Tuesday 24 November 2015

Makam Khalid Al-Walid r.a Hampir Musnah



Khalid Al-Walid
Makam “PEDANG ALLAH” & Anaknya hampir musnah akibat tangan-tangan Syaitan Rejim Asad yang mengebom.. Mujahidin berusaha mempertahankan makam Khalid al-Walid r.a sehingga darah dan keringat yang terakhir.. Kejadian berlaku di Masjid Saidina Khalid bin Walid, iaitu di daerah Homs,syiria pada 11/07/2013.. Ramadhan yang lalu..
Lihat Gambar  Masjid Khalid al-Walid r.a Hampir Musnah:
Makam Khalid al-Walid 1
Makam Khalid al-Walid 2
Makam Khalid al-Walid3
Makam Khalid al-Walid 4
Biografi Ringkas Khalid al-Walid r.a:
 Khalid bin Al Walid terkenal sebagai pahlawan yang gagah berani sehingga mendapat gelaran “SAIFULLAH”(Pedang Allah) dari Rasulullah s.a.w.
 Beliau mendapat gelaran tersebut ketika berlakunya perang Muktah pada tahun 8 hijrah.
 Dalam perang tersebut tentera Islam seramai 3,000 orang berperang melawan tentera Rome yang berjumlah 200,000 orang.
 Saidina Khalid bin Al Walid sebelum masuk Islam merupakan salah seorang penentang Islam yang paling keras.
 Setelah memeluk Islam Khalid bin Al Walid menjadi tentera yang paling keras menentang musuh-musuh Islam. Kerana keberanian,kegagahan dan kebijaksaannya dia dilantik menjadi pemimpin tentera Islam dan terlibat hampir 50 medan perang yang besar.
 Antara peperangan yang beliau terlibat ialah memerangi golongan murtad,menakluk kerajaan parsi,dan puncak kegemilangannya apabila berjaya mengalahkan tentera Rom dalam Perang Yarmuk.
 Di zaman khalifah Umar bin Khatab r.a Saidina Khalid bin Al Walid digugurkan dari jawatan Panglima.Namun dia terus berjuang walaupun Cuma sebagai tentera biasa.
 Beliau berhijrah ke Bumi Syam(Syiria) bersama isteri dan anak-anaknya.
Pada tahun 21 hijrah Saidina Khalid bin Al Walid jatuh sakit.Ketika terbaring di atas ranjangnya panglima yang mendapat gelaran Pedang Allah itu menangis kerana hajatnya hendak mati syahid di medan perang tidak kesampaian.
Meninggal dunia ketika berusia 55 tahun.
 Semasa dimandikan jenazah beliau terdapat 80 bekas parut luka diseluruh badannya.
 Khalid bin Al Walid tidak meninggalkan harta yang banyak kecuali seekor kuda dan pedang yang pernah digunakannya dalam peperangan.
Lihat Video Masjid Khalid al-Walid r.a Hampir Musnah:

As-Syahid Ramadhan al Buti Rahimahullah



As-Syahid Dr Ramadhan Al Buti rahimahullah dalam kenangan..
syeikh boti
syeikhramadhan143
Kata-kata terakhir Syeikh Ramadhan al Buti sebelum pemergiannya..
Tempat ini menjadi saksi gugurnya seorang Ulama Rabbani,Ulama Mujtahid dizaman ini..Ulama yang telah mewaqafkan dirinya kepada ummah..
12
4
Budak yang paling kecil pakai jaket hitam tu adalah cucu Syeikh Said Ramadhan Al-Buti yang satu kelas dengan Al fadhil Ustaz Nazmi Karim sewaktu belajar di Syiria..Beliau juga syahid bersama datuknya..cucu-syeikh
 Jenazah As-Syahid Syeikh Ramadhan Al-Buti
1
Yang bersongkok hitam itu anak beliau,Dr.Taufiq
2
Kelihatan Pendeta Kristian,Father Lukas Turut Menghadiri Pengebumian Syeikh Dr Ramadhan al Buti..

1
Maqam Syeikh Dr Ramadhan Al-Buti..Di Jami’ Umawi..
1
Maqam Syeikh Dr Ramadhan Al-Buti Bersebelahan Dengan Maqam Sultan Salahuddin Al-Ayubi
2
MOGA  SYURGA BUATMU WAHAI ASY-SYAHID IMAM AL-MUJTAHID SYEIKH RAMADHAN BUTI..aamiiin

Gambar Senyuman Para Syuhada’



Syuhada' Syiria
Gambar-gambar Para Mujahidin Di Syiria Dan Mesir Yang Gugur Syahid Dengan Senyuman:

syuhada' syiria
Syuhada' Mesir
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' syiria
syuhada' mesir
Mengapa Mereka Yang Gugur Syahid Itu Tersenyum?
Jawapan:
Firman Allah ertinya:
“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati,bahkan mereka itu hidup disisi Rabb-Nya dengan mendapat rezeki.Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada mereka,dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang masih belum menyusul mereka,bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Ali Imran: 169-170)
Rasulullah S.A.W Bersabda :
Seorang yang mati syahid diberi enam perkara pada saat titisan darah pertama tumpah dari tubuhnya:
1. Diampunkan semua kesalahannya.
2. Diperlihatkan tempatnya di syurga.
3. Dikahwinkan dengan bidadari.
4. Diamankan daripada kesusahan keedahsyatan yang besar(pada hari qiamat).
5. Diselamatkan daripada seksa kubur.
6. Dihiasi dengan pakaian keimanan. (Hadith Riwayat Bukhari).
“Ya Allah jadikan kami di kalangan mereka”..
Allahumma amin!

