Wednesday 29 October 2014

TANGISAN JERITAN KESAKITAN



Anak kecil dari Atareb, Aleppo yang cedera akibat serangan rejim penjenayah Assad. 15,000 kanak-kanak Syria terkorban dan puluhan ribu yang cedera sepanjang tahun ke empat konflik di Syria. Dan penjenayah utama masih lagi bebas!

Bersama kita membantu dan mendoakan Syria PRAY FOR SYRIA

30 maut dalam serangan IS di telaga minyak Syria


BEIRUT: Kumpulan jihad Negara Islam (IS) dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 30 anggota bersenjata prorejim dalam serangan ke atas telaga minyak dan gas di Syria, kata badan pemantau hari ini.
"IS menguasai sebahagian daripada telaga itu," kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berikutan serangan terbaharu di Shaer, Wilayah Homs. - AFP

30 maut dalam serangan IS di telaga minyak Syria


BEIRUT: Kumpulan jihad Negara Islam (IS) dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 30 anggota bersenjata prorejim dalam serangan ke atas telaga minyak dan gas di Syria, kata badan pemantau hari ini.
"IS menguasai sebahagian daripada telaga itu," kata Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berikutan serangan terbaharu di Shaer, Wilayah Homs. - AFP

Turki mahu FSA kuasai Kobane


Istanbul: Turki mahukan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menguasai Kobane, bandar sempadan Syria sekiranya kumpulan Negara Islam (IS) ditumpaskan, bukan pejuang Kurdis atau tentera Presiden Bashar al-Assad.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen BBC semalam, Perdana Menteri Ahmet Davutoglu, menggesa diwujudkan ‘strategi bersepadu’ dengan Amerika Syarikat bagi melengkap dan melatih pejuang FSA serta menggulingkan Bashar.

Beliau membayangkan Turki hanya akan menawarkan pangkalan udara dan kemudahan tenteranya yang lain kepada pakatan antarabangsa yang memerangi IS sekiranya strategi itu dipersetujui.

“Amerika Syarikat (AS) perlu melengkap dan melatih FSA bagi memastikan jika ISIS tumpas, rejim Bashar tidak akan berkuasa, begitu juga dengan kumpulan Kurdis,” katanya.

Turki bimbang Kobane akan dikuasai oleh pejuang Kurdis yang mempunyai hubungan dengan Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Parti itu melancarkan pemberontakan sejak 30 tahun lalu untuk memerintah sendiri. Ia dianggap kumpulan pengganas oleh Turki, AS dan kebanyakan negara Barat. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:09 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4889#sthash.KmglargA.dpuf

70 tentera Syria dipenggal

PENDUDUK Syria mencari barang yang mungkin masih boleh dipakai di celah runtuhan bangunan di kawasan kejiranan Kalasa di Aleppo, utara Syria, semalam. Aleppo terbahagi kepada dua antara penyokong pemberontak di timur dan penyokong kerajaan di barat sejak perang saudara meletus pada 2012.
Syria: Kira-kira 70 pegawai kanan tentera Syria dipenggal selepas anggota Negara Islam (IS) dan Barisan al-Nusra melancarkan serangan serentak terhadap pusat pemeriksaan tentera, ibu pejabat polis dan pejabat gabenor di barat laut Syria.
Semua serangan berlaku di bandar Idlib, lapor aktivis dan media Syria.
Bandar berkenaan yang dikuasai tentera Syria ialah ibu negeri wilayah Idlib.
Pegawai terbabit yang ditahan di bangunan ibu pejabat polis dan pejabat gabenor dipercayai dipenggal sebelum tentera yang setia kepada rejim Bashar al-Assad tiba untuk menyelamat mereka.
Serangan semalam adalah yang paling serius sejak penentang Bashar menguasai beberapa kampung dan bandar sekitarnya lebih dua tahun lalu.
Pertempuran itu tidak ada kaitan dengan peperangan yang berlaku antara IS dengan pejuang Kurdis Syria yang berebut untuk menguasai Kobane, bandar strategik di sempadan Syria-Turki.
Kumpulan pemerhati hak asasi Syria berkata, Barisan Nusra dan kumpulan lain mengebom Idlib sebelum melancarkan serangan menyasarkan pusat pemeriksaan tentera dan bangunan kerajaan.
Menurutnya, dalam satu serangan, empat Barisan al-Nusra meletupkan diri mereka satu pusat pemeriksaan, menyebabkan beberapa tentera mati.
“Ia tamparan hebat kepada moral rejim Bashar,” kata Aad Kanjo, aktivis penentang yang berpusat di bandar Saraqeb.
Kumpulan pemerhati itu berkata, penentang terbabit dibantu oleh beberapa anggota polis yang mengawal di ibu pejabat polis dan pejabat gabenor.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Oktober 2014 @ 5:11 AM- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4893#sthash.2325CHlE.dpuf