Wednesday 11 January 2017

Dua militan Daesh di Syria dibunuh


 RABU, 11 JANUARI 2017 @ 10:03 AM Dua militan Daesh di Syria dibunuh WASHINGTON: Dua anggota militan Daesh yang beroperasi di Syria dan Iraq berjaya dibunuh pasukan komando diketuai Amerika Syarikat (AS) dalam satu serbuan hujung minggu lalu, kata pegawai pertahanan AS yang mengesahkan perkara itu, hari ini. Operasi dilakukan di wilayah timur Deir Ezzor, Syria pada Ahad lalu, menarik perhatian antarabangsa selepas Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) melaporkan seramai 25 pelampau dibunuh. Pegawai pertahanan AS yang dihubungi, berkata dua anggota militan Daesh yang terbunuh itu termasuk Abu Anas al-Iraqi, iaitu 'pegawai kanan' kumpulan terbabit. Rangkaian televisyen AS, ABC News memetik seorang pegawai pasukan antipengganas yang mengesahkan bahawa Abu Anas al-Iraqi adalah pemimpin tertinggi Daesh. Sementara itu, seorang pegawai yang enggan dikenali memberitahu, dua lelaki itu dibunuh ketika berada di dalam sebuah kenderaan di lebuh raya yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar Deir Ezzor. - AFP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/233033