Saturday 31 October 2015

40 korban serangan roket

Beirut: Empat puluh orang terbunuh apabila roket yang dibedil tentera kerajaan Syria jatuh di pasar di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang di luar Damsyik, semalam.
“Kira-kira 40 orang terbunuh dan sekurang-kurangnya 100 yang lain cedera di tengah Douma,” kata kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria Rami Abdel Rahman, merujuk kepada bandar di timur ibu negara Syria.
Menurutnya, pertempuran sengit masih berlaku di kawasan berkenaan petang semalam, membabitkan bedilan roket dan mortar.
Dia berkata, jumlah kematian dijangka meningkat memandangkan ramai lagi mangsa belum dikeluarkan dari bangunan yang hampir musnah.
Douma yang dikuasai kumpulan penentang terletak di Ghouta Timur, kawasan terbesar yang dikuasai mereka di wilayah Damsyik.
Kelmarin, serangan tentera kerajaan yang menyasarkan sebuah hospital dan pasar meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, kata kumpulan berkenaan.
Menurut Rami, serangan semalam berlaku ketika penduduk berkumpul di pasar berkenaan.
Katanya, Douma ialah antara kawasan di Syria yang mencatatkan angka kematian tertinggi sejak perang di negara itu meletus.
Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad sering menyasarkan bandar itu dengan roket, meriam dan serangan udara.
Ogos lalu, 117 orang terbunuh dalam satu serangan udara di bandar itu.
Lebih 250,000 orang terbunuh sejak konflik bermula pada Mac 2011.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 31 Oktober 2015 @ 7:48 AM


PENDUDUK cuba mengenal pasti mayat anggota mereka yang terbunuh.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89649#sthash.SJ6U3VCd.dpuf

Bom berangkai yang tidak meletup





Bom berangkai yang tidak meletup dijatuhkan oleh pesawat tentera Russia di Maarrat al-Nu'man pada pagi semalam (29/10/2015)
Lihatlah dunia, Kebesaran Allah lebih dari segala-galanya.

MASIH MAMPU MENGUNTUMKAN SENYUMAN





Kanak-kanak pelarian Syria yang bakal menghadapi musim sejuk melampau. Lihatlah apa yang disarungkan dikakinya, dan dia masih mampu tersenyum.

70 syahid dan 200 orang tercedera di Douma.



DOUMA, SYRIA

Serangan pengeboman pesawat Rusia ke kawasan pasar yang dipenuhi penduduk awam awal hari ini. Setakat ini 40 kematian dicatatkan manakala lebih 100 kecederaan.

22 lagi pelarian terkorban bot karam di Greece


Seorang budak lelaki menangis panik apabila bot yang dinaikinya karam ketika menyeberangi Laut Aegean di Pulau Lesbos, Turki, semalam. – AFP
ATHENS 30 Okt. – Sekurang-kurangnya 22 pelarian lagi terkorban termasuk 13 kanak-kanak semalam, selepas bot yang dinaiki mereka karam di Pulau Kalymnos dan Pulau Rhodes, manakala seramai 144 lagi berjaya diselamatkan ketika kumpulan tersebut dalam perjalanan ke Eropah.
Pihak berkuasa Kalymnos mengesahkan telah menjumpai 19 mayat pelarian termasuk enam wanita, selain menemukan 10 mayat pelarian kanak-kanak.
Kejadian terbaharu itu menjadikan jumlah pelarian yang terkorban pada bulan ini mencecah 36 orang.
Data daripada Pejabat Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) menunjukkan lebih 3,200 pelarian terkorban ketika cuba menyeberangi perairan Greece dan kebanyakan daripada mereka adalah kanak-kanak, lapor AFP.
Sementara itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save the Children berkata, lebih 70 pelarian kanak-kanak dipercayai maut sehingga kini ketika cuba menyeberangi sempadan antara Greece dan Turki, lokasi sama penemuan mayat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Alyan Kurdi yang terdampar di pantai Turki pada September lalu yang menggemparkan dunia.
Al Jazeera melaporkan, Save the Children menjangkakan angka tersebut akan terus meningkat berikutan cuaca sejuk serta arus laut yang deras.
Seorang anggota Save the Children, Kate O’Sullivan berkata, pihaknya bimbang sekiranya tidak ada sebarang tindakan diambil bagi menangani krisis itu, lebih ramai pelarian kanak-kanak akan menjadi korban.
“Walaupun jarak antara Turki dan Greece dekat, namun air laut yang deras menyebabkan keadaan berbahaya. Kita mungkin akan terus menyaksikan lebih banyak kematian pelarian dalam masa terdekat,” katanya.
Tambahnya, pihak berkuasa perlu membantu memberi laluan alternatif yang lebih selamat agar pelarian dapat diselamatkan. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/22-lagi-pelarian-terkorban-bot-karam-di-greece-1.152529#sthash.XTCymQXW.dpuf

Penculik budak pelarian ditahan


Penculik budak pelarian ditahan

31 OKTOBER 2015
Penculik budak pelarian ditahan Suspek (gambar kanan) yang disyaki menculik Mohamed selepas mangsa dilaporkan hilang pada 1 Oktober lalu.

