Thursday 19 June 2014

Hasbunallahu wa nikmal wakil..

Ingin tahu kisah menarik mengenai wanita tertua di bandar Kasb?? Namanya Hajjah Adawiyyah, beliau hidup bersama pejuang islam Syria selama tiga bulan dan dilayan dengan baik sekali oleh para mujahidin.. Gambar ini dihantar kepada salah seorang anggota mujahidin agar keluarkan wanita ini ke Turki kerana mujahidin risaukan akan keselamatannya.. Tetapi Hajjah Adawiyyah enggan keluar dari pekan Kasb dan memilih untuk terus tinggal di rumahnya.. Maka semua mujahidin menjaga beliau dengan baik sehingga apabila askar Al Assad masuk menceroboh pekan Kasb. Perkara utama yang mereka lakukan ialah membunuh Hajjah itu supaya beliau tidak meyebarkan berita kebaikan para mujahidin atau cerita kepada orang lain tentang kekajaman askar Al Assad yang membakar rumah-rumah orang Arman dan juga gereja Kasb.. askar Al Assad membunuh Hajjah yang tua ini dengan menembak beliau di kepala dan jantung..

Hasbunallahu wa nikmal wakil.. 

Satu lagi penyembelihan besar besaran yang rejim Syiah Bashar Al Assad

Satu lagi penyembelihan besar besaran yang rejim Syiah Bashar Al Assad lakukan terhadap orang Islam di Syria khususnya di Aleppo... Kawasan Al Sukkari di Aleppo digegarkan lagi dan lagi dengan bom barrel yang mengorbankan 30 orang Syahid.... Aleppo antara bandar-bandar di Syria yang cukup hebat menentang rejim pemerintahan Al Assad zaman kekuasaan Hafiz ayah kepada Bashar tahun 1982...

Penjenayah Syiah dari Tahran tidak boleh membezakan antara rumah, Masjid atau sekolah mahupun pasar.

Penjenayah Syiah dari Tahran tidak boleh membezakan antara rumah, Masjid atau sekolah mahupun pasar... Dendam orang Syiah terhadap rumah Allah lebih terserlah oleh kerana mereka tidak menghormati masjid.. Gambar sebuah Masjid di Damsyiq yang dibedil oleh ketua askar Syiah di Syria Al Raihani ketika lalu berhampiran di kawasan masjid itu...

Mayat-mayat askar Al Assad bertaburan

Allahu Akhbar...

Mayat-mayat askar Al Assad bertaburan di bawah kaki mujahidin di kawasan Tal Jamook selepas mujahidin memenangi pertempuran yang tercetus baru baru ini...

https://www.facebook.com/photo.php?v=716600431733689

Berita terkini dari Syria...


Hari Khamis 19 jun 2014
Para mujahidin di Syria menggumumkan kejayaannya untuk menguasai kawasan Tal Al Jommok di barat desa Dar'a dan juga beberapa kawasan yang penting dan strategic di kawasan Al Qalamun dekat desa Damsyik menyebabkan tentera rejim Al Assad balas dengan menyerang kem pelarian Syria di Dar'a dan kawasan lain sekitarnya dan juga mengbok bandar Aleppo 

Sebenarnya kawasan Tal Al Jomook adalah kawasan berbukit yag paling tinggi di desa barat Dar'a dan yang paling terlindung dengan adanya tembok dan kejayaan Mujahidin berjaya kawal kawasan itu menjadikan semua pusat pusat pertahanan tentera rejim Al Assad terdedah kepada serangan mujahidin...

Serangan balas tentera udara rejim Al Assad ke atas kem pelarian Syria yang terletak di desa Dar'a perdekatan sempadan Syria Jordan mengakibatkan terbunuhnya 15 orang dan cedera 60 orang lagi..

Tambah lagi mujahidin dapat menguasai semula beberapa kawasan yang strategic di bandar Al Qalamoon dekat desa Damsyiq selepas pertempur dengan askar Hizbullah dari Lubnan

Tentera Syria serang kem pelarian, 20 maut


Beberapa orang penduduk di Syria membantu operasi mencari mangsa yang terperangkap selepas kawasan kem pelarian diserang pesawat pejuang tentera Syria di sempadan Jordan yang mengorbankan 20 orang. - AFP
BEIRUT 18 Jun - Serangan helikopter tentera Syria ke atas sebuah kem pelarian di sempadan Jordan hari ini, mengakibatkan 20 orang terbunuh termasuk lapan daripadanya kanak-kanak, dua hari selepas 60 orang terbunuh akibat serangan bom tong di Aleppo.
Pengarah Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, Rami Abdel Rahman melaporkan, tujuh orang termasuk tiga wanita turut cedera dalam serangan itu yang dilancarkan ke atas Kampung Shajara di selatan negara tersebut.
Rami berkata, serangan itu dilancarkan ketika keganasan di wilayah Daraa semakin merebak apabila kumpulan penentang menguasai beberapa kawasan dalam tempoh beberapa bulan lalu.
"Kesemua mangsa yang terbunuh merupakan orang awam yang menjadi pelarian dari wilayah Daraa," katanya.
Dua hari lalu, helikopter tentera Syria menggugurkan dua tong bom ke atas sebuah pasar di Aleppo, menyebabkan 60 orang terbunuh termasuk sejumlah kanak-kanak.
Rangkaian berita Al-Jazeera yang memetik kenyataan seorang penduduk tempatan, Abu Mohammad melaporkan, ramai orang berada di pasar yang terletak di daerah al-Sukari untuk menunggu bantuan makanan diagihkan ketika serangan dilancarkan.
"Dua bom digugurkan ke kawasan tersebut dalam tempoh beberapa minit menyebabkan penduduk yang sedang membantu mangsa cedera, turut terkorban.
"Tiada pangkalan tentera di kawasan ini dan hanya terdapat orang awam," kata Abu, sambil mempersoalkan tindakan tentera melancarkan serangan ke atas penduduk tempatan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140619/lu_06/Tentera-Syria-serang-kem-pelarian-20-maut#ixzz3527qa1KF
© Utusan Melayu (M) Bhd