Saturday 20 December 2014

Rayu dana RM29 bilion bantu pelarian Syria


20 Disember 2014

Pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di Lubnan terpaksa membina sendiri kem penempatan mereka.
Pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di Lubnan terpaksa membina sendiri kem penempatan mereka. P



NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merayu bantuan dana berjumlah AS$8.4 bilion (RM29 bilion) untuk disalurkan kepada kira-kira 18 juta pelarian Syria yang kehilangan tempat tinggal akibat krisis berlarutan di negara itu.

Ketua Bantuan Misi Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos memaklumkan bantuan tersebut bertujuan untuk menyalurkan bekalan makanan dan ubat-ubatan serta keperluan asas lain kepada pelarian Syria.

"Kami tetap komited untuk menyalurkan bantuan kepada mereka walaupun sukar mendapatkan akses untuk memasuki negara bergolak terbabit," katanya lagi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Antonio Gutteres berkata, majoriti pelarian Syria di dalam dan luar negara kini berdepan kesukaran akibat krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.  - Press TV