BERLIN - JERMAN. Pihak berkuasa Jerman, kelmarin telah memberkas seorang lelaki berusia 32 tahun yang disyaki menculik kanak-kanak pelarian berumur empat tahun.

Jurucakap polis, Stefan Redlich berkata, penahanan itu dibuat selepas menerima aduan daripada ibu suspek yang mendakwa anaknya membuat pengakuan bahawa dia terlibat dengan penculikan Mohamed Januzi yang dilaporkan hilang pada 1 Oktober lalu.

"Kami turut menemui mayat seorang budak di dalam but kereta suspek. Kami sedang menunggu keputusan autopsi untuk mengenal pasti identiti dan tarikh sebenar kematiannya.

"Rakaman CCTV menunjukkan lelaki tersebut ada membawa Mohamed keluar dari kawasan pejabat kerajaan yang menyediakan program penjagaan sosial kepada pelarian," katanya.

Menurutnya lagi, hasil siasatan awal mendapati suspek dari Brandenburg itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan berhaluan kanan atau lingkaran xenofobia, lapor Reuters.

17 budak pelarian mati lemas


Athens: Sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak lemas apabila tiga bot yang sarat dengan pelarian karam ketika dalam perjalanan dari Turki ke Greece.

Sembilan pelarian dewasa juga lemas sebelum pasukan penyelamat Greece serta Turki tiba dan menyelamatkan 157 mangsa yang berada dalam laut.

Kejadian itu berlaku berhampiran Pulau Kalymnos dan Rhodes di Greece dengan 22 pelarian lemas, termasuk 13 kanak-kanak apabila dua bot karam malam tadi.

Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan 138 orang dan masih mencari mangsa lain yang hilang.

Di utara, wakil AFP menyaksikan sendiri pelarian memanjat ke atas bumbung bot yang hampir karam dekat Kepulauan Lesbo, hari ini.
Mayat seorang kanak-kanak pelarian yang lemas terdampar di pantai selepas bot kayu dinaiki lebih 150 pelarian karam dekat kepulauan Lesbo, malam tadi. - Foto Reuters
Empat lagi kanak-kanak, semuanya dari Syria, mati lemas dalam kejadian itu dan pasukan penyelamat Turki sempat menyelamatkan 19 orang. - AFP
Mayat budak perempuan dibungkus dengan selimut antara 17 kanak-kanak pelarian yang mati lemas selepas bot mereka karam ketika dalam perjalanan dari Turki ke Greece. - Foto Reuters 
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 10:49 PM

Anggota penyelamat Sepanyol berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak dekat kepulauan Lesbo. - Foto AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89567#sthash.abGseaKS.dpuf

Friday 30 October 2015

Penyanyi Rap Jerman Terbunuh Dalam Serangan Udara Di Syria


Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 11:45 AM

WASHINGTON: Penyanyi rap warga Jerman yang menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) didakwa terbunuh dalam serangan udara di Syria, kata pegawai pertahanan pada Khamis.
"Kami percaya dia terbunuh dalam serangan udara yang dilakukan tentera perikatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini.
"Cuspert bukan sasaran utama kami dan kami tidak menyasarkan untuk serang dia," katanya beberapa pejuang jihad IS yang lain turut terbunuh.
Dikenali dengan nama rap Deso Dogg, Cuspert menukar namanya kepada Abu Talha al-Almani.
Pernah membuat persembahan rap di Berlin, Cuspert merupakan antara pejuang barat yang terkenal dalam kumpulan IS. Dia juga tersenarai sebagai penyokong Al-Qaeda oleh United Nations.
Kumpulan IS melarang sebarang jenis muzik tetapi menyanyi dibenarkan. Beberapa video pejuang jihad yang menakutkan diubah kepada audio.
Sumber daripada IS pada April 2014 berkata Cuspert terbunuh di Syria tetapi kemudian menarik balik dakwaan itu.
Cuspert yang menyertai IS pada 2012 muncul dalam beberapa video kumpulan militan itu termasuklah pada November tahun lepas, video yang menunjukkan seorang pejuang IS memegang kepala seorang lelaki yang dipenggal kerana menentang mereka.
Cuspert yang telah berjanji untuk setia kepada pemimpin IS Abu Bakr al-Baghdadi itu dilantik menjadi ketua rekrut pejuang Jerman. -AFP

