Saturday 8 February 2014

Penduduk Syria kembali ke rumah


Penduduk Syria kembali ke rumah
Penduduk Syria kembali ke rumah
2014/02/08


Gambar dikeluarkan Agensi Berita Arab Syria pada 4 Februari menunjukkan ratusan keluarga di Muadamiyat al-Sham, pulang ke rumah masing-masing.
DAMSYIK: Beribu-ribu rakyat Syria telah kembali ke rumah masing-masing di barat daya Syria, selepas gencatan senjata antara kerajaan dan pembangkang, demikian menurut laporan Press TV.

Penduduk bandar Muadamiyat al-Sham, yang terletak di Wilayah Rif Dimashq dekat Damsyik kembali semula ke kawasan itu selepas militan Takfiri yang dibiayai asing meninggalkan kawasan itu sebagaimana yang dipersetujui dalam gencatan senjata berkenaan.


Seorang penduduk bandar itu memberitahu Press TV, “Saya tidak sabar untuk pulang ke rumah. Hidup tanpa rumah begitu sukar, meskipun jika anda di tempatkan di tempat perlindungan atau kem.”

Pada 5 Februari, Jawatankuasa Penyatuan Kebangsaan Syria berkata lebih daripada 1,200 keluarga Syria telah kembali ke rumah di selatan negara itu selepas persetujuan perdamaian itu.

Ramai berharap persetujuan damai serupa dicapai yang bertujuan menamatkan peperangan antara tentera Syria dan militan Takfiri di beberapa bahagian negara itu yang dilanda krisis peperangan.

Langkah pertama perjanjian itu adalah gencatan senjata, diikuti dengan pengunduran pihak militan dari Muadamiyat al-Sham selepas mereka menyerahkan senjata. Kemudian, kerajaan Syria akan membebaskan beberapa tahanan.

Perkembangan itu berlaku menjelang pusingan baru rundingan antara wakil kerajaan Syria dan Gabungan Kebangsaan Syria (SNC) yang akan bermula 10 Februari ini di Geneva, Sweden.
Rundingan sebelum ini yang dipanggil Geneva II, berlangsung di Montreux, Switzerland pada 22 Januari. Kerajaan Syria dan pembangkang serta beberapa negara menyertai rundingan itu yang bersambung di Geneva dari 23 hingga 31 Januari. - AGENSI

syria

What's the difference?
One uses brutal methods to kill..
The other watches and proposes time wasting methods which prove useless and fatal

PBB tunggu lampu hijau


8 Februari 2014
Syria
Syria Bantuan kemanusiaan PBB bersiap sedia menyalurkan bantuan makanan ke Homs.



HOMS - SYRIA. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik tindakan Syria memindahkan penduduk awam yang terkepung di sini selepas kawasan itu menjadi lokasi serangan utama antara pemberontak dan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, konvoi makanan dan pasukan perubatan kini bersiap siaga untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas sejurus mendapat lampu hijau dari anggota keselamatan.

“Kami akan memasuki kawasan itu selepas mereka mengisytiharkan gencatan senjata. Terdapat 2,500 penduduk yang kini mengalami kebuluran selepas bantuan makanan dihalang memasuki kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, Tentera Pembebasan Syria membebaskan ratusan tahanan yang menjadi mangsa kekejaman rejim di Penjara Aleppo, semalam.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria Abdel Rahman berkata, pembebasan itu dibuat selepas Briged Ahrar al-Syam dan Al-Nusra menguasai 80 peratus kawasan Aleppo.

“Tahanan dibebaskan akan menjadi sebahagian daripada kumpulan pejuang barisan hadapan dalam usaha menentang rejim,” katanya, laporan dipetik dari Al Jazeera.

KANAK-KANAK SYRIA DIBUNUH KEJAM MENGGUNAKAN TONG-TONG TNT PEMBUNUH DAN KERETA SARAT MUATAN LETUPAN OLEH REJIM ASSAD



Ketika mana pada tahun lepas masyarakat dunia mendesak Syria bagi menghentikan serangan kimia keatas penduduk mereka, dalam pada masa yang sama serangan-serangan dari peluru-peluru yang keluar dari senjata mereka masih diteruskan. Ternyata bukan serangan kimia yang rakyat Syria takutkan. Tetapi hari-hari mereka lalui dipenuhi perasaan takut akan peluru-peluru yang menembak tepat mengenai sasaran pada leher, dada dan kepala mereka bagi tujuan membunuh. Saban hari melebihi 200 rakyat Syria yang telah terbunuh. Kini mereka sudah nekad untuk membunuh dengan bilangan mangsa yang lebih ramai lagi. Negara lain dihujani air. Malangnya bumi yang kaya dengan sirah Anbia' ini dihujani oleh tong-tong TNT dan kereta-kereta yang sarat dengan bahan letupan. Dan yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak yang baru hendak mengenal erti dunia ini.

