Sunday 29 May 2016

Syria dakwa Turki bekalkan senjata 29 MEI 2016 Syria dakwa Turki bekalkan senjata

Syria dakwa Turki bekalkan senjata
Rakyat Syria mengangkat barang disumbangkan PBB dan Bulan Sabit Merah Syria. Foto: AFP
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Wakil Syria di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menuduh Turki membekalkan senjata kepada beberapa kumpulan militan, di sebalik tindakan kerajaan negara tersebut menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria.
Dakwaan itu dilontarkan Bashar al-Ja’afari, semasa pembentangan laporan bulanan bantuan kemanusiaan ke Syria oleh PBB, kelmarin.
Dalam pembentangan tersebut, Ketua Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien mendakwa Kerajaan Syria menyekat banyak bantuan kemanusiaan untuk melalui negara tersebut ke negara Arab yang lain.
Namun, Ja’fari menempelak dakwaan O’Brien dengan mengatakan Kerajaan Syria melakukan pemeriksaan ketat ke atas kesemua bantuan tersebut.
“PBB perlu bekerjasama dengan Kerajaan Syria supaya segala urusan berjalan dengan lancar,” katanya. - Press TV

PBB gesa henti sekat bekalan makanan, ubat


Ratusan ribu penduduk Syria terperangkap dalam konflik

Sekumpulan penduduk Syria dirakam berada di sempadan negara itu
SEKUMPULAN penduduk Syria dirakam berada di sempadan negara itu dengan Turki selepas perang saudara selama lima tahun memburukkan krisis kemanusiaan di Syria. AGENSI
NEW YORK 28 Mei - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan Syria dan kumpulan penentang supaya berhenti daripada menyekat serta mencampuri urusan penghantaran makanan dan ubat-ubatan kepada 592,700 orang penduduk yang terperangkap dalam konflik di negara itu.
Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Stephen O’Brien berkata, tindakan mengepung dan membiarkan mangsa konflik itu dalam kebuluran sebagai ‘senjata perang’ di Syria adalah satu perbuatan keji.
“Berdasarkan maklumat terbaharu, sebanyak 592,700 orang penduduk hidup dalam kepungan (terperangkap) dengan kebanyakan mereka dikepung tentera kerajaan,” katanya.
O’Brien memberitahu, kerajaan Syria dan sebahagian kecil kumpulan penentang dilihat sengaja menghalang penghantaran bantuan itu.
Jelasnya, PBB meminta pihak bertanggungjawab supaya memudahkan pergerakan konvoi bantuan ke 35 buah kawasan yang dikepung dan sukar dihampiri.
“Bagaimanapun kerajaan hanya membenarkan akses sepenuhnya kepada 14 buah kawasan dan separa akses kepada lapan lagi tempat,” katanya.
Dalam perkembangan berasin-
gan, lebih 100,000 orang penduduk Syria berhampiran sempadan Turki dilaporkan terpe-rangkap di sebalik serangan demi serangan oleh kumpulan militan IS yang menghampiri bandar Azaz di utara Aleppo selepas kumpulan itu menawan beberapa kawasan penting daripada kumpulan penentang kerajaan.
Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Syria, penduduk yang kebanyakannya berada di medan pertempuran itu dan sempadan Turki yang ditutup sejak setahun lalu tidak mempunyai tempat lain untuk meneruskan kehidupan.
Tambahnya, kebanyakan kawasan penempatan penduduk telah jatuh ke tangan kumpulan militan yang melakukan serangan secara rambang sehingga membedil rumah penduduk, menyaksikan sebanyak sembilan orang awam terbunuh di Kampung Kaljibreen, baru-baru ini.
Selain itu, sebanyak 15,000 orang penduduk di Marea, kira-kira 15 kilometer dari sempadan Turki, kini hidup dalam terkepung. – AFP/DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pbb-gesa-henti-sekat-bekalan-makanan-ubat-1.335879#sthash.3qRX3oVK.dpuf

592,700 rakyat Syria hidup dalam kepungan - PBB


NEW YORK 28 Mei - Sebanyak 592,700 penduduk Syria dilapor hidup dalam kepungan tentera kerajaan tahun ini sekali gus mencetuskan kebimbangan akan nasib orang awam yang berdepan krisis kemanusiaan yang buruk di negara itu.
Stephen O’Brien
Stephen O’Brien
Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephen O’Brien memberitahu Majlis Keselamatan badan dunia itu bahawa langkah kerajaan Syria dengan menjadikan kepungan ke atas orang awam sebagai senjata perang adalah keji dan mesti dihentikan segera.
Jumlah itu adalah pertambahan sebanyak 75,000 orang berbanding 517,700 orang yang direkodkan sebelum ini. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/592-700-rakyat-syria-hidup-dalam-kepungan-pbb-1.335673#sthash.RBVHFaY6.dpuf