Britain, AS guna proksi di Syria
Dunia mengutuk tindakan AS dan Britain mencampuri urusan Syria.
LONDON - Kerajaan Britain dan Amerika Syarikat (AS), didakwa bersekongkol mencampuri urusan ketenteraan dalam pergolakan menggulingkan kerajaan Bashar al-Assad di Syria.

Menurut laporan PressTV, bekas pemimpin Britain dan AS, Tony Blair, George W. Bush, David Cameron serta Barack Obama, kini mencari peluang mendakwa bahawa kerajaan Syria telah menggunakan senjata kimia bagi menentang rakyat.

Sebelum ini, kumpulan itu telah menuduh Iran membina senjata nuklear iaitu Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMD) sekaligus menjejaskan operasi kemudahan nuklear Iran bagi tujuan kemudahan alam sekitar.

Aktivis kemanusiaan berkata, senario yang digunakan Britain dan AS untuk mencampuri urusan Syria, amat serupa dengan tindakan yang pernah digunakan ke atas Iraq yang membunuh kira-kira 1 juta penduduk selain berjuta lagi menjadi pelarian.

"Britain dan AS kini cuba mendakwa kerajaan Syria memiliki senjata pemusnah bagi memudahkan mereka mewujudkan zon larangan terbang.

"Dakwaan ini menunjukkan kedua-dua negara itu mahukan peperangan di Syria," katanya. Sementara itu, agensi risikan Britain dan AS direkodkan telah terlibat secara langsung di dalam pergolakan Syria sejak dua tahun lalu dengan membekalkan bantuan logistik kepada ribuan pemberontak.