Sunday 30 March 2014

Kasihanilah kami..bantulah kami..sokongilah kami Ya Allah.



12,500 kanak-kanak terbunuh
11,000 kanak-kanak dipenjarakan
2.5 Juta kanak-kanak tidak bersekolah
5.0 Juta kanak-kanak menjadi pelarian sama ada di dalam mahupun di luar Syria.

Generasi demi generasi telah terbunuh dan Revolusi Syria telahpun memasuki tahun keempat dan Ummah masih setia menjadi penonton kezaliman Regim Kuffar Assad.

"If you are neutral in situations of injustice, you have chosen the side of the oppressor." - Desmond Tutu

Bagi menghulurkan sumbangan bantuan buat rakyat Syria yang amat memerlukan, anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Akaun Maybank : 5621 06630487

PayPal: AlEhsidek@gmail.com
Bank swift Code : mbbemykl (luar Malaysia)

Pejabat Syria Care: 011-37030900

#DoaBuatMH370 #DoaBuatSeluruhUmatIslam

syria

Adakah engkau puas hati sekarang ini wahai Bashar?? Setelah engkau mencapai kejayaan menghancurkan negara dan membinasakan rakyat???
________________________________________________

Sejarah Revolusi Kebangkitan Rakyat Syria.

>Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

>Kerajaan Syria disokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah. Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

>BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN

Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan -Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI”

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81;

“Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17 :

“adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

P/s: Saudaraku sekalian, tolong share seluas-luasnya artikel ini. Semoga kerana jari kita yang menekan butang 'share' menjadi asbab kepada tersebarnya kesedaran kepentingan peduli dan cakna pada nasib Ummah yang dizalimi. insyaAllah.

Allah Menguji Kerana Manusia Mampu Menghadapinya]



Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”

(Riwayat Imam Tirmizi)

Gambar yang menunjukkan tahap kehancuran yang amat dahsyat yang menimoa kawasan Attadamon di dalam ibu kota Damsyid akibat serangan kejam tentera Al Assad...

Inna lillah wa inna ilaihi raj'ion...

syria


http://www.youtube.com/watch?v=8qQwTo_9Cic&feature=share...

Dengan sarikata English.

Kanak-kanak Syria yang tidak berdosa seringkali berhadapan dengan jenayah perang Bashar Al Assad. Tonton perbualan ini antara seorang kanak-kanak perempuan dengan doktor yang merawat beliau.

syria

Kegilaan Penjenayah Perang Bashar Al Assad semakin memucak kerana kegagalan tenteranya serta tentera Syiah Hizbullat dalam menguasai bandar 
Yabrood sepenuhnya sehingga sekarang.
Oleh kerana kegagalan ini tentera Al Assad mula membedel banyak kawasan di Syria terutamanya di Al Zablatani yang dekat dengan pusat bandar Damsyiq.
Menurut laporan sorang mati Syahid dan kebanyaknya kanak-kanak dan wanita tercedara.
Tentera Bashar yang zalim menyerang kawasan Yelda di selatan Damsyiq menggunakan roket yang jatuh atas pasar awam mengorbankan 10 orang dan yang lain cedera.
Di Aleppo pula regim Al Assad mensasarkan kawasan Hai Karam Al Baeek dengan roket yang canggih di mana waktu orang ramai berkumpul di situ untuk mendapatkan roti.Ini mengakibatkan sekurang kurangnya 20 orang terkorban dan puluhan lagi cedera, begitu juga keadaanya di Homs.
Di Hama utara Syria tentera Al Assad menggugurkan bom atas orang awam mengorbankan puluhan orang manakala serangan atas Dar'a dan Idlib diteruskan menggunakan tong gas barrel.

Hasbunallah wa'nik mal wakil!

syria

Penderitaan dan kesengsaraan yang ditempuhi rakyat Syria selama hampir 3 tahun sejak tercetusnya Revolusi Kebangkitan Rakyat Syria menentang kezaliman pemerintahan keluarga Assad. Contoh kepada semangat juang yang padu dan harapan yang tinggi untuk diteladani seluruh dunia. 

Saudaraku, tonton dan fikirkanlah hikmah disebalik Revolusi Kebangkitan Rakyat Syria di waktu lapang dan senangmu. Sebarkanlah seluasnya klip ini dan jelaskanlah dengan seikhlasnya kepada seisi dunia mengapa mimpi ngeri ini sewajarnya telah dikecam seluruh dunia? Mengapa dunia masih membisu seolah-olah ianya bukan suatu jenayah? Dan mengapa peperangan ini harus diletakkan titik noktah SEKARANG JUGA! Regim Bashar Assad wajib digulingkan!

Ayuh kita doakan tumbangnya rejim Kufur Bashar dan tertegaknya syariah dan khilafah. InsyaAllah. Ameen.

Link Video: http://www.youtube.com/watch?v=WIs3Lm5ywm4&feature=youtu.be

Ini sahaja yang kami pinta; kami tuntut Hak kami iaitu Hak Kebebasan yang dituntut di dalam Islam.



Imam ibn Qayyim dalam kitabnya menyatakan : “Syariat Islam semuanya adalah keadilan, rahmat, keperluan dan kebijaksanaan. Setiap perkara yang muncul hasil daripada keadilan kepada kezaliman, daripada rahmat (kasih sayang) kepada dendam permusuhan, daripada keperluan kepada kerosakan, dan kebijaksanaan kepada perkara sia-sia, semuanya itu bukan daripada syariat Islam.

syria

Kerugian yang paling besar bagi Halish (Hizbullat) dan Iran selepas mereka terjemus dalam kancah peperangan di Syria. Bukan setakat jumlah askar mereka yang terbunuh dalam pertempuran atau senjata atau wang, tetapi nama dan imej mereka tercemar sangat di mata umat Islam dan dunia Arab.

