Friday 24 August 2012

Jackie Chan dari Tentera Pembebasan Syria

Waachaaaaaa.. Jackie Chan dari Tentera Pembebasan Syria melakukan tendangan maut ke arah pintu. Pelik-pelik mereka ini tetapi jiwa mereka tetap berani dan kental. Tabik.

Peluru menusuk Al-Quran

 Peluru menusuk Al-Quran, yang telah dibawa oleh syuhada Hussein dalam poketnya semasa pertempuran dan kemudian disimpan kembali Al-Quran itu ke dalam poket milik jenazah. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.

http://www.youtube.com/watch?v=ncvsiJyNSfc&feature=youtu.be

Rakyat syria di lindungi dan dikawal rapi oleh Tentera Pembebasan Syria

Rakyat syria di lindungi dan dikawal rapi oleh Tentera Pembebasan Syria semasa rakyat sedang demonstrasi. Para mujahidin lebih mementingkan keselamatan orang awam. Ini perilaku yang baik ditunjukkan oleh Tentera Pembebasan Syria ke atas masyarakat di negara mereka.

Media yang pro kerajaan syria sememangnya banyak menyebelahi puak mereka

Media yang pro kerajaan syria sememangnya banyak menyebelahi puak mereka, mereka pandai memesongkan kebenaran berita yang berlaku di negara mereka. Tetapi bagi pihak yang menentang kerajaan, mereka sanggup mendedahkan kejahatan dan keganasan tentera regim yang begitu taksub dengan arahan Basyar Assad. Semoga tentera Pembebasan Syria sentiasa membongkar situasi tempat mereka dan kekejaman tentera suruhan Basyar Assad ke seluruh dunia agar dunia celik dengan keadaan sebenar di Syria.