DAMSYIK - SYRIA. Pemimpin veteran al-Qaeda, kumpulan Khorasan yang merancang serangan ke atas Barat dilaporkan terkorban dalam serangan udara dilancarkan gabungan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS) di utara Syria.
 
Kelmarin, jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis memaklumkan Muhsin al-Fadhli terbunuh selepas kenderaan dinaikinya berhampiran Sarmada menjadi sasaran serangan pada 8 Julai lalu.

"Muhsin adalah antara pemimpin al-Qaeda yang menerima maklumat awal berhubung serangan 9/11 yang menggemparkan masyaraka dunia. 

"Kematiannya dijangka memberi kesan kepada operasi sulit al-Qaeda yang dirancang di AS dan negara sekutunya," jelasnya.

Sebelum ini, Jabatan Negara AS pernah menawarkan ganjaran AS$7 juta (RM26 juta) kepada pemberi maklumat yang boleh membawa kepada penahanan atau kematian Muhsin.  - AFP