindahkan sebahagian daripada senjata kimia ke Lubnan dan Iraq.
Foto
ANGGOTA FSA berkumpul sebelum keluar berperang menentang rejim Bashar di Salaheddine, Aleppo semalam.

“Kami memberitahu mereka supaya tidak diperbodohkan,” katanya.

Salim juga mengkritik perjanjian berkenaan kerana membenarkan Bashar dipertanggungjawabkan atas kematian ratusan orang awam di Syria.

Katanya, FSA tidak berminat terhadap semua inisiatif itu.

“Jenayah kemanusiaan dilakukan dan perjanjian berkenan tidak menyatakan mengenai pertanggungjawaban,” katanya. - Reuters

Barat tambah bantuan kepada penentang Bashar


2013/09/17
PARIS: Britain, Perancis dan Amerika Syarikat bersetuju meningkatkan sokongan kepada pemberontak yang mahu menggulingkan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Tiga negara itu yang berunding di sini juga bersetuju bahawa Bashar akan menghadapi kesan buruk jika gagal akur kepada resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penyerahan senjaya kimianya untuk dikawal masyarakat antarabangsa, kata Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius.
Setiausaha Negara Amerika, John Kerry berkata: “Jika Bashar gagal mematuhi proses penyerahan senjata itu, dia akan hadapi padahnya.”

Tekanan diteruskan

Kerry yang bersetuju syarat penyerahan senjata itu dengan rakan sejawatannya dari Russia, Sergey Lavrov, di Geneva berkata sekutu Barat akan terus mengenakan tekanan ke atas Bashar.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon akan membentangkan laporan mengenai senjata kimia Syria hari ini.

Ban akan menyampaikan laporan penyiasat PBB kepada Majlis Keselamatan PBB di New York pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Beliau sudah menjangka laporan itu akan mengesahkan senjata kimia digunakan dalam serangan dekat Damsyik pada 21 Ogos lalu yang menyebabkan beratus-ratus orang maut.

Sokongan antarabangsa agak kuat kepada perjanjian Amerika dan Russia mengenai penyerahan senjata kimia itu.

Tetapi, seorang menteri Syria menekankan bahawa perjanjian itu kemenangan kepada Damsyik.

“Ia membantu Syria keluar daripada krisis dan mengelak perang dilancarkan. Ini kemenangan bagi Syria dan kami berterimakasih kepada sahabat kami, Russia,” kata Menteri Negara bagi Perpaduan Kebangsaan, Ali Haidar kepada agensi berita Russia, Ria Novosti.

Beliau membuat kenyataan itu ketika Kerry berunding dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Agensi berita melaporkan, Kerry memberi taklimat kepada pemimpin Yahudi itu mengenai isu Syria selain terus memberi amaran kepada Damsyik. - AGENSI

14 kes berhubung serangan senjata kimia disiasat


GENEVA 17 Sept. - Penyiasat hak asasi manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa terdapat 14 serangan senjata kimia di Syria, namun masih gagal untuk mencari pihak yang perlu dipersalahkan.
"Kami menyiasat 14 kes yang dikatakan menggunakan senjata kimia,’’ kata ketua suruhanjaya siasatan bebas yang ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Paulo Sergio Pinheiro.
Pinheiro berkata, jika tidak kerana terdapat kesukaran dalam mengumpulkan bahan bukti, tidak mustahil pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dapat dicari. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130917/lu_01/14-kes-berhubung-serangan-senjata-kimia-disiasat#ixzz2f6E3IlVZ
© Utusan Melayu (M) Bhd