Saturday 22 June 2013

‘Sahabat Syria’ bermesyuarat

‘Sahabat Syria’ bermesyuaratTentera FSA mendesak kumpulan 'Sahabat Syria' mengenakan zon larangan terbang di negara itu.
DOHA - Sebuah kumpulan digelar ‘Sahabat Syria’ mengadakan mesyuarat pada hari ini di Qatar untuk membincangkan bantuan bersesuaian kepada asing militan asing yang berada di Syria.

Seorang diplomat Perancis berkata, mesyuarat yang dihadiri 11 diplomat dari anggota perikatan anti Syria itu termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Setiausaha Luar Britain dan Menteri Luar Jerman, Itali, Jordan, Arab Saudi, Qatar, Turki, Mesir dan Emiriyah Arab Bersatu.

Beliau berkata, rundingan itu diadakan susulan kebimbangan ketua Kumpulan Tentera Pembebasan Syrai (FSA) Salim Idriss dalam menangani tentera rejim yang semakin berkuasa.

“Pada rundingan yang berlangsung di Turki minggu lalu,  Salim meminta lebih banyak sokongan tentera luar, termasuk kenderaan anti-kereta kebal dan peluru berpandu anti-pesawat,” katanya.

Menurutnya, strategi tentera darat amat penting bagi menguasai ancaman rejim dari Qusayr ke Aleppo serta pinggir bandar Damsyik.

“Kami sedang mencari keperluan sesuai untuk disalurkan kepada FSA, “ katanya kepada Press TV.

Sementara itu, jurucakap FSA, Louay Meqdad, mendesak kumpulan ‘Sahabat Syria’ supaya mengenakan zon larangan terbang di negara itu bagi memudahkan operasi penghantaran senjata dilakukan.

KEJAM

Masjid di Hayyu Qoubun, Dimasyq yang musnah akibat dibom oleh pesawat tempur rejim Basyar.

Masjid ini antara ratusan masjid yang dibom oleh rejim Basyar. Mereka bukan sahaja menzalimi umat Islam Syria bahkan menghina rumah suci umat Islam.

#freesyria #pray4syria