Wednesday 19 February 2014

Berpisah kasih di sempadan

Voir l'image sur Twitter

View image on Twitter



Kem Za’atari (Jordan): Sambil memegang beg plastik mengandungi barangan miliknya, kanak-kanak Syria berusia empat tahun, Marwan berjalan melintas sempadan untuk masuk ke Jordan.

Kanak-kanak itu ditemui kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sempadan berkenaan selepas dia terpisah dengan keluarganya.


Marwan adalah antara lebih sejuta kanak-kanak Syria yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka kerana peperangan.



Tidak dapat dipastikan berapa lama Marwan terpisah dengan keluarganya. Seorang wartawan semalam memetik kenyataan seorang pegawai agensi itu sebagai berkata, Marwan hanya kira-kira 20 tapak di belakang keluarganya apabila mereka terpisah ketika kekeliruan tercetus ketika hendak menyeberang sempadan berkenaan.


Gambar mengharukan itu dirakam oleh Andrew Harper, wakil agensi pelarian PBB di Jordan.


Jurucakap agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) Andrej Mahecic berkata: “Perjalanan merentas padang pasir memakan masa sehari atau beberapa minggu.

“Keadaan amat berbahaya kerana pertempuran yang berterusan dan pada musim sejuk ini, cuaca boleh mencapai tahap beku pada sebelah malam.” Marwan memasuki Jordan berhampiran kem Za’atari yang menempatkan lebih 100,000 pelarian Syria kelmarin.


Menurut UNHCR, terdapat ratusan ribu kanak-kanak menghadapi situasi sama dengan Marwan.

“Konflik bersenjata di Syria kini sudah berlanjutan hampir tiga tahun dan buat masa ini kami menangani lebih 2.4 juta pelarian. “Tetapi, statistik paling penting ialah lebih sejuta pelarian itu kanak-kanak. Kerana mereka tidak dapat bersekolah, kami menggelar mereka ‘generasi Syria yang hilang’.


“Marwan hanya satu daripada generasi itu. Ramai lagi yang sepertinya di luar sana,” kata Mahecic. - Agensi


Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

Serangan di Dara'a oelh tentera rejim Bashar Assad yang menyasarkan kanak-kanak.

#syrianeedsyou

Serangan di Dara'a oelh tentera rejim Bashar Assad yang menyasarkan kanak-kanak. 

Hasbunallah wanikmal wakiil...

Lelaki di dalam video ini begitu marah dengan apa yang terjadi. Berikut adalah sedikit terjemahan mengenai apa yang dikatakan oleh lelaki ini seperti di dalam video di pautan ini : http://www.youtube.com/watch?v=ML1-QfRExps&feature=youtu.be

"Inilah hasil Persidangan Geneva!"

"Inilah hasil pertolongan Sauid, Qatar, Kuwait, mereka semua adalah penyembelih!"

"Mereka bertawaf di Mekah, tetapi mereka penipu,semua bersekongkol dengan Amerika dan Assad dan dengan semua orang!"

"Adakah budak kecil ni pengganas? Mana orang-orang Arab? Mana orang-orang Islam?"

"Islam dah hilang dari diri kamu!"

"Kalau pemimpin Arab ada maruah perkara ni takkan berlaku"

Hulurkan bantuan seikhlasnya:

Maybank : Salam Suriah Resources
No. Akaun : 5645-5733-8496
E-mel: donation.mllfs@gmail.com
No. telefon : 03-41416732/013-2226057

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan :
http://form.jotformpro.com/form/40387652728968

Ayuh, sebarkan kebajikan!

Gunakan #tag : #syrianeedsyou bagi sebarang kemaskini mengenai kempen ini.

"Demi Syria, untuk Ummah"

syria

Tareq Al Sad- Daraa



Kanak-kanak merupakan manusia paling hebat diatas muka bumi!!
Mereka didera fizikal dan mental sejak celik mata di atas muka bumi, mereka diserang bedilan bom yang memusnahkan rumah dan keluarga tercinta, disekat sumber makanan sehingga mengalami masalah nutirisi yang akhirnya menjadi penyebab kematian mereka, dan mereka jugalah yang menjadi saksi penyeksaan, kezaliman, tubuh badan bergelimpangan hasil tangan-tangan Kuffar Syiah dan sekutunya selama hampir tiga tahun berlangsungnya Revolusi Syria.

