Wednesday 5 October 2016

19 maut serangan udara di kubu Daesh

RABU, 5 OKTOBER 2016 @ 9:07 PM


BEIRUT: Tiga kanak-kanak adalah antara 19 orang awam yang terkorban dalam serangan udara di sebuah perkampungan di utara Syria dikuasai militan Daesh.

Menurut Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, ia belum jelas sama ada serangan itu dilakukan tentera sekutu diketuai Amerika Syarikat yang menentang Daesh atau pun Turki.

Kerajaan Ankara kini memimpin operasi menentang Daesh di kawasan terbabit dengan sokongan tentera pemberontak Syria.

Menurut kumpulan pemantau dari Britain, serangan itu menyasarkan perkampungan di Thalthana, wilayah bahagian utara di Aleppo.

Thalthana terletak berdekatan kawasan yang menjadi kubu kuat Daesh. Tentera Turki menggiatkan operasi mereka di situ sejak beberapa hari lalu. - AFP


BANGUNAN yang musnah selepas serangan udara di Aleppo, Syria. - Foto Reuters

Tentera kerajaan lepasi barisan hadapan Aleppo


05 Oktober 2016 7:07 PM
Sukarelawan pertahanan awam membawa mayat mangsa dari runtuhan

Sukarelawan pertahanan awam membawa mayat mangsa dari runtuhan sebuah bangunan yang dibedil tentera Syria di kawasan kejiranan Bustan al-Basha di Aleppo kelmarin.-AFP
ALEPPO 5 Okt. - Kereta kebal tentera Syria melintasi barisan hadapan medan pertempuran bandar Aleppo buat kali pertama dalam tempoh empat tahun,selepas serangan oleh Rusia untuk merebut kembali wilayah timur yang dikuasai pemberontak semakin meningkat.
Tentera Syria bergerak secara beransur-ansur selepas pertempuran yang berlaku semalam, lapor Badan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria yang berpangkalan di United Kingdom.
Serangan yang berlaku semalam dilaporkan tercetus selepas Rusia mengumumkan telah menghantar sistem peluru berpandu canggih ke bandar pelabuhan Tartus di pantai Mediterranean.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia berkata, S-300 adalah sistem pertahanan dan tidak menimbulkan ancaman kepada sesiapa sambil menambah bahawa pihaknya tidak jelas mengapa penempatan sistem itu telah menyebabkan kekecohan dalam kalangan negara barat.
Sehari sebelum itu, Washington menggantung rundingan langsung antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia langsung terhadap gencatan senjata di Syria.
Setiausaha Negara AS John Kerry, dilaporkan menyalahkan Rusia kerana menolak diplomasi dan memihak untuk membantu kuasa-kuasa Presiden Bashar al-Assad mencapai kemenangan terhadap kumpulan pembangkang.
“Hari ini terdapat serangan bom yang sangat dahsyat. Lebih daripada 16 orang awam terbunuh dan lebih daripada 32 orang cedera.
“Tentera sedang cuba untuk memasuki timur dari beberapa kawasan yang berbeza. Setakat ini, mereka hanya mampu mengambil wilayah di timur laut, kem Handarat dan kawasan Shuqayif,” kata jurucakap Pertahanan Awam Syria di Aleppo, Ibrahim Abu Leith kepada agensi berita Al Jazeera.
Minggu lalu, tentera kerajaan menawan kem pelarian rakyat Palestin di Handarat dekat utara Aleppo dan Hospital Kindi yang menghadap ke persimpangan utama jalan raya penting.
AS dan negara-negara Barat yang lain menuduh Moscow dan Damsyik melakukan jenayah perang kerana sengaja mensasarkan orang awam, hospital, dan konvoi penghantaran bantuan selain menghancurkan harapan lebih 275,000 orang yang terperangkap dalam kepungan di Aleppo. - AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-kerajaan-lepasi-barisan-hadapan-aleppo-1.391031#sthash.cpO9NEVd.dpuf

Majlis Kahwin Bertukar Tragedi Berdarah


Diterbitkan: Rabu, 5 Oktober 2016 11:43 AM


DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 34 terkorban apabila seorang pengebom  meletupkan diri dalam majlis perkahwinan di wilayah Hasakeh, timur laut Syria.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) dan pasukan perubatan memberitahu, kejadian pada Selasa itu berlaku pada majlis melibatkan anggota tentera negara itu.

