Saturday 25 October 2014

Dua lelaki serang Parlimen Kanada akibat pengaruh perang Syria


OTTAWA 24 Okt. - Dua lelaki warga Kanada yang menyerang Parlimen Kanada kelmarin terpengaruh dengan perang di Syria, kata polis semalam.
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menemukan bukti ia merupakan satu daripada rancangan keganasan ke atas negara itu.
Pesuruhjaya Polis Kanada, Bob Paulson berkata, ia merupakan satu ancaman yang sukar dikesan. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/dua-lelaki-serang-parlimen-kanada-akibat-pengaruh-perang-syria-1.16384#sthash.lNwQYgNy.dpuf

Suspek serangan Kanada mahu sertai perang di Syria

ANGGOTA polis Kanada melakukan siasatan di kawasan Tugu Peringatan
ANGGOTA polis Kanada melakukan siasatan di kawasan Tugu Peringatan Perang Negara di Ottawa, semalam, sehari selepas seorang lelaki melancarkan serangan di lokasi itu dan Parlimen. – REUTERS
OTTAWA 24 Okt. – Dua penyerang yang melancarkan serangan berdarah di Kanada dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan pelampau dan berhasrat untuk menyertai peperangan di Syria, lapor pegawai polis.
Pesuruhjaya Polis Diraja Kanada, Bob Paulson berkata, bagaimanapun pihak polis tidak menemukan bukti yang menunjukkan kedua-dua penyerang terbabit merancang komplot serangan itu bersama-sama.
Kelmarin, Michael Zehaf-Bibeau, 32, ditembak mati selepas membunuh seorang askar tidak bersenjata di Tugu Peringatan Perang Negara, di sini dan me­nyerang Parlimen Kanada.
Dua hari sebelum itu, seorang lagi penyerang, Martin Couture-Rouleau, 25, melanggar dua askar di tempat letak kereta di Quebec, menyebabkan seorang daripada mangsa terbunuh sebelum suspek ditembak mati polis.
Jelas Paulson, siasatan polis tidak mendapati sebarang kaitan antara serangan yang dilancarkan oleh Zehaf-Bibeau dan Couture-Rouleau.
“Kami juga belum pasti sama ada Zehaf-Bibeau menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak untuk melancarkan serangan di Parlimen, tetapi saya percaya dia bertindak secara bersendirian.
“Serangan seperti itu merupakan ancaman yang sukar dikesan dan pihak polis tidak mempunyai cara untuk mengetahui lokasi dan waktu serangan,” katanya.
Kumpulan pelampau Islam sebelum ini tidak pernah mengancam keselamatan Kanada tetapi keputusan Ottawa menyertai misi antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat (AS) serangan ke atas militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria mungkin dilihat sebagai faktor keganasan itu berlaku di negara ini.
Segelintir rakyat Kanada dipercayai pergi ke Asia Barat untuk menyertai kumpulan pelampau atau militan dan membawa fahaman radikal apabila pulang ke tanah air.
Sementara itu, pihak keselamatan Kanada mempertingkatkan tahap keselamatan untuk hari ketiga berturut-turut termasuk mengawal keselamatan Perdana Menteri, Stephen Harper ketika pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit. – AFP/REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/suspek-serangan-kanada-mahu-sertai-perang-di-syria-1.16501#sthash.h0TYLlqd.dpuf