Saturday 14 December 2013

Hanya sempat hidup selama 3 hari sahaja..Assad semoga engkau dilaknat oleh Allah..

PBB sahkan penggunaan senjata kimia di Syria


Setiausaha Agung PBB, Ban Ki- moon (kanan) berucap selepas Ake Sellstrom (dua dari kanan) menyerahkan laporan akhir siasatan berkenaan penggunaan senjata kimia dalam konflik Syria di ibu pejabat PBB di New York, kelmarin. - REUTERS
NEW YORK 13 Dis. - Pasukan pakar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyiasat penggunaan senjata kimia di Syria mendapati lima daripada tujuh serangan dalam konflik di negara itu mungkin membabitkan penggunaan senjata berkenaan.
Menurut laporan akhir pasukan penyiasat PBB itu, yang diterbitkan semalam, agen gas saraf sarin mungkin digunakan di dalam empat kejadian serangan, dengan satu kes senjata kimia digunakan dalam skala besar.
Laporan itu menyatakan bahawa mangsa dalam beberapa serangan tersebut terdiri daripada askar kerajaan dan orang awam, namun sukar untuk memastikan hubungan secara langsung antara serangan gas saraf, mangsa dan kawasan yang didakwa berlakunya kejadian serangan itu.
''Misi PBB itu menyimpulkan bahawa senjata kimia didapati digunakan dalam konflik di Syria,'' kata laporan pasukan khas badan dunia itu yang dipimpin ketua penyiasat PBB, Ake Sellstorm.
Siasatan yang dilakukan itu mendapati senjata kimia mungkin digunakan di Khan al-Assal berdekatan bandar Aleppo pada Mac lalu; di Saraqeb pada April lalu dan di Jobar serta Ashrafiat Sahnaya pada Ogos lalu.
Seperti laporan awal oleh Sellstrom pada September lalu, pakar menemui bukti 'jelas dan meyakinkan' bahawa agen gas sarin digunakan dalam skala besar ke atas orang awam di bandar Ghouta berdekatan Damsyik pada 21 Ogos lalu yang menyebabkan beratus-ratus orang maut.
Dalam laporan akhir itu, sarin juga dipercayai digunakan dalam skala kecil di Jobar, Saraqeb danAshrafiat Sahnaya.
Siasatan yang dijalankan PBB hanya melihat sama ada senjata kimia digunakan dalam kejadian berkenaan dan bukannya menyiasat siapa yang melancarkan serangan tersebut.
Kerajaan Syria dan kumpulan penentang menuduh antara satu sama lain bertanggungjawab melancarkan serangan senjata kimia tersebut, dan kedua-dua pihak saling menafikan penglibatan mereka. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131214/lu_04/PBB-sahkan-penggunaan-senjata-kimia-di-Syria#ixzz2p44rWQPv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Keadaan kem perlarian di tengah- tengah timbunan salji..

 

Bayangkan di musim sejuk sebegini, rumah kita hanya sebuah khemah kecil tanpa pemanas.




 

Lapangkanlah sedikit harta kita utk membantu mereka di Syria.

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan:
http://form.jotformpro.com/form/33257849419971

Resit pengecualian cukai disediakan.

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke:

MAYBANK GABUNGAN SALAM SYRIA
MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Terima kasih.
 

Nota kertas ini dijumpai di pintu salah sebuah rumah yang musnah di Damascus.

Nota kertas ini dijumpai di pintu salah sebuah rumah yang musnah di Damascus.

"Saya adalah dari Tentera Bebas Syria (FSA), saya mengambil kasut dari rumah kamu, maafkan saya, saya sangat memerlukanya.

Ya ... Allah, kurniakanlah kepada saudara-saudara kami kemenangan daripada musuh kelak.

Lagi bukti tentera Syiah Iraq bersama-sama rejim Bashar Al Assad membunuh umat Islam ahl sunnah di Syria.