Lima budak korban baharu pelarian


Lima budak korban baharu pelarian

30 OKTOBER 2015
Lima budak korban baharu pelarian Seorang daripada kanak-kanak yang mati lemas dibawa ke tepi pantai oleh pasukan penyelamat.

ATHENS - GREECE. Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak menjadi korban baharu pelarian selepas bot dinaiki mereka terbalik di Greece, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Jurucakap polis pelabuhan memaklumkan dua orang dewasa turut maut dalam insiden itu manakala lebih 200 lagi berjaya diselamatkan dari salah sebuah daripada empat bot di luar pantai utara Pulau Lesbos di Athens.

"Kebanyakan mangsa mengalami hiportemia di mana suhu badan jauh lebih rendah dari paras normal. Jumlah pelarian yang masih hanyut juga masih belum dapat dipastikan kerana angka sebenar migran yang menyertai perjalanan tersebut gagal diperoleh," katanya lagi.

Difahamkan, kejadian terbaharu itu menjadikan jumlah pelarian yang terkorban pada bulan ini mencecah kepada 36 orang.

Data diperoleh daripada Pejabat Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) menunjukkan lebih 3,200 telah terkorban ketika cuba menyeberangi perairan Greece dan kebanyakan daripada mereka adalah kanak-kanak, lapor AFP.

12 hospital jadi sasaran serangan udara di Syria


Beirut: Serangan udara di utara Syria sejak beberapa minggu lalu menyasarkan sekurang-kurangnya 12 hospital, menyebabkan sekurang-kurangnya 35 pesakit dan kakitangan perubatan terbunuh.

Kumpulan kebajikan perubatan Medecins Sans Frontieres (MSF) atau Doktor Tanpa Sempadan berkata, keganasan yang semakin meningkat sejak akhir September lalu turut menyebabkan ribuan orang awam kehilangan tempat tinggal.

MSF bagaimanapun tidak menyebut negara yang terbabit melancarkan serangan udara itu.

Jet Russia dan Syria diketahui memperhebatkan serangan mereka di barat dan barat laut Syria.

Dalam kenyataannya, MSF berkata, selain puluhan yang terbunuh, 72 yang lain cedera dalam serangan yang menyasarkan hospital di Aleppo, Idlib dan Hama.

Enam hospital juga terpaksa ditutup. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Oktober 2015 @ 6:37 AM

PENDUDUK melihat kemusnahan sebuah hospital sementara di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang rejim Syria di Douma, pinggir Damsyik, semalam. Aktivis tempatan berkata, lebih 10 orang terbunuh dalam serangan yang dilakukan tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/89310#sthash.hW9vdK0Y.dpuf

