Thursday 17 July 2014

Bashar al-Assad angkat sumpah


DAMSYIK 17 Julai - Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam mengangkat sumpah untuk penggal terbaharu jawatan tersebut di Istana Presiden di sini, selepas memenangi pilihan raya yang dikecam oleh parti pembangkang sebagai satu penipuan.
Beliau mengangkat sumpah di hadapan ahli-ahli Parlimen negara ini dalam satu sesi luar biasa, lebih tiga tahun Syria terjerumus dalam konflik politik yang menyaksikan lebih 170,000 maut.
Assad menang pilihan raya pada 3 Jun lalu selepas memperoleh 88.7 peratus undi dan menewaskan dua pencabar lain. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140717/lu_02/Bashar-al-Assad-angkat-sumpah#ixzz37foFkCFy
© Utusan Melayu (M) Bhd