Saturday 13 April 2013

Inilah Syria sekarang.

Ini bukanlah Jerman selepas Perang Dunia ke2, juga bukan Hiroshima selepas di hukum dengan Bom Atom oleh Amerika. Tetapi ini lah Syria, Inilah Syria sekarang.

HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKEEL




Meanwhile in Syria
HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKEEL

G8 gesa bantuan kemanusiaan lebih besar

William Hague
William Hague

LONDON - Para Menteri Luar lapan negara kuasa besar (G8), kelmarin menggesa bantuan kemanusiaan lebih besar diberikan kepada penduduk di Syria selepas angka kematian mencecah lebih 70,000 orang.

Dipetik AFP, rundingan dua hari di London itu turut menzahirkan kebimbangan terhadap konflik yang semakin meruncing di negara bergolak tersebut. 

Setiausaha Luar Britain, William Hague berkata, negara antarabangsa kurang memberi respons untuk cuba menyelesaikan kemelut di Syria.

"Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga gagal menunaikan tanggungjawab sepenuhnya walaupun terdapat lebih dua juta orang terpaksa menjadi pelarian di negara mereka sendiri," menurutnya.

Jual diri akibat desakan hidup


Jual diri akibat desakan hidup
Keadaan Kem Zaatari yang sesak dan tiada ruang lagi untuk dihuni
serta kekurangan bekalanan air bersih dan makanan
memaksa golongan wanita mencari alternatif lain.
Jual diri akibat desakan hidup
Wanita-wanita di kem pelarian terpaksa melacur diri kerana desakan hidup.
Jual diri akibat desakan hidup
Seorang wanita juga penghuni Kem Zaatari mengendong anaknya.
Jual diri akibat desakan hidup
Ramai anak-anak tidak berbapa dilahirkan di kem pelarian akibat pelacuran.
Di sebalik khemah pelarian Syria berselerak dan berdebu, muncul seorang wanita muda memakai tudung serba putih. "Masuklah, anda akan berseronok dengan saya," kata Nada, 19, wanita yang melarikan diri dari selatan sempadan bandar Daraa ke dalam Jordan, bulan lalu.

Bapanya berpakaian tradisional Syria dan berjanggut panjang, hanya berdiam diri sambil duduk di bawah terikkan mentari. Nada (bukan nama sebenar) memperdagangkan dirinya pada harga AS$7 (RM23) sejam atau AS$70 (RM230) sehari.

Selang beberapa khemah, seorang tukang gunting Syria baru sahaja kembali dari bandar Idlib, menawarkan lelaki lain untuk meniduri isterinya. "Awak boleh bersama dengannya untuk sepanjang hari hanya dengan bayaran AS$70 sahaja," katanya yang dipetik daripada laporan AP.

Lelaki yang enggan mendedahkan identitinya itu berkata, disebabkan kesempitan hidup dan terpaksa menghantar wang perbelanjaan kepada ibu bapa mertuanya di Syria, dia terpaksa menjual isterinya.

"Saya perlukan sekurang-kurangnya AS$200 (RM600) sebulan untuk dihantar ke kampung halaman," katanya.

Keadaan itu juga didorong penambahan angka pelarian Syria ke Jordan sekali gus memaksa penghuni di kem pelarian mencari alternatif kelangsungan hidup.

Kem terlalu sesak

Sejak tercetusnya konflik menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, hari demi hari kem pelarian yang dibina di pinggir Jordan untuk pelarian Syria sesak dengan penghuni. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, keadaan lebih buruk lagi apabila ekonomi negara itu kini musnah hingga memaksa jutaan rakyatnya mendapatkan bantuan di negara jiran.

Setakat ini, lebih 418,000 rakyat Syria mendapatkan perlindungan di Jordan yang mana seramai 50,000 dicatatkan memasuki negara itu pada Februari lalu sekali gus menjadi jumlah terbesar aliran masuk bagi tempoh sebulan pada 2013

Berikutan itu, kehidupan yang mendesak ditambah pula dengan kesesakan dalam kem perlindungan tidak memberi banyak pilihan terhapad penghuni wanita hingga terpaksa melacurkan diri. Malah, ada yang dipaksa melacur oleh ahli keluarga sendiri termasuk suami.