SHARE bagi membantah tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini!

-------------------------------------------

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

syria berdarah

Letakkan tangan anda di hati dan tanyakan soalan ini pada Iman. 

'Adakah kesakitan mereka itu terasa sampai di dalam hati kita?'

Menangislah wahai saudaraku, moga air mata ini menjadi saksi tanda kasih dan cinta kita kepada mereka.

Berikanlah bantuan sekadar yang kita mampu walaupun ianya hanya 10 sen dan doa yang berpanjangan.
 

Ahrar al-Sham & unit FSA tempatan menaklukii Tentera Syria "Al-Sureesa" yang bertapak di selatan Quneitra.

Ahrar al-Sham & unit FSA tempatan menaklukii Tentera Syria "Al-Sureesa" yang bertapak di selatan Quneitra.

Video menunjukkan kereta kebal, lori, senjata, peluru dan lain-lain telah dimusnahkan & ditawan, ini menunjukkan bahawa kuasa-kuasa SAA ketinggalan.

Musuh-musuh Islam memanggil mereka (Pemberontak, Murtad, Sahawah, Kafir), Kami Panggil mereka (Mujahideen Fi sabil Allah)

Link: http://www.youtube.com/watch?v=ueZTUxDZjDQ

syria berdarah

Video ini yang di rekod oleh seorang ahli ISIS menunjukkan keadaan yang berlaku selepas pertempuran diantara ISIS dan Liwa Tauhid di Al-Rai. Ahli ISIS yang merakam video ini adalah dari Kuwait, dan beliau adalah antara beberapa ahli ISIS yang berjaya ditawan oleh Liwa' Tauhid, dan dia cedera di kaki akibat di tembak. Beliau mengatakan selepas pertempuran selesai, Liwa' Tauhid merawat semua ahli ISIS yang cedera, dan mereka dapat duduk dan berborak bersama-sama. Video ini merakamkan perjalanan ahli ISIS tersebut dari dalam truck Liwa' Tauhid sehinggalah beliau sampai ke pusat first aid Liwa' Tauhid dan diberikan rawatan.

Ahli ISIS ini mengatakan bahawa walaupun Liwa' Tauhid mengalami ramai syahid dalam pertempuran itu, mereka tetap merawat tawanan mereka dengan baik.

Beginilah akhlak mujahidin sebenar.

Link: http://www.youtube.com/watch?v=w7Wz3FFAf3g&feature=share

syria berdarah

Assalamualaikum. Pihak Syria Care sekarang sedang mencari pekerja sepenuh masa yang sanggup dan ikhlas bekerja kerana Allah swt. Antara kriteria-kriteria lain ialah :

* Berkemahiran untuk Edit Video dan Gambar.
* Kreatif.
* Berkemahiran dalam fotografi.
* Perlu hadir mengikuti program-program Syria Care. Contohnya jika terdapat program dinegeri lain (dalam Malaysia) atau program di luar Malaysia (contohnya Turki).
* Tinggal berdekatan kawasan Shah Alam bagi memudahkan segala urusan.
* Sanggup bekerja lebih masa.
* Berkebolehan berkomunikasi dan memahami Bahasa Inggeris.
* Jika terdapat yang boleh berbahasa Arab adalah sangat dialuk-alukan.

Ditekankan di sini, semangat dan keikhlasan untuk bekerja fisabilillah adalah sangat diperlukan. Temuduga akan diadakan pada hari Isnin (10 Februari 2014) jam 10pagi di:

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

SHARE buat manfaat bersama.

syria berdarah

Ketika ISIS mula mengkhianati Mujahideen dan menyerang mereka dari belakang, As-Syahid Saifullah As-Shishani menolak untuk menerima arahan Al-Baghdadi untuk memerangi Mujahidin yang lain. Dengarlah kata-kata beliau ini, terutama kepada pendokong-pendokong ISIS:

"Aku datang untuk mempertahankan kehormatan Muslimat dan darah kanak-kanak dan ianya adalah Jihad di Jalan Allah.
Aku bukan datang untuk tentukan siapa kafir siapa Mukmin.
Aku datang bukan untuk membeli tanah.
Aku datang bukan untuk mengahwini wanita.
Aku datang bukan untuk mengkafirkan FSA, tetapi untuk membantu mereka.
Kami adalah tetamu disini, dan kamu (Mujahidin Syria) adalah Ansar, tuan rumah, dan apabila Jihad di sini selesai, kami akan berada di tanah Jihad yang seterusnya."