Dan, mereka masih mampu mengukir senyuman paling manis daripada hati yang paling ikhlas meskipun mereka sudah tidak punya apa-apa kerana mereka tahu mereka masih ada Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” - Surah al-Baqarah : 155-157
 

27 lagi anggota Hizbullat mati di Syria.

Good morning, Good news 
27 lagi anggota Hizbullat mati di Syria.

http://www.yalibnan.com/2014/02/17/27-more-hezbollah-fighters-killed-in-syria/

Menyayat hati!



Seorang budak lelaki berusia 4 tahun ditemui para sukarelawan UN berjalan berseorangan melintasi padang pasir. Dia dipercayai terpisah daripada keluarganya sewaktu cuba keluar dari Syria menuju ke Jordan untuk meneruskan hidup sambil membawa bungkusan yang tingginya hampir separuh badannya. 

Alhamdulillah, dia kini telah selamat berada di sisi keluarganya. Cuba bayangkan perasaannya terpisah daripada keluarganya, dan bergelut dengan kehausan, kelaparan, dan ketakutan berseorangan.

Teringat sejenak kisah Nabi Yusuf AS yang terkenal dengan kisah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, yang akhirnya, ditakdirnya Allah menjadi kepala bendahara negara Mesir.

Sungguh, ujian itu terjadi untuk membentuk kita mempunyai jati diri yang kuat!

Sumber: http://abcnews.go.com/m/blogEntry?id=22555255&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2Fl.php%3Fu%3Dhttp%253A%252F%252Fabcn.ws%252F1hqfaKr%26h%3D0AQEpLC94%26s%3D1%26enc%3DAZNi7a0EyQKPBpwPfQqj9DQ2S133izIDFYYguEnu9A5sCfp79xax26_2gPawrZgrlIPZw_SlX8DXsNrS34n_ncaV

syria

syria

Bukan sahaja manusia perlu lari menyelamatkan diri. Malah, unta juga perlu berselindung daripada diserang bedilan bom Regim Assad yang menggila!

syria berdarah

Kepada mereka yang tidak berasa terpukul melihat kezaliman demi kezaliman yang berlaku di Syria, tontonlah rintihan hati adik lelaki ini yang memanggil-manggil nama dua orang kakaknya yang terbunuh dalam serangan bedilan bom.

Tidakkah hati anda berasa sebak/pilu melihat tangisan keluarga ini?!
___________________________________________

Ukhuwwah itu ibarat satu jasad

"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" al-Hujuraat

"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudara seperti mencintai dirinya sendiri" [Hr Bukhari dan Muslim]

Ukhuwwah merupakan satu kata yang mudah dtutur tetapi susah diamal, ia mudah digambarkan tetapi sukar untuk dilaksanakan.

Selari dengan sabda rasulullah SAW, "mukmin dengan mukmin yang lain ibarat satu jasad, bila satu bahagian terasa sakit bahagian lain turut terasa sakit". Jika hati kita tidak sakit melihat rintihan saudara kita di sana, wajiblah kita audit semula hati ini sama ada kita ini mukmin berkualiti mahupun tidak.

Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=-8qLSJFZ3Ic&feature=youtu.be
 

syria bersedih

ALEPPO, SYRIA

Sesuatu yang menyedihkan, episod yang bersambung dan belum ada penamatnya. Semoga Allah memberi kesabaran dan kemenangan kepada keluarga Sham.

syria berdarah

Hari ini satu berita yang agak mengejutkan yang diterima dari Babila, Ghoutah Barat, Damsyik, Syria. FB disensasikan dengan berita mengatakan FSA telah berdamai dengan SAA. Buat pengetahuan pembaca Ghoutah adalah antara kawasan yang paling teruk dikepung tentera rejim, ramai penduduk menderita kebuluran dan sebarang bantuan tidak dibenarkan masuk ke Ghoutah. Pihak kami juga tidak pasti atas alasan apa FSA mengadakan perjanjian genjatan senjata tersebut. Semoga penerangan dari Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi ini membuat kita berfikir dan bukannya melontarkan cacian.

