Tuesday 30 September 2014

Anggota 'Sharia4Belgium' dibicarakan


Jejoen Bontinck, yang disyaki menganggotai 'Sharia4Belgium' tiba di mahkamah untuk perbicaraan di Antwerp, Belgium hari ini. - Foto REUTERS
ANTWERP, Belgium: Kira-kira 46 orang, sebahagian besarnya masih bebas, dibicarakan di Belgium hari ini kerana disyaki menganggotai kumpulan yang dipercayai menghantar anggota jihad ke Syria.
Polis bersenjata mengawal mahkamah di bandaraya pelabuhan Antwerp di mana 16 orang didakwa menjadi anggota 'Sharia4Belgium', termasuk ketuanya Fouad Belkacem, dibicarakan atas tuduhan mengetuai pertubuhan pengganas.
Sekiranya didapati bersalah, mereka menghadapi penjara selama 20 tahun. Baki 30 orang lagi dibicarakan atas tuduhan menganggotai 'Sharia4Belgium'.
Belkacem dan tujuh lain hadir di mahkamah untuk perbicaraan hari ini. Belkacem, dikenali kerana ceramahnya di jalan raya dan di internet.
Menurut Pejabat Kehakiman Persekutuan, defendan yang masih bebas dipercayai berada di Syria dan ada dalam kalangan mereka sudah terbunuh. - AFP