Sunday 1 November 2015

Bekas penyanyi popular maut dibom pesawat AS


Bekas penyanyi popular maut dibom pesawat AS

1 NOVEMBER 2015
Bekas penyanyi popular maut dibom pesawat AS Deso Dogg

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Seorang bekas penyanyi rapper, Denis Cuspert yang juga dikenali sebagai Deso Dogg dan nama Islamnya, Abu Talha al-Almani terbunuh dalam serang udara tentera udara Amerika Syarikat (AS), pertengahan bulan ini.

Menurut laporan CNN, Abu Talha yang menyertai militan IS pada 2012 didakwa bertindak sebagai pegawai propaganda yang bertanggungjawab merekrut ahli di barat melalui laman sosial.

"Saya sahkan bahawa Abu Talha terbunuh dalam satu serangan udara pada 16 Oktober lalu," kata jurucakap Jabatan Pertahanan, Elissa Smith dalam sebuah email.

Abu Talha yang berasal dari Jerman dan pernah beraksi bersama bintang rap AS, DMX pada 2006 telah berubah genre dari rap kepada nasyid tidak lama kemudian.

Pada Februari, AS mengklasifikasikan Abu Talha sebagai militan selepas didakwa terlibat dalam merekod dan menyebarkan propaganda militan IS di laman Facebook dan Twitter.

Abu Talha juga didakwa penah muncul dalam beberapa video sambil memegang kepala mangsa militan IS yang dipancung.