Yusuf Al-Qaradhawi dalam karyanya “Aulawiyat al-Harakahal-Islamiyah”.

Menurutnya, fiqh muwazanah meletakkan konsentrasi pada tiga perkara:

(i) Konflik antara maslahah dengan maslahah lain;
(ii) Antara mafsadah dengan mafsadah lain; dan
(iii) Antara maslahah dan mafsadah (Al-Qaradhawi, 2001).

Ketika proses penetapan hukum berhadapan dengan salah satu tiga senario di atas, para ulama dituntut untuk lebih berhati-hati dalam meletakkan skala prioriti dan level kepentingannya. Parameter berikut mesti dijadikan sebagai titik dalam menetapkan prioriti dan keutamaan.

Pertama, jika maslahah bertentangan dengan maslahah yang lain, maka prioriti diberikan kepada maslahah yang lebih besar. Ini sejalan dengan kaedah fiqh:

jika terjadi konflik antara satu manfaat dengan yang lainnya maka diambil manfaat yang paling tinggi. Dalam perspektif maqashid syariah, maslahah dikategorikan dalam tiga hirarki: DHARURIYYAH, HAJIYYAH DAN TAHNISIYYAH

Peringkat DHARURIYYAH adalah tingkatan tertinggi yang tidak boleh lepas dari kehidupan manusia, terkandung dalam pemeliharaan lima keperluan dasar: agama, jiwa,akal, harta dan keturunan.

Sementara peringkat HAJIYYAH akan menciptakan kesulitan jika tidak terpenuhi, manakala TAHNISIYYAH pula terkait dengan kesempurnaan dan perbaikan kualiti hidup. Dalam perspektif fiqh muwazanah, prioriti mesti diberikan kepada level yang lebih tinggi. Jika terjadi konflik antara DHARURIYYAH dan HAJIYYAH, maka DHARURIYYAH mesti didahulukan, tetapi jika peringkat HAJIYYAH bertentangan dengan TAHNISIYYAH, maka HAJIYYAH akan mendapatkan prioriti.

Selanjutnya, apabila dua maslahah dalam tingkatan yang sama bertentangan, maka pemeliharaan terhadap agama didahulukan, lalu pemeliharaan jiwa, akal, keturunan dan harta secara berurutan. Jika konflik terjadi pada maslahah yang sama dan pada aspek yang juga setara, maka kepentingan awam didahulukan daripada kepentingan peribadi.

Kedua, jika terjadi konflik antara sesama mafsadah, maka mafsadah yang lebih besar harus dihilangkan dan mengambil mafsadah yang lebih ringan. Ini sesuai dengan bunyi kaedah fiqh: “Jika terdapat pertentangan antara dua mudharat maka diambil mudharat yang paling ringan”, dan kaedah fiqh: “Mafsadah yang lebih besar dihilangkan dengan mengambil mafsadah yang lebih ringan”.

Ketiga, apabila terjadi konflik antara maslahah dengan mafsadah, maka penetapannya berdasarkan dua senario: jika nampak mengambil maslahah lebih besar daripada menghilangkan mafsadah, maka mengambil maslahah lebih diutamakan, tetapi jika kesan
maslahah lebih rendah atau sama dengan kesan mafsadah, maka menghilangkan mafsadah lebih didahulukan daripada menciptakan maslahah.

Ini berdasarkan kaedah fiqh: “MENGHILANGKAN BAHAYA LEBIH DIDAHULUKAN DARIPADA MENCIPTA MANFAAT".

syria

"Setelah kami dihina oleh orang yang dekat dan jauh... ingin aku ingatkan kepada orang-orang di Syam" Ya Allah kami tidak ada apa-apa kecuali Mu ya Allah.." - Syeikh Muhammad Ali As Sobuni. 

Aleppo, Syria



Pengeboman demi pengeboman mengorbankan banyak nyawa dan beribu-ribu orang menjadi pelarian setiap minggu. Doakan mereka!

syria