Thursday 24 April 2014

Pilihan raya presiden Syria ditetapkan 3 Jun

Pilihan raya presiden Syria ditetapkan 3 Jun
Bashar dijangka mendapat mandat pada pilihan raya ini.


DAMSYIK - SYRIA. Syria akan mengadakan pilihan raya presiden pada 3 Jun sekali gus menjangkakan Presiden Bashar al-Assad untuk kembali memegang jawatan tersebut.

Pilihan raya presiden tetap diteruskan walaupun perang saudara di negara berkenaan masih berlarutan sejak tiga tahun lalu dan telah membunuh lebih 150,000 orang.

Difahamkan daripada laporan , beberapa jam sebelum pengumuman dibuat, lima orang terbunuh dalam satu serangan letupan peluru mortar berhampiran bangunan parlimen di tengah ibu negara.

Speaker Parlimen Mohammad al-Lahlam yang mengumumkan tarikh tersebut berkata, bagi rakyat Syria yang tinggal di luar negara, pengundian akan dibuat pada 28 Mei dan calon boleh mendaftar bermula semalam hingga 1 Mei.

"Proses pengundian akan berlaku dengan lebih adil dan bebas serta berada di bawah pengawasan kehakiman secara penuh,"katanya.

Bagaimanapun, pengumuman terbabit mendapat kritikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memberi amaran bahawa pilihan raya akan memberi kesan lebih buruk kepada resolusi konflik politik di Syria.

"Pilihan raya itu dilihat tidak padan dengan apa yang tersurat dan tersirat dalam kenyataan Geneva,"menurut Jurucakap PBB Stephanie Dujarric.

Lebih 100 warga Belanda berjihad di Syria


AMSTERDAM 24 April - Lebih 100 orang warganegara Belanda meninggalkan negara ini pada tahun 2013, untuk berjihad di Syria dengan menyaksikan 10 daripada mereka sudah terkorban, termasuk seorang pengebom berani mati.
Laporan tahunan yang dikeluarkan oleh Agensi Perisikan Am dan Perkhidmatan Keselamatan (AIVD) itu, turut melaporkan potensi ancaman mereka ke atas keselamatan penduduk Belanda.
Menurut laporan itu lagi, lebih kurang 30 orang daripada mereka sudah pulang ke tanah air sejak perang saudara Syria berlaku empat tahun lalu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140424/lu_01/Lebih-100-warga-Belanda-berjihad-di-Syria#ixzz2zkcTwF13
© Utusan Melayu (M) Bhd