Penduduk Aleppo 
terputus bekalan makanan

penduduk Syria berjalan dalam hujan di  sebatang jalan di bandar

Penduduk Syria berjalan dalam hujan di sebatang jalan di bandar Aleppo yang dikuasai pemberontak. Beribu-ribu penduduk bandar Aleppo terputus bekalan makanan selepas kumpulan militan IS menyekat satu-satu laluan ke bandar ini. REUTERS
BEIRUT 29 Okt. - Beribu-ribu penduduk di bandar Aleppo terputus bekalan makanan ekoran tindakan kumpulan militan Negara Islam (IS) menyekat satu-satunya laluan penduduk Aleppo keluar dari bandar berkenaan.
Keadaan itu juga menyebabkan harga barangan keperluan harian meningkat mendadak.
Minggu lalu kumpulan militan IS menawan jalan Khanasser di utara Aleppo, yang merupakan satu-satunya laluan untuk keluar dari Aleppo, sekaligus menyebabkan usaha-usaha membawa bekalan makanan ke bandar itu untuk kegunaan penduduk terhalang.
“Dalam masa lima hari harga barangan asas seperti tomato dan minyak petrol meningkat tujuh kali ganda. Ini satu perkara yang tidak masuk akal,” kata seorang penduduk, Salaheddin, 45.
Sebelum ini, lebuh raya menghubungkan Aleppo dengan Damsyik telah ditawan kumpulan penentang kerajaan, sebelum tentera kerajaan pada tahun lalu membuka jalan yang menghubungkan bandar Safireh dan Khanasser dengan bandar yang dikawal kerajaan iaitu Hama dan Homs.
Dalam perkembangan lain, serangan udara yang meningkat dengan mendadak ke atas hospital-hospital di Syria sejak kebelakangan ini, telah menyebabkan sekurang-kurangnya 35 orang pesakit dan kakitangan hospital terkorban, manakala 75 lagi cedera.
Doctors Without Borders (MSF) dalam satu kenyataan berkata, serangan udara tersebut mula dilancarkan pada akhir September lalu dan menjadikan 12 hospital di wilayah Idlib, Aleppo dan Hama sebagai sasaran.
“Secara keseluruhannya serangan (udara tersebut) telah menyebabkan enam hospital terpaksa ditutup dan empat buah ambulans musnah.
“Sehingga kini hanya sebuah hospital beroperasi, namun hospital berkenaan masih gagal memberi perkhidmatan kecemasan kepada ibu mengandung, kanak-kanak dan perkhidmatan penjagaan kesihatan asas,” jelas MSF.
 – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penduduk-aleppo-8232-terputus-bekalan-makanan-1.152188#sthash.YqgmIbzX.dpuf

Thursday 29 October 2015

Russia bantah resolusi PBB terhadap Syria

Duta Britain ke PBB, Matthew Rycroft, berkata draf itu sudah diedarkan kepada beberapa anggota Majlis Keselamatan dan akan diedarkan kepada semua anggota dalam beberapa hari lagi.
Timbalan Duta Russia ke PBB, Petr Iliichev, memberitahu wartawan beliau belum melihat draf berkenaan tetapi berkata ia tidak sepatutnya diedarkan kepada Majlis Keselamatan sekarang.
"Ini kerana pada saat genting sekarang, kita tidak patut menjejaskan usaha yang sedang diambil di Vienna," katanya.
Rundingan di Vienna hari ini dan esok adalah usaha paling serius masyarakat antarabangsa bagi menamatkan konflik di Syria yang sudah memasuki tahun kelima. - AFP

Wednesday 28 October 2015

Taliban tawan daerah utara Afghanistan



KABUL: Militan Taliban menakluki sebuah daerah di wilayah Takhar di utara Afghanistan dan pertempuran sengit berlaku hari ini dengan tentera kerajaan berjuang untuk mengambil alih kawasan itu, menurut seorang pegawai.
Enam anggota pasukan keselamatan Afghanistan terbunuh dalam pertempuran di daerah Darqad, kawasan bersempadan dengan Tajikistan, menurut jurucakap gabenor wilayah itu, Sonatullah Taimor.
Wilayah terbabit tidak terjejas akibat gempa bumi di utara Afghanistan kelmarin yang berpusat di wilayah Badakhshan, kawasan berhampiran dengan zon konflik itu.
Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, melalui e-mel kepada organisasi media menyatakan pertempuran di Darqad bermula pada waktu subuh hari ini.
Beliau berkata, dua pejuang Taliban terbunuh ketika kumpulan itu merampas bangunan kerajaan, termasuk ibu pejabat polis.
Pegawai Afghanistan berkata, Taliban bergabung dengan pemberontak lain seperti Gerakan Islam Uzbekistan dan bergerak ke seluruh wilayah utara dengan matlamat menyusup masuk ke negara Asia Tengah. - AP

Migran bantah penempatan semula di Sweden yang terlalu sejuk


STOCKHOLM: Sekumpulan migran di Sweden enggan turun dari bas dan mempertikaikan keputusan pihak berkuasa membawa mereka ke penempatan sementara di kawasan yang terpencil dan sangat sejuk.
Lebih 60 orang warga Syria dan Iraq dibawa dengan bas ke Limedsforsen, bandar di sempadan dengan Norway, untuk ditempatkan di sebuah perkampungan dan tinggal dalam chalet kayu sementara tuntutan suaka mereka diproses.
Bagaimanapun, kira-kira sepertiga mereka berkesan enggan turun dari bas apabila mendapati mereka dalam hutan berpuluh-puluh kilometer dari bandar terdekat. Sebaliknya, mereka minta dihantar ke bandar besar, atau ke Jerman.
"Mereka mahu kami tinggal di sini, tapi memang sukar kami ikut kehendak mereka kerana ada kanak-kanak dan perempuan mengandung. Terlalu sejuk di sini, ..tambahan pula tiada doktor dan kedai," kata migran Syria, Hadeel Waez kepada stesen TV, SVT.
Sementara itu, agensi pengurusan migran Sweden, Migrationsverket (MV) berkata, negara itu menerima terlalu ramai pendatang, lebih 10,000 orang seminggu sehingga prasarana yang disediakan untuk mereka tidak mencukupi.
"Kami tak ada penyelesaian alternatif. Inilah yang ada setakat ini," kata jurucakap MV, Guna Graufelds tetapi menambah, kes migran menolak penempatan semula jarang berlaku. - AFP

