Sunday 5 May 2013

Israel bom sistem senjata di Syria



 
WASHINGTON: Israel melancarkan satu serangan udara di Syria menyasarkan penghantaran senjata kepada kumpulan militan Hizbullah dari Lubnan.

Serangan itu dilakukan pada waktu malam Khamis dan Jumaat, kata agensi perisikan Amerika Syarikat dan Barat yang membuat rumusan itu berdasarkan maklumat bahawa pesawat Yahudi banyak membuat penerbangan ketika itu, lapor Cable News Network (CNN).
Pada masa sama, Amerika percaya bahawa jet tempur Israel tidak memasuki ruang udara Syria untuk melakukan serangan itu.

Seorang pegawai kanan Amerika memberitahu NBC News, serangan udara itu ada kaitan dengan usaha menghantar peralatan melancarkan senjata kimia.

Tidak percaya Israel serang

CNN menyebut, pegawai berkata, mereka tidak percaya Israel menyerang kemudahan simpanan senjata kimia.

Pegawai Rumah Putih dan Pentagon enggan mengulas laporan itu.
Tetapi, Senator Carolina Selatan, Lindsey Graham dari Parti Republikan dipetik mengesahkan Israel melakukan pengeboman di Syria.

“Israel mengebom Syria malam ini,” kata Graham yang dipetik halaman berita Politico, tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.

Graham yang berkhidmat dalam jawatankuasa perkhidmatan senjata api Senat bercakap pada majlis makan malam tahunan ‘Silver Elephant’, Parti Republikan. - AGENSI

Penduduk Banias pindah bimbang diserang



Gambar bertarikh 2 Mei lalu, menunjukkan mayat-mayat bergelimpangan dipercayai dibunuh oleh tentera kerajaan dalam pembunuhan besar-besaran di kampung Baida, Banias, Syria. - AGENSI
BEIRUT 4 Mei - Beratus-ratus keluarga berpindah dari bandar Banias yang diduduki puak Sunah hari ini ekoran kebimbangan berlakunya serangan terbaharu selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai di kampung berdekatan.
Pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman berkata, mereka mula berpindah pada waktu subuh ke Tartus dan Jableh.
"Mereka melarikan diri kerana bimbang dengan kemungkinan serangan yang bakal dilancarkan,'' katanya.
Penduduk di Banias mengambil keputusan berpindah selepas kawasan berhampiran bandar tersebut diserang semalam di samping laporan pembunuhan besar-besaran kelmarin di kampung Baida, selatan Banias.
Abdel Rahman berkata, serangan kelmarin ke atas daerah Ras al-Nabaa itu menyaksikan sekurang-kurangnya sembilan orang maut.
"Bagaimanapun, sejumlah orang dilaporkan masih hilang, menyebabkan angka kematian mungkin meningkat,'' katanya.
Dalam kejadian di kampung Baida, sekurang-kurangnya 50 dilaporkan maut dalam kejadian disifatkan sebagai pembunuhan besar-besaran kelmarin.
Sementara itu, Israel dilaporkan melancarkan serangan udara ke Syria, menyasarkan sebuah bangunan dipercayai kemudahan senjata kimia.
Saluran televisyen CNN yang memetik dua pegawai Amerika Syarikat (AS) yang enggan dikenali menyatakan, Israel melancarkan serangan itu antara malam kelmarin dan pesawat perang Israel tidak memasuki ruang udara Syria.
Dalam pada itu, Presiden AS, Barack Obama menyatakan beliau tidak melihat senario pengerahan tentera AS ke Syria akan membawa faedah kepada kedua-dua negara. - AFP/Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130505/lu_03/Penduduk-Banias-pindah-bimbang-diserang#ixzz2SN48kZPV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Beratus penduduk Syria lari elak dibunuh



KAHERAH 5 Mei -Beratus-ratus penduduk dilaporkan melarikan diri ke kawasan kepulauan pantai di barat laut Syria selepas berlaku pembunuhan beramai-ramai oleh tentera kerajaan.
Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia mendakwa penghijrahan beramai-ramai itu berlaku dari bandar Baniyas selepas berlaku pembunuhan di daerah Ras al-Naba.
Rakaman video turut menunjukkan beberapa penduduk yang menjadi mangsa dalam pembunuhan tersebut termasuk kanak-kanak. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130505/lu_07/Beratus-penduduk-Syria-lari-elak-dibunuh#ixzz2SN3Okbuv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

