Friday 10 May 2013

Sokong pergerakan Hezbollah



Gambar bertarikh 14 Februari lalu menunjukkan tentera Israel membersihkan laras meriam kereta kebal selepas menjalani latihan di Golan Height. - RUETERS
BEIRUT 9 Mei - Syria mengiktiraf dan memberikan sokongan kepada Hezbollah dan akan menggunakan pendekatan pergerakan itu dalam menentang Israel, lapor akhbar Lebanon hari ini.
Akhbar Lebonan al-Akhbar melaporkan Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata, Damsyik akan 'memberi pergerakan Hezbollah segalanya' dalam mengiktiraf sokongannya menentang Israel.
Beliau dilaporkan berkata demikian dalam pertemuan dengan pelawat dari Lebanon di Damsyik dan seolah-olah menolak sebarang cadangan untuk menghentikan bantuan kepada Hezbollah.
Al-Akhbar melaporkan, pelawat Lebanon itu menyatakan Assad melahirkan keyakinan, kepuasan dan terhutang budi dengan Hezbollah.
''Buat pertama kali, kami merasa kami (Syria) menghadapi situasi sama dan mereka (Hezbollah) bukan sahaja sekutu yang kami bantu. Kami membuat keputusan bergerak bersama dan menjadi sebuah negara yang menentang cara Hezbollah demi masa depan generasi Syria,'' kata Bashar yang dipetik oleh akhbar tersebut.
Bashar berkata, Syria dengan mudah bertindak balas terhadap serangan udara rejim Zionis dengan melancarkan beberapa roket ke arah Israel,.
''Tetapi kami mahu pembalasan dendam strategik dengan membuka pintu tentangan dan mengubah Syria menjadi sebuah negara penentang.
''Selepas serangan itu, kami yakin kami memerangi musuh sekarang, kami sedang memburu askar 'mereka' yang dikerah di seluruh negara kami,'' katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130510/lu_01/Sokong-pergerakan-Hezbollah#ixzz2Srji7Zr3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Israel mahu Russia tidak jual senjata canggih kepada Syria



Baitulmaqdis: Israel meminta Russia tidak menjual sistem pertahanan udara canggih keluarannya kepada Syria kerana ia akan membantu Presiden Bashar al-Assad menghalang campur tangan negara luar bagi menamatkan konflik yang kini berlangsung lebih dua tahun.

Memetik pegawai AS, Wall Street Journal melaporkan semalam, Israel memberitahu Washington bahawa Syria sudah membayar AS$900 juta (RM2.7 bilion) untuk membeli sistem pertahanan S-300 dan penghantaran awal dijadual bermula dalam tempoh tiga bulan akan datang. S-300 direka cipta untuk menembak jatuh kapal terbang dan misil pada jarak sehingga 200 kilometer.


Dengan senjata itu kemampuan pertahanan Syria akan meningkat walaupun ia gagal menghalang serangan udara rejim Zionis pada hujung minggu lalu.

Pegawai Israel berkata, mereka membangkitkan bantahan terhadap penjualan itu kepada Russia dan AS. Setakat ini tiada kenyataan balas yang dikeluarkan Moscow atau Damsyik. - Reuters

Syria gempur kubu pejuang



Beirut : Jet tentera Syria mengebom beberapa sasaran yang menjadi kubu pejuang antikerajaan di dua wilayah utara negara itu semalam ketika Presiden Bashar al-Assad terus menekan gerakan musuhnya.

Serangan semalam dilakukan sejurus selepas AS dan Russia bersetuju untuk bekerjasama bagi membawa kedua-dua pihak bertelagah ke meja rundingan bagi menamatkan konflik selama 26 bulan itu. Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, tentera Bashar menggugurkan bom di Aleppo dan Idlib.


Kata pertubuhan berpangkalan di Britain itu, sasaran utama tentera Syria ialah kubu pejuang antikerajaan berhampiran pangkalan tentera udara di Mannagh, pinggir Aleppo. Pangkalan yang terletak berhampiran sempadan Turki itu dikuasai pejuang antikerajaan pada Ahad lalu tetapi mereka terpaksa berundur semula apabila berdepan dengan senjata lebih canggih rejim Bashar.

Sementara itu di Idlib, pertempuran sengit tercetus di luar beberapa pangkalan tentera berhampiran wilayah yang dikuasai kerajaan.


Di Damsyik pula, agensi berita SANA melaporkan, tentera kerajaan menguasai semula satu lagi perkampungan berhampiran sempadan Lubnan.


Menurut SANA, pejuang antikerajaan di Aleppo dan Idlib mengalami banyak kematian dalam pertempuran itu. - AP

BANYAS, SYRIA



Di sinilah tempat berakhirnya sifat kemanusiaan
Di sinilah tempat berakhirnya bantuan dunia
Di sinilah Regim assad yang dengan rakus membunuh dengan kejam ratusan ribu bakal penghuni Syurga.

Kami masih boleh dengar dengar jelas jeritan ketakutan mereka saat sebelum dibunuh
Kami masih boleh dengar rintihan air mata mereka sebelum ditikam bertalu-talu

Kamu bagaimana?

p/s: Ini bukan gambar dari movie, tapi ini gambar anak-anak kita.
Mereka punya impian tapi kini hancur musnah.

www.facebook.com/syria.care