Monday 12 October 2015

Tentera Syria mara di Hama, Latakia


Beirut: Tentera Syria yang disokong serangan udara Russia semalam mara di dua garisan pertempuran - di tengah wilayah Hama di sekitar lebuh raya Damsyik-Aleppo dan di utara Latakia.

Di Hama, tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad itu menawan tiga kampung dan kini berusaha menguasai kawasan di baratnya.

Di utara Latakia pula, mereka menawan Kafr Dalna ketika berusaha untuk menawan kawasan pergunungan strategik di wilayah berkenaan, menurut pemerhati hak asasi manusia bagi Syria.

Russia melancarkan serangan udara di Syria sejak 12 hari lalu dengan mendakwa ia menyasarkan kumpulan militan Negara Islam.

Bagaimanapun, sumber NATO berkata, serangan itu lebih banyak menyasarkan kumpulan penentang Bashar berhaluan sederhana dalam usaha Moscow untuk mengukuhkan kedudukan Bashar, sekutu terkuatnya di Asia Barat.

Sumber tentera kerajaan Syria berkata, tenteranya berusaha untuk mengepung Idlib dan memencilkan wilayah itu dari Hama dan Latakia serta menghalang kumpulan penentang mengancam wilayah lain. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 6:49 AM

RAKYAT Iran mengusung keranda panglima Pengawal Revolusi Jeneral Hossein Hamedani ketika majlis pengebumiannya di Teheran, semalam. Hossein mati ditembak militan Negara Islam di pinggir Aleppo, Syria, Rabu lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84369#sthash.7RA7XboT.dpuf

Russia guna bom berangkai di Syria


Beirut: Kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch semalam menuduh Russia menggunakan bom berangkai canggih di Syria dengan menggugurkan dari pesawat pengebom atau membekalkan kepada rejim Damsyik.

Kumpulan yang berpusat di New York itu berkata, berdasarkan gambar yang diperoleh menunjukkan bom itu digugurkan di Kafr Halab, perkampungan di barat daya Aleppo, bandar kedua terbesar Syria pada 4 Oktober.

Bom berangkai mengandungi puluhan atau ratusan bom kecil dan dilepaskan dengan mengguna roket atau digugurkan dari udara.

Kenyataan itu dibuat serentak dengan kemunculan bukti yang menunjukkan senjata itu digunakan di Aleppo, Hama dan juga Idlib sejak Russia mula campur tangan konflik di Syria dua minggu lalu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 6:48 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84366#sthash.gYVXJu4K.dpuf