Militan IS lenyek tentera Syria 
hidup-hidup dengan kereta kebal

rakaman video memaparkan Fadi Ammar Zidan dipaksa berjalan  ke

RAKAMAN video memaparkan Fadi Ammar Zidan dipaksa berjalan ke arah kereta kebal sebelum dilenyek hidup-hidup oleh kumpulan militan IS, baru-baru ini. AGENSI
DAMSYIK 27 Okt. – Militan Negara Islam (IS) semalam menyiarkan rakaman video terbaharu yang mengerikan apabila memaparkan seorang tentera Syria berusia 19 tahun dilanggar hidup-hidup oleh sebuah kereta kebal milik kumpulan tersebut , baru-baru ini.
Menurut portal Mail Online yang memetik Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria, ketika kejadian, anggota tentera yang memakai baju berwarna jingga dikenali sebagai Fadi Ammar Zidan itu dipaksa berjalan di hadapan kereta kebal yang menuju ke arahnya.
Pada masa sama, seorang anggota IS yang memakai jubah dilihat berkata sesuatu kepadanya sebelum mangsa dilanggar hidup-hidup dalam keadaan tangan bergari.
Video mengerikan itu dipercayai dirakamkan di tengah-tengah jalan raya di kawasan padang pasir sambil mangsa dikelilingi anggota IS yang memegang senjata.
Fadi kemudian berjalan ke arah kereta kebal sebelum video berakhir dengan bunyi tembakan ke arahnya.
Badan Pemerhati Hak Asasi Ma­nusia bagi Syria mendakwa, pi­haknya menerima maklumat tersebut bulan lalu bahawa militan IS menggunakan kaedah tersebut terhadap tentera kerajaan Syria.
Badan Hak Asasi Manusia yang beribu pejabat di London itu mendakwa, kes itu merupakan kejadian pertama tentera Syria dihukum dengan cara dilenyek kereta kebal hidup-hidup oleh militan IS.
Awal minggu ini, seorang tentera Amerika Syarikat (AS), Sarjan Joshua Wheeler, 39, menjadi anggota tentera pertama yang dibunuh dalam pertempuran di utara Iraq dengan militan IS.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/militan-is-lenyek-tentera-syria-8232-hidup-hidup-dengan-kereta-kebal-1.151478#sthash.5dLobsRL.dpuf

Tuesday 27 October 2015

EU buka 50,000 pusat penempatan pelarian


Seorang pelarian mengangkat bayinya semasa mendarat bersama berpuluh-puluh pelarian lain di Pulau Lesbos, Greece pada 14 Oktober lalu.AFP
BRUSSELS 26 Okt. – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) dan Balkan bersetuju melaksanakan pelan yang melibatkan 17 perkara, termasuk berhubung penempatan lebih 100,000 pelarian, yang dijangka tiba ketika musim sejuk tidak lama lagi.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Jean-Claude Juncker berkata, antara pendekatan yang dipersetujui pada pertemuan, di sini malam tadi adalah menempatkan pelarian berkenaan di pusat-pusat penerimaan yang dibina di laluan dari Greece hingga Jerman, yang dibina dengan bantuan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).
Kira-kira 50,000 pusat penempatan akan dibina di Greece dan selebihnya di laluan melalui negara-negara Balkan seperti Macedonia dan Serbia.
“Pelarian perlu diberikan layanan kemanusiaan sepanjang laluan Balkan Barat dan bagi mengelak berlaku tragedi kemanusiaan di Eropah,’’ katanya.
Pemimpin EU turut bersetuju mengerahkan 400 anggota polis ke Slovenia dalam tempoh seminggu bagi membantu negara itu menangani kemasukan pelarian.
Terdahulu, Perdana Menteri Slovenia, Miro Cerar berkata, negaranya tidak menerima bantuan secukupnya daripada negara-negara anggota EU bagi menangani kemasukan pelarian.
Persetujuan itu dicapai ketika negara-negara anggota EU berbeza pendapat berhubung bagaimana untuk menangani krisis kebanjiran pelarian di benua ini.
Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, krisis itu merupakan ujian paling tersebar yang dihadapi oleh Eropah kini. – Reuters/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/eu-buka-50-000-pusat-penempatan-pelarian-1.151010#sthash.dqOfILcc.dpuf

