Tuesday 28 May 2013

Innalillah

Perancis mahu bukti dikaji


GAMBAR fail menunjukkan salah seorang wanita Syria yang dipercayai terkena serangan senjata kimia di kawasan kediaman Sheikh Maqsoud di Aleppo pada 13 April lalu.- AP


BRUSSELS - Perancis berunding dengan sekutu-sekutunya berhubung tindakan yang perlu dilaksanakan selepas wujud lebih banyak bukti yang menunjukkan senjata kimia digunakan dalam konflik di Syria, kata Menteri Luar, Laurent Fabius semalam.
"Terdapat lebih banyak bukti kukuh penggunaan senjata kimia di beberapa kawasan di negara itu (Syria)," kata Fabius kepada wartawan pada pertemuan para menteri luar Kesatuan Eropah (EU).
"Semua bukti perlu dikaji, kami berbincang dengan rakan-rakan kami (EU) tentang tindakan susulan yang perlu dilakukan berhubung perkara tersebut," tambahnya.
Beliau bercakap selepas akhbar Perancis, Le Monde menyatakan, ia mempunyai bukti kukuh tentera yang setia kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad berulang kali menggunakan senjata kimia dalam memerangi pihak penentang di Damsyik.
Perang saudara di Syria bermula sejak Mac 2011 selepas sekumpulan penentang anti-Presiden Bashar Al-Assad bertempur dengan askar-askar Syria.
Pertempuran itu telah meragut lebih 70,000 orang.
Ia berlaku disebabkan kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir, Tunisia dan Libya.
Kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang dianggap gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan hak asasi manusia. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0528&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2UXxyb0EU 
Hakcipta terpelihara