Lagi bukti tentera Syiah Iraq bersama-sama rejim Bashar Al Assad membunuh umat Islam ahl sunnah di Syria. Gambar ini menunjukkan mereka bergambar bersama-sama di Syria. Semoga Allah menghancurkan rejim zalim Assad bersama-sama sekutu-sekutu mereka. Hasbunallhiwani'malwakiil 

Inilah yang berlaku di salah sebuah kem pelarian Syria yang terletak di Lubnan.

Inilah yang berlaku di salah sebuah kem pelarian Syria yang terletak di Lubnan. Terima kasih kepada masyarakat dunia yang masih memilih hanya ingin melihat daripada bertindak. Percayalah, dengan izin Allah swt, bantuan yang dihulurkan dari kita sebagai saudara Islam mereka , dapat menyelamatkan nyawa mereka.

Jika anda mempunyai selimut atau pakaian tambahan membawa kepada alamat berikut. Kami memerlukan :

✓ Kewangan (bagi membeli makanan & perubatan)
✓ Baju sejuk
✓ Selimut Tebal (Toto)
✓ Stokin tebal
✓ Sarung tangan tebal
✓ Topi musim sejuk (headcover)

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN 15/12/2013

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

MAYBANK - 562106630487
( PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA )

Alamat:

1) SYRIA CARE OFFICE
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
* Saudari Fauziah 01137030900
 

Pengebumian seorang lagi mangsa kedinginan.

Pengebumian seorang lagi mangsa kedinginan. Beliau telah pergi meninggalkan kita akibat kesejukan yang terlampau, ditambah dengan kesempitan makanan serta kekurangan bahan asas untuk menempuhi musim sejuk yang semakin hebat.

Mangsa berterusan Rejim Syiah. Semoga rehatmu sentiasa di dalam ketenangan yang kekal lagi abadi. Dec 12, 2013

Jika anda mempunyai selimut atau pakaian tambahan membawa kepada alamat berikut. Kami memerlukan :

✓ Kewangan (bagi membeli makanan & perubatan)
✓ Baju sejuk
✓ Selimut Tebal (Toto)
✓ Stokin tebal
✓ Sarung tangan tebal
✓ Topi musim sejuk (headcover)

TARIKH TUTUP PENGHANTARAN 15/12/2013

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

MAYBANK - 562106630487
( PERTUBUHAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA )

Alamat:

1) SYRIA CARE OFFICE
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
* Saudari Fauziah 01137030900
 

Berita Hari Ini:



"Alquitra"
5 orang terbunuh dalam serangan bom Rejim Assad Laknatullah dan 2 daripadanya adalah kanak-kanak.

"Damaskus"
Mujahideen FSA berjaya menguasai bandar Adraa yang terletak di pinggiran Damaskus. Bandar tersebut di anggap sebagai sebuah bandar yang strategik dan penting. Lebih 20 Mafia-mafia Bashar terbunuh di sana dan 5 serangan pesawat tentera rejim telah dirakamkan.

"Dir Al Zor"
Mujahideen menghadapi pertempuran hebat di sebelah barat bandar Dir Al Zoir. Dua buah letupan kereta yang didalangi mujahideen FSA menyebabkan dua sempadan penting dikuasai mereka dan lebih 30 tentera rejim syiah assad terbunuh dalam serangan itu.

Mujahideen FSA menyerang sebuah stesen TV di bandar Dir Al Zoir dan ramai "shabiha" terbunuh dalam serangan itu.