Monday 26 October 2015

Persetujuan tentang nasib Bashar gagal ditentukan


Bashar al-Assad
VIENNA 24 Okt. – Arab Saudi, Turki, Rusia, dan Amerika Syarikat (AS) semalam gagal mencapai persetujuan berhubung nasib politik Pre­siden, Bashar al-Assad semasa satu pertemuan yang diadakan bagi meneroka kemungkinan konflik selama lima tahun di Syria dapat dihentikan.
Bagaimanapun, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir mengesahkan empat negara itu yang diwakili oleh diplomat tertinggi negara masing-masing akan meneruskan perbincangan mengenai Syria, menurut laporan yang memetik agensi berita Rusia.
Setiausaha Negara AS, John Kerry, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, Menteri Luar Turki, Feridun Sinirlioglu dan Adel terlibat dalam perbincangan yang banyak membincangkan nasib Bashar, lapor portal Al Jazeera.
Ketika Moscow percaya Bashar perlu kekal dalam sebahagian daripada proses politik berkenaan, pihak lain beranggapan pemimpin Syria itu perlu berundur bagi menamatkan perang yang setakat ini meragut lebih 250,000 nyawa.
Moscow pada masa sama mengumumkan penglibatan Jordan dalam menyelaras operasi serangan udara mereka di Syria.
Kerry dalam pada itu berkata, beliau berharap akan dapat mengadakan satu lagi perbincangan yang lebih meluas mengenai Syria seawal-awalnya 30 Oktober ini.
“Apa yang telah kita persetujui hari ini adalah untuk berunding dengan semua pihak terlibat dan berhasrat untuk bersidang semula seawal Jumaat depan bagi mencari titik persamaan dalam meneruskan proses politik yang bermakna,’’ kata Kerry.
Lavrov sementara itu mahu kumpulan rundingan tersebut turut melibatkan pemain serantau yang penting seperti Iran yang turut menyokong Bashar.
Bagaimanapun, Kerry buat masa ini menolak penglibatan Teheran dalam rundingan itu.
“Buat masa ini, Iran tidak terlibat dan akan tiba masa mungkin kita bercakap dengan Iran, namun bukan sekarang,’’ tegas Kerry. – AGENSI/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/persetujuan-tentang-nasib-bashar-gagal-ditentukan-1.150171#sthash.v6sG86pF.dpuf

Sembilan maut serangan mortar

Sebahagian penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam protes terhadap

Sebahagian penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam protes terhadap usul pembentukan kerajaan perpaduan oleh PBB di Benghazi, Libya, kelmarin. REUTERS
BENGHAZI 24 Okt. – Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan lebih 30 cedera di Benghazi semalam selepas serangan mortar mengenai kumpulan penunjuk perasaan yang membantah cadangan pembentukan kerajaan perpaduan bagi menamatkan krisis politik di negara ini.
Dengan membawa sepanduk dan pelekat, lebih 2,000 orang mengambil bahagian dalam demonstrasi itu yang diadakan di Dataran al-Keesh bagi membantah cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba, lebih tujuh mortar dilancarkan dari kawasan yang dikuasai pergerakan Islam dan mengenai kumpulan penunjuk perasaan itu.
Sepanjang tahun lalu, Benghazi menyaksikan pertempuran sengit antara tentera dan pelbagai kumpulan termasuk kumpulan militan Negara Islam.
Serangan roket secara semberono ada kalanya mengenai kediaman awam di bandar kedua terbesar di Libya itu yang terpisah oleh kawasan yang dikuasai oleh penentang tentera.
Bagaimanapun di sebahagian kawasan perumahan lain, kehidupan rakyat berjalan seperti biasa, manakala pertempuran berkurangan di kawasan runtuhan akibat perang.
PBB menyerahkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara dua kuasa politik utama Libya bagi menamatkan kekacauan di negara ini, namun usaha untuk mencapai perjanjian tergendala ketika kedua-dua pihak mendapat tentangan daripada sekutu mereka. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sembilan-maut-serangan-mortar-1.150169#sthash.RHHo4oeX.dpuf