“Pengebom meletupkan dirinya dalam sebuah dewan di kampung Tall Tawil semasa majlis perkahwinan seorang pejuang Tentera Demokratik Syria (SDF) menyebabkan sekurang-kurangnya 34 orang terbunuh,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman.

SDF adalah pasukan pakatan Arab-Kurdis yang memerangi rejim Presiden Bashar Al-Assad dan militan Daesh di Syria.

“Ketika pengantin melafazkan ikrar, seorang lelaki memakai jaket hitam berjalan melintasi saya.

“Dia kelihatan pelik dan beberapa saat kemudian berlaku letupan kuat menyebabkan ramai tetamu jatuh dan mayat bergelimpangan,” kata saksi kejadian yang dikenali sebagai Ahmad.



Laporan agensi berita AFP menyebut kedua-dua pengantin selamat seperti mana yang disahkan ahli keluarga mereka.

Sumber hospital di Hasakeh pula berkata, 80 mangsa cedera dalam serangan tersebut.

Sementara itu, militan Daesh mengeluarkan kenyataan mengakui seorang pejuangnya menyerang ‘perhimpunan besar’ pejuang Kurdis berhampiran Hasakeh tanpa menyebut sama ada majlis perkahwinan tersebut dijadikan sasarannya.

Daesh mendakwa 40 maut dalam letupan itu. – AFP

Pengakuan Mengejutkan Relawan Wanita dalam Barisan Tentara Assad


 Selasa, 4 Oktober 2016 13:20   0 Komentar


Foto: Tentara Bashar Assad.
KIBLAT.NET, Damaskus – Para relawan wanita yang bertempur dalam barisan Assad membuat pengakuan mengejutkan terkait kebejatan moral para tentara Suriah.

Dikutip dari El-Dorar, Senin (03/10), para wanita itu membeberkan pengakuan mereka dalam sebuah video yang diposting di media sosial. Kelompok relawan militer tersebut dijuluki “Al-Fuhud As-Siriyah”, yang tergabung dalam Brigade 130 dan kerap melakukan koordinasi dengan Rusia.

Dalam video diungkap bahwa tentara dari Brigade 130 melakukan seleksi terhadap beberapa relawan wanita untuk dijadikan “budak nafsu”. Mereka juga diperlakukan buruk, selain tidak diberikan makanan, minuman atau tempat tinggal yang layak. Pelatihan militer yang dijanjikan pun juga tidak pernah ada.

Seorang wanita yang berada dalam video mengaku telah ditipu atas janji-janji pemerintah Suriah. Ia mengatakan bahwa Kementerian Pertahanan Suriah telah melakukan perekrutan terhadap wanita untuk masuk dalam militer. Namun tujuan sebenarnya adalah untuk dijadikan “budak nafsu”.

“Kami tahu bahwa pertahanan tanah air itu mulia. Daripada apa yang dilakukan Departemen Pertahanan Suriah yang merekrut wanita dalam barisan militer hanya untuk dijadikan ‘budak nafsu’ dan meremehkan yang lainnya,” kata wanita itu.

Sebelumnya, sebuah dokumen yang bocor telah menyebutkan bahwa Departemen Pertahanan Suriah melakukan eksploitasi terhadap para wanita yang kehilangan suami mereka yang ikut bertempur dalam barisan pasukan Bashar Assad.

Reporter: Ibas Fuadi
Sumber: El-Dorar

Penulis blog didenda kerana mahu Syria lenyap






MOSCOW – Sebuah mahkamah di Moscow kelmarin mendenda seorang penulis blog Rusia kerana menghasut kebencian selepas dia menggesa Pre­siden Vladimir Putin supaya ‘melenyapkan Syria dari peta dunia’.

Rusia melancarkan kempen pengeboman di Syria sejak setahun lalu untuk membantu sekutu lamanya, Presiden Bashar Al-Assad. Moscow menyokong serangan kejam oleh tentera Syria untuk menawan kembali kawasan yang dikuasai penentang di Aleppo.

Penulis blog berkenaan, Anton Nossik (gambar), telah didenda sebanyak 500,000 ruble (RM33,020) oleh mahkamah tersebut.