Saifullah Al-Shishani yang mengetuai Jaish Muhajireen wa Al Ansar enggan mengikuti langkah Omar Al-Shishani dalam berbaiah kepada ISIS dan telah menyertai Jabha An-Nusra. Beliau syahid ketiaka mengetuai serangan untuk membebaskan penjara Aleppo bersama-sama dengan Jabha Islamiah dan kumpulan-kumpulan lain. Semoga Allah menerimanya sebagai Syahid.

Pada masa Mujahidin bermati-matian untuk membebaskan penjara di Aleppo, ISIS menyerang dan merampas markaz-markaz Ahrar Al-Sham di Hasakah.
 

syria berdarah


اللهم انتقم من بشار الأسد

Saat-saat menakutkan bagi ibu-ibu dan bapa-bapa ketika regim assad mengebom rumah mereka. Darah ditumpahkan tanpa hak. Menzalimi dan membunuh tanpa mengira usia. 

Burung-burung Syurga yang menemui penciptanya semalam,

1. Malik Waleed [5 tahun]
2. Ahmad Walid [8 tahun]
3. Fatima Nabil [6 tahun]
4. Ahmed Nabil [7 tahun]

2 pasar raya besar dibuka di khemah pelarian Syria




Dua wanita pelarian Syria sedang memerhatikan barangan yang dijual di sebuah pasar raya besar yang baru dibuka di khemah pelarian Zaatari, kira-kira 13 kilometer dari sempadan Jordan dan Syria, kelmarin. - AGENSI
AMMAN 7 Feb. - Sebanyak dua pasar raya besar dibuka di kawasan khemah pelarian Syria di Jordan, semalam.
Kedua-dua pasar raya itu dibuka di khemah pelarian Zaatari yang terletak kira-kira 13 kilometer dari sempadan Jordan dan Syria.
Pembukaan pasar raya itu membolehkan kira-kira 100,000 pelarian Syria yang ditempatkan di situ untuk membeli barangan, sekali gus mengembalikan semula kehidupan normal kepada mereka.
Pembukaan pasar raya itu disambut baik oleh Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) kerana ia merupakan satu cara untuk mengagihkan barangan catuan.
Setiap pelarian akan diberikan baucar bernilai 18 dinar Jordan (RM83) setiap bulan bagi membolehkan mereka membeli barangan makanan, selain barangan catuan.
Sebuah daripada pasar raya itu, Safeway Jordan, dimiliki sebuah syarikat milik Kuwait, Sultan Centre.
Dalam tempoh beberapa minggu lagi, WFP difahamkan akan mengurangkan komoditi makanan di pusat itu dan menaikkan nilai baucer secara berperingkat-peringkat sehingga khemah berkenaan dibantu sepenuhnya menerusi baucer makanan bernilai 24 dinar Jordan (RM112) setiap orang, sebulan.
Sebanyak AS$500,000 (RM1.6 juta) diperlukan untuk membiayai kos makanan di khemah pelarian itu setiap hari dengan setengah juta keping roti dan 4.2 juta liter air diedarkan setiap hari.
PBB, semalam menyambut baik gencatan senjata yang dicapai di bandar Homs bagi membolehkan penduduk di situ dipindahkan dan bantuan kemanusiaan diagih-agihkan kepada mereka.
''PBB dan badan-badan kemanusiaan mempunyai bekalan makanan, perubatan dan barangan keperluan asas lain untuk dihantar segera kepada penduduk di Homs, sementara menunggu 'lampu hijau' diberikan,'' kata jurucakap PBB, Farhan Haq dalam satu kenyataan. - AGENSI/REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140208/lu_10/2-pasar-raya-besar-dibuka-di-khemah-pelarian-Syria#ixzz2sg1S6PBT
© Utusan Melayu (M) Bhd