Thursday 2 October 2014

Dua letupan berlaku berhampiran sekolah di Homs, Syria

DAMSYIK: Dua letupan berlaku berhampiran sebuah sekolah di bandaraya Homs yang dikuasai kerajaan hari ini mengakibatkan beberapa orang maut dan cedera, termasuk kanak-kanak.
"Dua bom pengganas meletup berhampiran sekolah Akrameh al-Makhzumi dan hospital Zaim, mengakibatkan kematian dan kecederaan," lapor stesen televisyen tempatan. - AFP

Turki akan perangi IS, mahu Assad dipecat


ISTANBUL 2 Okt - Presiden Turki, Tayyip Erdogan semalam menyatakan Turki akan memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) dan kumpulan pengganas lain di rantau tersebut.
Bagaimanapun Erdogan menetapkan sasaran utamanya ialah untuk memastikan Presiden Syria, Bashar al-Assad dijatuhkan terlebih dahulu.
“Kami akan berjuang dengan lebih efektif terhadap IS dan kesemua organisasi pengganas di rantau tersebut, ia akan sentiasa menjadi keutamaan kami.
“Kami juga akan meneruskan matlamat utama kami untuk menghapuskan regim Syria bagi membantu melindungi kedaulatan Syria dan menyuburkan kembali undang-undang, parlimen, sistem kerajaan yang merangkumi semua penduduk," kata Erdogan dalam satu teks ucapan ketika pembukaan sidang parlimen. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20141002/lu_06/Turki-akan-perangi-IS-mahu-Assad-dipecat#ixzz3EvuHfhrR
© Utusan Melayu (M) Bhd