LINK ASAL : LINK ASAL : http://www.aljazeera.net/news/pages/c6a55f27-5270-4ef1-89a2-0445ebfacf1e
 

Syahadah selamat nyawa

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
Kota Bharu: “Hanya dengan mengucapkan dua kalimah syahadah dan memberitahu tujuan misi, kami terselamat daripada ditembak tentera Mujahidin.
“Biarpun ketika itu kami sudah terbayang detik kematian, namun selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, kami berjaya menyatukan dua puak tentera yang sebelum ini tidak pernah berunding,” kata Ketua Sukarelawan Misi Bantuan Kecemasan Kemanusiaan Syria 2013 Ahmad Sani Abdul Halim Araby, 29.
Beliau yang juga Pengarah Pusat Pembangunan Strategik dan Perhubungan Korporat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menceritakan pengalamannya yang ditahan tentera Mujahidin ketika menyertai rombongan misi bantuan kemanusiaan di Syria pada 27 Oktober lalu selama lima hari bagi memberi sumbangan kepada mangsa peperangan di negara berkenaan.
Menurutnya, dia bersama tujuh sukarelawan termasuk Ketua Unit Media MAPIM Johan Arif Ismail, 45, dan seorang pemandu arah yang juga penduduk Syria memasuki sempadan negara berkenaan melalui Turki menggunakan ‘lorong tikus’.
Katanya, rombongan sukarelawan itu diiringi Tentera Pembebasan Syria (FSA) menuju ke Aleppo, bandar terbesar di negara berkenaan sebelum ditahan tentera Mujahidin kira-kira jam 6.50 petang waktu tempatan.
“Ketika dalam perjalanan ke Aleppo, askar pengiring kami tidak sedar sudah memasuki kawasan yang dikawal tentera Mujahidin sebelum kami ditahan dan dibawa ke tiga markas berasingan selain tiga kali bertukar kenderaan.
“Kami tidak diikat ketika ditahan, sebaliknya dibawa ke markas utama bertemu ketua tentera Mujahidin.
Waktu itu sudah malam dan kami menaiki pacuan empat roda tanpa menyalakan lampu bagi mengelak dikesan peninjau tentera kerajaan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Difahamkan, tentera Mujahidin tidak berunding dengan pihak luar, malah tidak pernah bersatu dengan FSA meskipun menentang musuh sama.
Menurut Ahmad Sani, pemandu arah sudah menasihatkan rombongannya supaya tidak bercakap atau menjeling ketika perbualan antara ketua Mujahidin dan FSA kerana bimbang berlaku salah faham yang boleh mengakibatkan ditembak serta-merta.
Katanya, tentera Mujahidin pejuang tegas dan sukar mempercayai orang luar kerana bimbang kehadiran pengintip musuh, namun keadaan berubah apabila Ahmad Sani mencelah perbualan dua ketua tentera itu dengan menyebut kalimah syahadah.
“Waktu itu kami berada dalam sebuah bangunan yang langsung tidak mempunyai cahaya selain dikelilingi tentera lengkap bersenjata berat sambil mendengar perbualan dua ketua tentera itu.
“Walaupun sudah dinasihatkan tidak bercakap, saya memberanikan diri untuk menjelaskan kehadiran pasukan kami untuk membantu mangsa perang yang juga saudara seagama,” katanya.
Ahmad Sani berkata, selepas menjelaskan tujuan kehadiran pasukannya, ketua Mujahidin seperti sebak kerana terharu dengan rombongan sukarelawan itu yang sanggup membahayakan nyawa untuk memberi bantuan kepada mangsa perang.
Katanya, selepas tamat perbualan di markas itu, tentera Mujahidin berpeluk dan bersalaman dengan anggota sukarelawan termasuk anggota FSA yang berada di luar bangunan.
“Selepas kekeliruan dijelaskan, tentera Mujahidin dapat menerima kehadiran pasukan kami, malah mereka sudah dapat membuka rundingan dengan FSA.
Foto
JOHAN Ariff (kanan) dan Ahmad Sani bersama kanak-kanak di sebuah perkampungan di Aleppo, Syria.

Saya bersyukur kerana peristiwa itu membawa perpaduan kepada dua puak tentera yang sebelum ini tidak pernah bersatu.
“Selepas kejadian itu, tentera Mujahidin memberi kemudahan laluan dengan membenarkan pasukan kami masuk ke seluruh kawasan yang sebelum ini tidak pernah dimasuki sukarelawan lain seperti Aza’z dan Idleb.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/14