Bashar sedia adakan pilihan raya Presiden




MOSCOW – Presiden Syria, Bashar (gambar) al-Assad didakwa menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihan raya parlimen dan presiden sekali gus bertan­ding bagi mengekalkan jawatannya, kata seorang ahli parlimen Rusia dari Damsyik semalam.
“Beliau bersedia mengadakan pilihan raya dengan calon daripada semua parti politik yang mahukan Syria berkembang makmur,” ujar Alexander Yushchenko menerusi panggilan telefon kepada AFP selepas bertemu Bashar di ibu kota Syria.
Yushchenko menambah, Assad memberitahu kesediaannya itu selepas pertemuan selama satu jam 30 minit yang turut disertai ahli parlimen Rusia dan beberapa individu penting lain.
“Dia benar-benar yakin dengan kenyataannya itu,” kata Yushchenko.
Beliau yang merupakan ahli Parti Komunis mene­gaskan, Assad bersedia untuk membincangkan pembaharuan perlembagaan dan pilihan raya hanya selepas Syria bebas daripada cengkaman kumpulan pemberontak Islamic State (IS).
Pengumuman baharu itu dijangka menimbulkan ketegangan kepada kumpulan pemberontak yang disokong Barat termasuk Washington dan sekutunya yang sebelum ini menyatakan bahawa Bashar tidak ada masa depan selepas pasca konflik Syria.
Beberapa pihak lawan Bashar menggesa beliau berundur ketika proses peralihan, manakala sebilangan lagi memaksanya meletakkan jawatan secepat mungkin.
Rusia yang merupakan penyokong kuat rejim Bashar menyatakan terpulang kepada penduduk Syria untuk menentukan nasib pemimpin mereka. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3pcUez4qw 
Hakcipta terpelihara 

Sunday 25 October 2015

Pengawal peribadi Mahmoud Ahmadinejad terbunuh di Aleppo, Syria


AHAD, 25 OKT

PENGAWAL peribadi bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, Abdollah Baqeri Niyaraki (belakang) terbunuh di Aleppo, utara Syria. - Foto AFP
ALEPPO, Syria: Seorang pengawal peribadi bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad terbunuh di Aleppo, utara Syria, lapor media Tehran.
Abdollah Baqeri Niyaraki juga adalah bekas anggota Pengawal Revolusi Iran. Beliau berada di Syria dan berkhidmat sebagai penasihat tentera negara bergolak itu, lapor agensi berita Fars.
Berita kematiannya muncul selepas dua lagi anggota tentera Iran berpangkat tinggi, yang juga bertindak sebagai penasihat di selatan negara ini terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak.
Kemunculan penasihat tentera Iran merumitkan lagi geopolitik dalam peperangan di Syria, yang menyaksikan peningkatan serangan udara oleh Russia termasuk di sekitar bandar Aleppo, bandar terbesar di Syria.
Duta Syria ke Russia, Riad Haddad, yang dipetik oleh media Russia sebagai berkata, akan berlaku pertempuran sengit dalam masa terdekat apabila tentera Syria bersiap sedia untuk merebut kembali bandar itu.
Beliau juga mengakui tentera Syria membuat serangan udara ke kawasan itu.
"Tentera kita yang dibantu pesawat Russia sedang mengelilingi bandar dan bersedia untuk merampas kawasan berkenaan," kata Haddad dalam satu temu bual dengan laman berita Gazeta.ru, hari ini. - CNN

Bayi bertarung di lautan berjam lamanya


Bayi bertarung di lautan berjam lamanya

24 OKTOBER 2015
Bayi bertarung di lautan berjam lamanya Bayi yang diselamatkan nelayan dalam keadaan terapung.

TURKI - Seorang bayi yang terapung selama berjam-jam yang hanya bergantung pada jaket keselamatan di Laut Aegean berjaya diselamatkan nelayan Turki yang kebetulan terlihat kelibatnya permukaan air.

Dua nelayan itu juga melihat beberapa pelarian lain yang terapung selepas menyelamatkan bayi yang dikenal pasti sebagai Muhammad Hasan.

Pada awalnya kapten bot, Recep Evran berkata, mereka menyangka Hasan tidak lagi bernyawa namun tiba-tiba bayi berusia 18 bulan itu mengeluarkan bunyi.

“Dia sangat pucat. Kaki dan tangan semua sudah bertukar menjadi putih. Kami tutup dia dengan selimut dan cuba menyelamatkannya,” katanya memetik laporan Hurriyet Daily News.

Hasan kini dikatakan dalam keadaan stabil dan bersama ibunya di hospital.