62 mayat penduduk mati dibunuh beramai-ramai ditemui



05/05/2013 2:22am

BEIRUT - Sekurang-kurangnya 62 mayat penduduk yang dibunuh ditemui di kawasan kejiranan puak Sunah di bandar Banias, kata Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia semalam.
Insiden terbaharu itu dikutuk oleh Gabungan Kebangsaan Syria yang dilaporkan berkata, beberapa pembunuhan beramai-ramai di kawasan itu menjurus kepada pembersihan etnik.
“Berpuluh-puluh mayat penduduk dibunuh pada Jumaat lalu ketika serangan oleh tentera rejim di Banias ditemui semalam,” kata badan pemerhati itu.
“Kami telah mengenalpasti 62 orang penduduk lengkap dengan nama, gambar atau video termasuk 14 kanak-kanak dan angka kematian mungkin meningkat memandangkan ramai yang masing hilang.” - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2SN2y7phH 
Hakcipta terpelihara 

Jet Israel serang konvoi bawa peluru berpandu di Syria




SEBUAH kenderaan tentera Israel ditempatkan di sempadan Lebanon-Israel di Kampung Adaisseh semalam.


WASHINGTON - Israel melancarkan satu serangan udara dengan menyasarkan konvoi penghantaran beberapa buah peluru berpandu ke Lebanon dari Syria, kata beberapa pegawai rejim Zionis semalam.
Para pegawai itu menyatakan, jet Israel mengebom konvoi tersebut yang membawa peluru berpandu itu untuk pergerakan Hezbollah. Serangan itu dipercayai dilancarkan dari ruang udara Lebanon.
Ia berlaku pada Jumaat lalu selepas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan anggota-anggota Kabinetnya meluluskan serangan tersebut dalam mesyuarat rahsia pada Khamis lepas.
Serangan itu dilaporkan menerusi media di Amerika Syarikat kelmarin. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2SMzsC3bL 
Hakcipta terpelihara 

Mereka menyerang rumah-rumah secara rawak di kawasan Sunni.

Mereka menyerang rumah-rumah secara rawak di kawasan Sunni. Membunuh lelaki, merogol wanita dan juga kanak-kanak yang bersembunyi dalam almari mereka!

Lihatlah kanak-kanak ini. Dia telah bersembunyi di dalam almari dengan kakaknya. Lihat dilantai, anda boleh lihat peluru Iran yang membunuh mereka.

Syiah tidak mempunyai adab walaupun hanya untuk membiarkan kanak-kanak perempuan hidup.

AYUH DERMA UNTUK SYRIA SEKARANG!

TERBARU DARI SYRIA

 BERITA INI MASIH BARU DAN BELUM DAPAT DIPASTIKAN SAMADA SERANGAN DARI ISRAEL ATAU JURUTERBANG REJIM SYRIA. YANG PASTI PENGEBOMAN BESAR-BESARAN TELAH BERLAKU HARI INI.

Serangan udara telah dilancarkan di Damsyik malam tadi. Mereka menggunakan peluru berpandu JDAM, Cruse, Hellfire dan tiga jenis bom berteknologi tinggi.

Kesannya terdapat lebih 40 letupan dan 3 letupan besar, menyebabkan gempa bumi 4 skala Richter.

Lokasi yang diserang adalah seperti berikut:
- Platun 105 (Pengawal Kebangsaan).
- Platun 104 (terhapus sepenuhnya)
- Platun pengebom di Gunung Qasioun.
- Depot peluru di Gunung Qasioun.
- Bangunan penyelidikan saintifik di Jmraiya.
- Bangunan division keempat dalam Qudsya.
- Depot peluru untuk division keempat dalam Qudsya.

Keputusan setakat ini >>>>

Lebih 2000 askar dalam division keempat dibunuh serta-merta termasuk sebahagian tentera elit, Pengawal Kebangsaan dan tentera Nasrullah.

Sehingga kini masih terdapat letupan dan kebakaran masih belum dipadamkan. Lihat video berikut untuk melihat letupan di Syria dan anda boleh melihat peluru berpandu berterbangan di udara.

CLIP 1:
http://www.youtube.com/watch?v=SlDFiXxXJH0&feature=youtu.be
CLIP2:
http://www.youtube.com/watch?v=IusGrVL7jtE&feature=youtu.be