Friday, 18 October 2013
Pejuang-pejuang wanita sewaktu mengambil bahagian dalam sesi latihan di daerah Salaheddin, Aleppo.

syria berdarah

"Sustainable Food Systems for Food Security and Nutrition"
Tapi lihatlah anak-anak di Syria, yang mati akibat kekurangan zat dan makanan. Gambar menunjukkan Ibrahim Khaleel, 3 tahun, dari Moadamiya, meninggal akibat kekurangan zat dan makanan pada 31 Ogos 2013.
Berita terkini mengesahkan bahawa Mejar Jeneral Jamaa Jamaa telah berjaya dibunuh mujahideen.

Deir al-Zour ~ Berita terkini mengesahkan bahawa Mejar Jeneral Jamaa Jamaa telah berjaya dibunuh mujahideen. Jamaa, yang merupakan seorang pegawai kanan Perisikan Tentera telah dibunuh di timur Syria, di wilayah timur Deir al-Zour. Beliau adalah antara pegawai tinggi yang paling berpengaruh bagi Basyar.
Tentera rejim Basyar kini telah memperhebatkan serangan ke atas wilayah timur tidak lama selepas pengumuman kematian Jamaa ini.
Serangan cemari raya korban di Syria
17 Oktober 2013
DAMSYIK - SYRIA. Sambutan Aidiladha kelmarin, dicemari pertempuran selepas tentera rejim dan Tentera Pembebasan Syria (FSA) saling berbalas serangan.
Aktivis mendakwa, insiden itu jelas menunjukkan perang saudara kini semakin meruncing, dipetik AP.
Isnin lalu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry mencadangkan, kerajaan dan pembangkang Syria perlu mengadakan rundingan berhubung proses peralihan kuasa pada pertengahan bulan depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)