Bot dinaiki Hasan bersama pelarian lain yang menuju ke Greece dilaporkan terbalik Rabu lalu.

Lokasi Hasan diselamatkan itu tidak jauh dari pantai di mana jasad si kecil, Aylan Kurdi, 3 ditemui bulan lalu.

Aylan dan abangnya, Galip Kurdi, 5 adalah antara pelarian yang mati lemas selepas bot mereka karam dan ditemui hanyut di pantai Bodrum, Turki.

Sembilan maut serangan mortar


Sebahagian penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam protes terhadap

Sebahagian penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam protes terhadap usul pembentukan kerajaan perpaduan oleh PBB di Benghazi, Libya, kelmarin. REUTERS
BENGHAZI 24 Okt. – Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan lebih 30 cedera di Benghazi semalam selepas serangan mortar mengenai kumpulan penunjuk perasaan yang membantah cadangan pembentukan kerajaan perpaduan bagi menamatkan krisis politik di negara ini.
Dengan membawa sepanduk dan pelekat, lebih 2,000 orang mengambil bahagian dalam demonstrasi itu yang diadakan di Dataran al-Keesh bagi membantah cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba, lebih tujuh mortar dilancarkan dari kawasan yang dikuasai pergerakan Islam dan mengenai kumpulan penunjuk perasaan itu.
Sepanjang tahun lalu, Benghazi menyaksikan pertempuran sengit antara tentera dan pelbagai kumpulan termasuk kumpulan militan Negara Islam.
Serangan roket secara semberono ada kalanya mengenai kediaman awam di bandar kedua terbesar di Libya itu yang terpisah oleh kawasan yang dikuasai oleh penentang tentera.
Bagaimanapun di sebahagian kawasan perumahan lain, kehidupan rakyat berjalan seperti biasa, manakala pertempuran berkurangan di kawasan runtuhan akibat perang.
PBB menyerahkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara dua kuasa politik utama Libya bagi menamatkan kekacauan di negara ini, namun usaha untuk mencapai perjanjian tergendala ketika kedua-dua pihak mendapat tentangan daripada sekutu mereka. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/sembilan-maut-serangan-mortar-1.150169#sthash.8EeWSqme.dpuf

Persetujuan tentang nasib Bashar gagal ditentukan


Bashar al-Assad

Bashar al-Assad
VIENNA 24 Okt. – Arab Saudi, Turki, Rusia, dan Amerika Syarikat (AS) semalam gagal mencapai persetujuan berhubung nasib politik Pre­siden, Bashar al-Assad semasa satu pertemuan yang diadakan bagi meneroka kemungkinan konflik selama lima tahun di Syria dapat dihentikan.
Bagaimanapun, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir mengesahkan empat negara itu yang diwakili oleh diplomat tertinggi negara masing-masing akan meneruskan perbincangan mengenai Syria, menurut laporan yang memetik agensi berita Rusia.
Setiausaha Negara AS, John Kerry, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, Menteri Luar Turki, Feridun Sinirlioglu dan Adel terlibat dalam perbincangan yang banyak membincangkan nasib Bashar, lapor portal Al Jazeera.
Ketika Moscow percaya Bashar perlu kekal dalam sebahagian daripada proses politik berkenaan, pihak lain beranggapan pemimpin Syria itu perlu berundur bagi menamatkan perang yang setakat ini meragut lebih 250,000 nyawa.
Moscow pada masa sama mengumumkan penglibatan Jordan dalam menyelaras operasi serangan udara mereka di Syria.
Kerry dalam pada itu berkata, beliau berharap akan dapat mengadakan satu lagi perbincangan yang lebih meluas mengenai Syria seawal-awalnya 30 Oktober ini.
“Apa yang telah kita persetujui hari ini adalah untuk berunding dengan semua pihak terlibat dan berhasrat untuk bersidang semula seawal Jumaat depan bagi mencari titik persamaan dalam meneruskan proses politik yang bermakna,’’ kata Kerry.
Lavrov sementara itu mahu kumpulan rundingan tersebut turut melibatkan pemain serantau yang penting seperti Iran yang turut menyokong Bashar.
Bagaimanapun, Kerry buat masa ini menolak penglibatan Teheran dalam rundingan itu.
“Buat masa ini, Iran tidak terlibat dan akan tiba masa mungkin kita bercakap dengan Iran, namun bukan sekarang,’’ tegas Kerry. – AGENSI/AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/persetujuan-tentang-nasib-bashar-gagal-ditentukan-1.150171#sthash.KMfsuYJn.dpuf