Russia sahkan pesawat Su-24 ditembak Turki

PESAWAT perang Su-24.
MOSCOW: Russia mengesahkan pesawat perang yang ditembak jatuh oleh Turki di sempadan Syria adalah Su-24 milik Russia.
Russia juga menegaskan pesawat berkenaan ditembak ketika berada dalam ruang udara Syria. - AFP

Yazid minta saksi buka jaringan di Syria


KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini bahawa bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat memintanya membuka jaringan di Syria bagi memudahkan perjalanan rakyat Malaysia ke negara itu.
Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 24, yang pernah ditahan di Beirut, Lubnan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda, berkata Yazid memberitahunya bahawa bila sampai di Syria, jangan terus berperang tetapi membuka jaringan untuk rakyat Malaysia.
"Semasa sarapan pagi ketika siri usrah yang dihadiri saya dan Razif Mohd Arif di rumah Yazid, Razif ada menyatakan hasrat untuk ke Syria kepada Yazid.
"Yazid beritahu kami jika sampai di sana, jangan terus berperang sebaliknya buka jaringan kepada rakyat Malaysia lain untuk pergi ke Syria," katanya pada perbicaraan kes Yazid, 51, dan pembantu kafetaria, Muhammad Hilmi Hasim, 35, yang didakwa terbabit dalam kegiatan menggalakkan keganasan.
Yazid didakwa terhadap dua pertuduhan menggalakkan keganasan dengan niat menghasut orang awam di Syria dan menjadi anggota kumpulan Tanzim Al Qaeda Malaysia manakala Muhammad Hilmi dituduh bersubahat dengannya.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang dekat sini antara 1 Ogos 2012 dan 7 Februari 2013 mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Muhamad Razin berkata, tujuannya ke Syria adalah untuk berjihad melalui peperangan bagi menentang kezaliman tentera Bashar Al-Assad, iaitu Presiden Syria, terhadap rakyat negara itu yang ditindas.
Katanya, beliau menjadi lebih bersemangat untuk berjihad di Syria selepas menghadiri lima siri usrah yang diadakan di rumah Yazid pada 7, 14, 21, dan 28 Julai 2012 serta 4 Ogos 2012.
"Kandungan yang disampaikan Yazid dalam usrahnya telah menyuntik semangat saya untuk bergerak dan berjihad di Syria kerana tidak mahu menjadi orang munafik. Yazid memberitahu antara sifat munafik ialah orang yang tidak mahu pergi berperang dan tidak suka kepada orang yang ingin berperang," katanya.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff sama ada beliau pernah menjalani latihan ketenteraan sebelum itu, Muhamad Razin menjawab tidak pernah tetapi tujuannya ke negara bergolak itu adalah untuk menjalani latihan ketenteraan.
Mengenai penerbangannya ke Turki, saksi pendakwaan ke-25 itu berkata beliau dan Razif mengambil penerbangan ke Turki pada 12.30 malam 3 Oktober 2012 dan tiba di Istanbul, Turki pada 7 pagi keesokannya.
Muhamad Razin berkata, setibanya di Istanbul, Razif menghubungi seorang lelaki Syria yang dikenali sebagai Abu Hassan dan menemuinya di sebuah kedai roti sebelum membawa mereka mencari hotel bajet.
"Pada malamnya, Abu Hassan datang berjumpa kami dan berbincang mengenai senjata. Abu Hassan beritahu jika kami hendak membeli senjata, dia boleh menguruskannya dan senjata itu akan diperoleh di Syria," katanya yang membawa wang sebanyak RM2,000 ke Syria.
Bagaimanapun, Muhamad Razin berkata pada 5 Oktober 2012, mereka ditahan pihak berkuasa Turki sebelum diusir keluar dari negara itu dan seterusnya pergi ke Lubnan pada 10 Oktober 2012.
Ketika di Lubnan, katanya mereka ditahan pula oleh pihak berkuasa Lubnan dan dituduh di Mahkamah Tentera negara itu dengan empat pertuduhan tetapi mereka didapati bersalah terhadap dua pertuduhan dan dihukum penjara empat tahun bermula 18 Oktober 2012.
Beliau kini dibebaskan tetapi hanya mengingati tiga pertuduhan terhadap mereka iaitu menganggotai kumpulan pengganas Jabhah Al-Nusra, cuba memiliki senjata api tanpa lesen dan cuba menyeludup senjata.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin bersambung 20 Januari tahun depan.
- BERNAMA

Turki tembak jatuh jet Russia ceroboh ruang udara


turki tembak 3
TURKI, Selasa – Setelah memberi amaran sepuluh kali, tentera Turki terpaksa menembak jet Russia yang telah menceroboh ruang udara negara itu.
Jet model SU-24 milik Russia telah memasuki wilayah Turki dan ditembak oleh F16 Turki, lapor pegawai tentera Turki dalam satu kenyataan.
Sewaktu kejadian, dua jet menghampiri sempadan dan salah sebuah daripadanya ditembak.
Data menunjukkan bahawa ruang udara Turki dilanggar berulang kali.
Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu mengesahkan salah sebuah jet mereka telah ditembak jatuh di Syria namun menafikan laporan bahawa ianya melanggar ruang udara Turki. – Agensi

Jet pejuang Rusia terhempas disempadan Turki/Syria...

Jet pejuang Rusia terhempas disempadan Turki/Syria... setakat ni punca kejadian belum dikenalpasti..