Wednesday 20 April 2016

Pendatang asing, penduduk tempatan bergaduh


Beratus-ratus pendatang dan sekumpulan penduduk anti jenayah bergaduh
Beratus-ratus pendatang dan sekumpulan penduduk anti jenayah bergaduh menggunakan batang besi dan kayu di stesen kereta api Stanlingrad, Paris, kelmarin. Agensi
PARIS 17 April – Polis antirusuhan terpaksa menyuraikan pergaduhan antara beratus-ratus pendatang dengan sekumpulan penduduk yang mendakwa sebagai kumpulan antijenayah, masing-masing bersenjatakan batang besi dan kayu berhampiran ste­sen kereta api Stalingrad, Paris semalam.
Menurut laporan Mailonline, keganasan itu berlaku apabila sekumpulan lelaki membaling objek ke arah pendatang asing.
Polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan terlibat dan menahan seorang lelaki mabuk dipercayai individu yang mula membaling objek sehingga mencetuskan pergaduhan itu.
Sekurang-kurangnya empat orang pendatang cedera dalam salah satu daripada dua pergaduhan yang berlaku malam semalam dan telah dikejarkan ke Hospital Lariboisiere untuk rawatan.
Kawasan kem tersebut menempatkan beratus-ratus pendatang dari Eritrea, Sudan dan Afghanistan namun punca pergaduhan masih belum diketahui.
Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve dalam pengumuman bersama Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo memberitahu, kawasan kem itu akan dipindahkan tidak lama lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pendatang-asing-penduduk-tempatan-bergaduh-1.273734#sthash.OxFvmkCT.dpuf

Bot karam di Libya: Lapan maut, 20 hilang


April 18, 2016, Migran duduk di dalam perahu getah kecil  dalam satu operasi menyelamat oleh SOS Med
April 18, 2016, Migran duduk di dalam perahu getah kecil dalam satu operasi menyelamat oleh SOS Mediterranee kapal Aquarius di luar pantai pulau Itali Lampedusa .- Gambar REUTERS
ROM 18 April - Sekurang-kurangnya lapan pendatang Afrika maut manakala 20 lagi dikhuatiri lemas dalam tragedi bot karam terbaharu di luar kawasan pantai Libya hari ini.
Menurut salah seorang mangsa yang terselamat, ketika kejadian, bot kecil yang membawa sekurang-kurangnya 135 orang itu baru meninggalkan pelabuhan Libya di Sabratha sebelum dipukul ombak tinggi semalam.
Sementara itu, sebuah badan kebajikan Perancis, SOS Mediterranee pula memberitahu, pihaknya telah menyelamatkan kira-kira 108 pendatang dalam kejadian itu dengan menggunakan bot mereka, Aquarius.
Mayat enam daripada lapan mangsa yang meninggal dunia itu ditemukan dalam bot kecil tersebut manakala dua lagi ditemukan selepas dihanyutkan arus deras.- AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bot-karam-di-libya-lapan-maut-20-hilang-1.277178#sthash.Znwg56ZW.dpuf

44 maut dalam serangan di Syria


Seorang lelaki memeriksa kedai rosak selepas serangan udara di sebuah pasar di bandar Maarat al- Num

Seorang lelaki memeriksa kedai yang kerosakan selepas serangan udara di sebuah pasar di bandar Maarat al- Numan di kubu kuat pemberontak di wilayah Idlib , Syria April 19, 2016. REUTERS / Ammar Abdullah
BEIRUT 19 April - Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh dalam serangan di dua buah pasar awam di timur laut Syria hari ini.
Pasukan Pemerhati Syria untuk Hak-Hak Kemanusiaan menyifatkan, serangan tersebut sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’ apabila 37 mangsa terbunuh di pasar sayur-sayuran di Maaret al-Numan manakala tujuh lagi mangsa maut di sebuah pasar di Kafranbel.
Sebelum ini, pasukan pemerhati yang beribu pejabat di United Kingdom itu melaporkan lima mangsa termasuk seorang kanak-kanak terbunuh di Maaret al-Numan manakala berpuluh-puluh lagi mangsa dilaporkan cedera.
Kedua-dua lokasi itu terletak dalam wilayah Idlib yang jaraknya dianggarkan sejauh kira-kira 10 kilometer.-AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/44-maut-dalam-serangan-di-syria-1.277671#sthash.TW4kD7VA.dpuf