Wednesday 23 November 2011

Jemaah haji Turki diserang di Syria



 SINAR HARIAN
November 23, 2011
 Beberapa penyerang bersenjata di Syria, menembak ke arah bas membawa jemaah haji Turki yang sedang dalam perjalanan pulang ke negara mereka, selepas menunaikan ibadah haji di Makkah, menyebabkan dua jemaah cedera, kelmarin.

HOMS - Beberapa penyerang bersenjata di Syria, menembak ke arah bas membawa jemaah haji Turki yang sedang dalam perjalanan pulang ke negara mereka, selepas menunaikan ibadah haji di Makkah, menyebabkan dua jemaah cedera, kelmarin.

Kejadian terbaru itu dijangka mengeruhkan lagi hubungan Turki dan Syria yang sedia tegang selepas Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam tindakan Presiden Syria, Bashar Al-Assad kerana menggunakan kekerasan terhadap rakyat Syria.

Menurut penumpang bas, mereka ditahan di pos kawalan berhampiran bandar Homs, Syria sebelum penyerang berpakaian uniform tentera Syria melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu selepas mengetahui penumpang adalah warga Turki. Namun dakwaan itu masih disiasat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan lebih 3,500 orang awam terbunuh sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Bashar bermula di Syria, Mac lalu.

syria berdarah

This little child was sitting with his mom in the living room. His mom asked him to close the window, as he is doing taht he suddenly slumps over on the couch and his brother sees the blood on the curtains. The mom puts her hand on his head and his brain falls into her hand.... Is he part of an armed gang?