Friday 1 June 2012

Hanya di Syria !!

 

Berita ‘Gembira’ Buat Pembunuh

 Berita ‘Gembira’ Buat Pembunuh

Oleh : Syaikh Muhammad Abu Al-Huda Al-Ya`qubi
Kami telah menerima berita tragis tentang penyembelihan umat yang dilakukan oleh tentera-tentera Asad di Hula. Lebih dari 100 orang yang tidak bersalah telah dibunuh setelah mereka disembelih, dikerat-kerat, dipotong-potong dan dicederakan dengan cara yang mengerikan yag melibatkan kanak-kanak, wanita dan warga emas yang tidak bersalah.
Dalam pada kami mengutuk jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini, kami juga menyatakan bahawa kesedihan dan kekecewaan yang melanda akibat dari kekejaman yang mengerikan ini tidak dapat diungkapkan oleh mana-mana bahasa dan perkataan. Justeru kami mengajak semua pihak yang punya hati dan perasaan agar mengutuk jenayah berat ini melalui apa sahaja cara seperti siri ceramah dan penjelasan, demonstrasi dan sebagainya.
Sebagai mewakili tentera pembebasan Syria, para demonstran, pejuang-pejuang, para ulama yang bertaqwa dan ahli sufi yang berjuang, kami mengisytiharkan bahawa kami akan membalas kejahatan mereka dengan sepenuh kekuatan yang bakal menggegarkan pemerintahan regim. Kebangkitan rakyat akan berterusan serta tindakan-tindakan kami selepas ini akan lebih tegas dan keras berbanding laungan lisan. Maka berilah khabar gembira kepada para pembunuh tersebut dengan kematian yang bakal mereka hadapi.
Namun kami tegaskan juga bahawa kami tidak akan membalas dendam terhadap wanita dan kanak-kanak mereka, kerana itu bukanlah cara kami. Tetapi kami akan menghalakan serangan terus ke arah regim serta menjejaki maklumat setiap individu penjenayah yang telah terbukti terbabit dalam siri kekejaman agar ia mendapat hukuman. Justeru kami menyeru kepada setiap bapa yang mahu menuntut bela atas kematian anaknya serta mengutuk kekejaman musuh, atau mereka yang masih punya rasa cemburu terhadap maruah dan kemuliaan umat yang diinjak-injak, marilah menyertai gerakan menyelamatkan negara dan rakyat dari kejahatan tentera-tentera penjenayah.
Air mata mengalir dan perasaan hancur remuk ketika menyaksikan peristiwa sadis ini semasa makan, minum dan berehat santai. Bukanlah kami sedih atas kematian, kerana yang mati tetap mati. Dan mati itu past datang. Malah mereka yang mati syahid sedang berseronok di taman-taman syurga. Tetapi kami sedih dan kecewa kepada pihak-pihak yang bergembira dengan musibah ini, mendokong regim yang zalim dan berdiam diri dengan kejelekan yang berlaku.
Benarlah kata-kata syair :
Tiada guna dan kebaikan bagi seseorang yang hidup
Tetapi ia tidak berfungsi dan memberi manfaat kepada orang lain

Adakah ada percaya yahudi di palestine mempunyai rasa belas kasihan jika dibandingkan dengan mafia Bashar Assad di Syria?

PENAHANAN BERTERUSAN Encik Ahmad Mouaz Al-Khatib (06 Mei 2012):

 PENAHANAN BERTERUSAN Encik Ahmad Mouaz Al-Khatib (06 Mei 2012):

Sehingga ke hari ini, Encik Ahmad Mouaz Al-Khatib masih ditahan oleh Pasukan Keselamatan Tentera (Cawangan Palestin) di Damsyik sejak Jumaat 27 April 2012.

Kami meletakkan Pihak Berkuasa Syria bertanggungjawab sepenuhnya untuk keselamatan Encik Al-Khatib, memandangkan beliau tidak dibenar untuk mengamalkan hak asasi sivil & manusia seperti tidak dibenarkan menghubungi keluarganya ataupun melantik seorang peguambela.

Encik Al-Khatib adalah salah satu daripada Ulama (berpandangan sederhana) terkemuka Syria, dan terkenal tokoh masyarakat. Beliau adalah bekas Imam Masjid BesarUmayyah Damsyik dan bekas Pengerusi Persatuan Ketamadunan Islam.

Kami menggesa semua negara, pihak berkuasa antarabangsa dan diplomatik untuk mengenakan tekanan ke atas Rejim Syria bagi melepaskan Encik Al-Khatib dengan segera dan untuk mengelakkan pencabulan hak rakyat Syria yang masih berlanjutan hingga kini.

..........................................

THE CONTINUOUS DETENTION of Mr. Ahmad Mouaz Al-Khatib (06 May 2012):

Up till today, Mr Ahmad Mouaz Al-Khatib is still detained by the Military Security Forces (Palestine Branch) in Damascus since Friday the 27th of April 2012.

We hold the Syrian Authorities full responsiblity for the safety of Mr. Al-Khatib, noting that he is deprived of practicing his basic human and civil rights even from contacting his family or appointing a lawyer.

Mr Al-Khatib is one of the leading moderate Syrian Scholars, and well known public figure. He is the former Imam of Grand Umayyad Mosque of Damascus and The former Chairman of the Islamic Civilizing Society.

We urge all national, international and diplomatic authorities to exert pressure on the Syrian Regime to release Mr Al-Khatib Immediately and avoid further violation acts against the Syrian people.

.............................

استمرار اعتقال الأستاذ أحمد معاذ الخطيب الحسني (06 أيار 2012).

مازال الأستاذ أحمد معاذ الخطيب الحسني قيد الاعتقال لدى سلطات الأمن العسكري - فرع فلسطين - في دمشق منذ مساء يوم الجمعة الموافق للسابع والعشرين من نيسان 2012 وحتى تاريخ هذه الرسالة.
نحمّل السلطات السورية كل المسؤولية عن سلامة و أمن الأستاذ معاذ الخطيب علماً أنه محروم من ممارسة حقوقه القانونية التي كفلها الدستور لكل مواطن سوري ابتداءً من منع الاعتقال التعسفي و انتهاءً بأبسط الحقوق التي تشمل التواصل مع أهله .
يعد الأستاذ أحمد معاذ الخطيب واحداً من أبرز الدعاة السوريين المعتدلين والشخصيات الوطنية المرموقة وهو الخطيب السابق للمسجد الأموي الكبير في دمشق، و الرئيس الفخري لجمعية التمدن الإسلامي.
و نحن ندعو كافة الهيئات الوطنية و الدبلوماسية و الدولية أن تمارس كل ضغطٍ ممكن على الحكومة السورية كي تعمل على إطلاق سراح الأستاذ الخطيب مباشرة و البعد عن الممارسات المشابهة التي تمس بحرية المواطن السوري.