Sebahagian pelarian wanita pula amat mudah membenarkan diri mereka dipergunakan bapa ayam bagi memerangkap pedagang haram untuk mendapatkan duit bagi menampung keluarga masing-masing.

Di satu sudut paling hujung dalam kawasan kem pelarian itu, seramai 11 pelacur berpakaian seperti wanita Syria berkumpul sambil menantikan pelanggan. Bercakap kepada pemberita antarabangsa, mereka akur dengan kehidupan dan terpaksa bersembunyi daripada pihak berkuasa Jordan yang amat tegas kepada aktiviti pelacuran.

"Tolong jangan dedahkan nama sebenar kami. Jika pihak berkuasa Jordan mengetahui aktiviti ini pastinya kami akan dimalukan dan dikenakan hukuman," kata salah seorang wanita itu.

Jordan merupakan salah sebuah negara Islam yang menentang keras pelacuran dan si pelakunya akan dihukum penjara tiga tahun jika dibuktikan bersalah.

Malah, lelaki dan wanita asing yang turut terlibat dalam kancah itu akan dihantar pulang negara asal. Majoriti 11 wanita ini mengaku terpaksa melacur kerana kesempitan hidup dan amat memerlukan wang.

Sementara itu, jurucakap polis Jordan mengesahkan terdapat sebilangan besar wanita Syria melakukan pekerjaan sebagai pelacur dalam negara itu.

"Bulan lalu, polis tempatan menahan 11 pelacur dan lapan daripadanya adalah warga Syria dalam satu serbuan di sebuah kedai kopi di Irbid. Masalah ini semakin menular selepas kem pelarian sesak," katanya.

Tandas kem pusat pelacuran

Ratusan pelarian Syria yang menghuni kem Zaatari dalam Jordan mengadu mengenai aktiviti pelacuran yang mengganggu masyarakat di situ. Selain berhadapan dengan tindakan catuan makanan dan kesesakan dalam khemah, kemudahan tandas juga terpaksa dicatu.

Penjaga kem berasal daripada Daraa, Mohammed Abu Zureiq, 50, mendedahkan saban malam, tandas yang disediakan PBB di kem berkenaan menjadi rumah pelacuran.

"Setakat ini, semakin ramai wanita di kem ini melahirkan bayi yang tidak disahkan siapa bapanya. Jiran saya baru-baru ini telah menjual anak perempuannya kepada seorang pemuda Arab Saudi pada harga AS$2,000 (RM6,000) demi wang," katanya.

"Baru-baru ini, kira-kira 300 pelarian merusuh selepas tersebarnya khabar angin mengatakan pengawal kem Jordan telah merogol seorang pelarian wanita," katanya.

Tambah beliau, dalang penularan aktiviti pelacuran dalam kem pelarian Syria masih belum dikenal pasti namun, mereka tidak menolak ia berpunca daripada pengawal polis Jordan yang berfungsi sebagai pengantara pelacur dengan pelanggannya.

Syria


TERKINI Dilaporkan sebuah lagi kapal  Iran bernama 'Zuhrah' yang membawa senjata dan lebih banyak peluru berpandu Scud untuk tentera rejim Bashar. Kapal tersebut berada di Laut Merah dalam perjalanan dari Iran ke Pelabuhan Tartous, Syria.

SEHINGGA DUNIA MENGERTI




Lihat pautan ini : http://youtube.com/watch?v=5rTuX6jIwvI
SEHINGGA DUNIA MENGERTI Kanak-kanak kecil ini meraung apabila melihat kedua ibu bapanya berada di bawah runtuhan bangunan akibat dibom oleh rejim Basyar di Farkiya, Idlib. Dan dunia, masih diam seribu bahasa.

Sesungguhnya kita bersaudara


DOAKAN MEREKA Tiada kalam yang mampu diungkapkan, air mata mereka sudah kekeringan. Benarlah, kebangkitan mereka yatim piatu. Dan dunia masih diam membisu. Jangan pernah lupakan mereka dalam titipan doa kita. Sesungguhnya kita bersaudara.