Dia didenda kerana menyokong kempen pengeboman Rusia dan menyeru supaya Putin memusnahkan Syria melalui penulisan di laman blognya, kata jurucakap mahkamah, Anastasia Pylina kepada agensi berita AFP.

Nossik yang memiliki kerakyatan Rusia dan Israel berkata, Syria menjadi ‘ancaman ketenteraan yang serius’ terhadap Israel dan ‘mengalu-alukan’ kempen pengeboman Moscow.

Pemimpin pembangkang, Alexei Navalny mempersendakan perbicaraan itu kerana Nossik dihadapkan ke mahkamah sedangkan tentera Rusia dituduh melakukan jenayah perang di Syria oleh Barat.

“Ketika tentera Rusia menyerang Aleppo, saya pula dihakimi di Moscow kerana menyokong serangan ini,” Nossik dipetik sebagai berkata di mahkamah itu Navalny.

Peguam Nossik, Sergei Badamshin berkata, anak guamnya ialah orang pertama yang didakwa kerana ‘menyatakan sokongan terbuka kepada Putin.’ Campur tangan Rusia di Syria mencetuskan perdebatan hangat di negara itu. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1005&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4MADWDwED
Hakcipta terpelihara 

32 maut, 100 cedera majlis kahwin dibom


Hospital M10 Aleppo turut dibedil, tujuh terkorban
05 Oktober 2016 12:18 AM



20ep2013-635150449879896524-989_resized.jpg

ORANG ramai cuba memadam kebakaran selepas sebuah dewan yang digunakan untuk majlis perkahwinan diserang pengebom bunuh diri di Hasakeh, timur laut Syria, kelmarin. AGENSI

BEIRUT 4 Okt. - Satu majlis perkahwinan membabitkan anggota Tentera Demokratik Syria (SDF) di Hasakeh, timur laut Syria semalam, bertukar tragedi apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan diri di dalam dewan majlis berkenaan, mengorbankan 32 nyawa dan mencederakan 100 yang lain.
Insiden berdarah itu berlaku di Tall Tawil, sebuah perkampu­ngan di Hasakeh, apabila seorang lelaki lengkap berjaket hitam memasuki dewan tersebut dalam keadaan pelik dan mencurigakan.
Perkara itu diceritakan oleh seorang mangsa, Ahmad, yang cedera di kepala akibat letupan tersebut.
“Sewaktu pasangan pengantin saling bertukar ikrar setia, saya melihat seorang lelaki memakai jaket tebal berwarna hitam berjalan depan saya. Dia kelihatan pelik dan beberapa saat kemudian, letupan kuat berlaku.
“Saya melihat ramai orang terbaring di atas lantai dan mayat bergelimpangan di sana sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Badan Pemantau Hak Asasi Manusia ke Syria, Rami Abdel Rahman mengesahkan mengenai peristiwa malang tersebut kepada AFP.
Badan pemantau dan pegawai tempatan Kurdish mendakwa pengantin lelaki terbunuh dalam serangan tersebut, namun salah seorang saudara terdekat memberitahu bahawa kedua-dua pasangan selamat.
Dalam satu lagi serangan ber­asingan, sekurang-kurangnya tiga pekerja yang ditugaskan untuk membaiki sebuah hospital di Aleppo, M10 terbunuh dalam serangan udara Rusia semalam.
Jurucakap Persatuan Perubatan Sy­ria-Amerika, Dr. Abu al-Izz berkata, satu lagi serangan udara turut mengorbankan empat orang di luar hospital bawah tanah itu.
Tambahnya, hospital itu dilaporkan musnah sama sekali dalam serangan bom yang direka untuk memusnahkan kemudahan bawah tanah.
Dalam perkembangan lain, Amerika Syarikat (AS) menangguhkan rundingan dengan Rusia dalam usaha memulihkan kegagalan gencatan senjata di Syria dan menubuhkan satu sel ketenteraan bersama untuk menya­sarkan kumpulan jihad.
“Ini bukan satu keputusan mudah,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, John Kirby yang mendakwa Rusia dan Syria mening­katkan serangan ke atas kawasan tum­puan awam. – AFP/DPA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/32-maut-100-cedera-majlis-kahwin-dibom-1.390791#sthash.wDqJhpYE.dpuf