Tuesday 5 June 2012

Shuhada yang tersenyum!! Adakah anda fikir shuhada itu melihat tempatnya di syurga??

AS pula beri amaran kepada Syria

 Isam Al-`Attar adalah seorang tokoh pemikir Islam dan juga merupakan mantan Pemerhati Umum Ikhwan Al-Muslimun di Syria.

Isteri beliau, Bannan Binti Ali At-Tantawi telah dibunuh dengan kejam oleh rejim Syria pada 17 Mac 1981 di Bandar Aachen, Jerman.

`Isam amat menyanyagi isterinya dan sehingga kini beliau masih terkenangkannya.

Setelah berlaku peristiwa sedih tersebut, orang-orang awam di kalangan rakyat Syria dan bangsa Arab yang lain bertanya kepadanya :

“Adakah anda menganggap bahawa seluruh syiah alawi (rejim Syria) bertanggugjawab atas pembunuhan Ummu Ayman (gelaran kepada Bannan)?”

Beliau menjawab : “Saya tidak boleh meletakkan kesalahan ini kepada mereka kerana Allah berfirman :

“Seseorang itu tidak memikul dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.”

Juseru, sejak dahulu lagi saya telah mempertahankan keadilan dan membela kebenaran. Dan saya sentiasa dan akan terus mempertahankan keadilan dan membela kebenaran untuk rakyat dalam menghadapi golongan syiah alawi (rejim Syria) dan bukan alawi sepertimana saya membela kebenaran buat anak saya Hadiyah dan Ayman.

Moral :

Senjata ampuh kita ialah pemikiran Islam yang berpaksikan kepada akidah yang tulen, Al-Quran dan juga As-Sunnah. Justeru tindakan umat Islam perlu bertitik tolak dari kefahaman yang jelas dan benar.

Sementara orang yang tidak bertamadun hanya bermodalkan senjata yang digunakan untuk membunuh kanak-kanak dan seluruh rakyat jelata!