Topeng penipuan yang mereka pakai telah jatuh dan terus menunjukkan hakikat mereka yang sebenar bahawa mereka ini adalah pengganas. Sedangkan sekutu Syiah ini menghabiskan usaha selama 10 tahun untuk menipu penduduk kawasan ini dan seluruh dunia Islam.

Hizbullat telah jatuh...
Iran pun turut jatuh...
Dan apa yang kita sedang lihat adalah sisa kekotoran mereka yang akan dibuang dalam sampah sejarah oleh masyarakat Islam timur tengah.

Peperangan kita dengan mereka adalah peperangan siapa yang penat dulu. Kerana peperangan ini akan menelan segala kekuatan dan harta benda Bashar Al Assad dan sekutunya. Ianya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana kesabaran adalah faktor yang akan menentukan siapa yang akan menang.

syria

Revolusi ini telah mendedahkan mereka semua.
Mereka yang :

Menyatakan untuk menjadi : kemanusiaan
Menyatakan untuk menjadi : demokrasi
Menyatakan untuk menjadi : kebangsaan
Menyatakan untuk menjadi : Jihadis
Menyatakan untuk menjadi : benteng Israel

Allahu Akbar dan kemenangan hanya untuk Islam..



Penjenayah perang yang kedua terbesar di kawasan pantai Syria telah mendapat balasan yang setimpal oleh para mujahidin dalam pertempuran Kasb di kawasan Latiqia..

Ali Oral Al Kayyali adalah seorang Syiah Alawi Nusairi dari Turki yang sangat kejam, menyertai tentera Bashar Al Assad semata mata untuk membunuh orang Islam ahlu assunah serta menyembelih kanak-kanak, merogol wanita-wanita.. dialah yang mendalangi semua rancangan pembunuhan penduduk Sunni di kawasan pantai Syria dan dialah juga yang melaksanakan rancangannya yang kotor itu..

Akhirnya para Mujahidin berjaya membunuhnya,sekaligus menempatkannya di tempat khas untuknya ke Neraka...

Mungkin ramai di kalangan kita yang lupa, bagaimana dia serta kumpulannya begitu angkuh dengan memijak dan menghina pemegang Syahadah dengan begitu angkuh?!, tetapi Allah tidak akan lupa.. dan dia sekarang berada di jahannam menerima seksaan yang Allah janji kepada golongan yang zalim...

Allahu Akbar..

syria

Allahuahkbar3x!! 

Inilah wajah penjenayah tegar yang merosakan bumi Syria.
Alhamdulillah syukur kepada Allah atas kemenangan para mujahidin dan kejayaan mereka membersihkan bumi Syria dari kejahatan dan kezaliman puak-puak Alawi dan Nusairi ini.

Lelaki ini adalah penjenayah yang paling kejam dan paling hodoh wajahnya di antara Shabbiha rejim Bashar Al Assad di Damsyiq. Namanya Diya' Al Assad.
Seorang aktivis revolusi Syria memberitahu bahawa penjenayah ini terbunuh dua hari lepas tanpa mengetahui cara ataupun lokasi kematiannya.

Sesungguhnya Allah Maha Kuasa makhluk lain tiada kuasa.

Diya' Al Assad ini digelar sebagai Abu Al Harith.Ini kerana kekejamannya yang menyeksa dan mendera tahanan dalam penjara-penjara rejim Al Assad yang zalim.

Ya Allah...bantulah mujahidin-mujahidin kami..berikanlah kemenangan untuk kami.. Hasbunallah wa'nik mal wakil!!
 

syria




https://www.facebook.com/photo.php?v=383158918492666

Perbezaan kita dengan mereka ini sangat jauh.
Akhlak kita berdasarkan ajaran Nabi Muhammad SAW yang menolak keganasan.

Lihatlah bagaimana tingkah laku askar Hizbu Asyaitan yang bersuka ria selepas mereka berjaya menawan bandar Yabrood.
Lihatlah bagaimana mereka mencerca dan maki hamun para Sahabat Rasulullah dan golongan Ahlu Assunnah.

syria

Amerika Syarikat mengarahkan supaya Kedutaan Syria menghentikan perkhidmatannya serta dua pejabat konsul di bawah pentadbirannya di Michigan dan juga di Texas lalu mengusir semua pegawai dan diplomat Syria dari Amerika.Sedangkan masih ada beberapa negara Arab yang masih membenarkan diplomat penjenayah Bashar Al Assad meneruskan pentadbiran urusan kedutaan Syria di sana !! 

Amerika Syarikat mengeluarkan arahan ini berikutan keenggangan Bashar Al Assad melepaskan jawatan presiden dan kemudian menuduh beliau melakukan jenayah perang terhadap rakyatnya sendiri.

Ya Allah hapuskanlah golongan yang zalim ini dan selamatkan kami dari segala kejahatan musuhMu ya Allah...

Ya Allah kurniakanlah kemenangan yang nyata kepada orang Islam di Syria serta seluruh negara Islam yang lain secepat mungkin ya Allah...

Syria yang tekini..



Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Akaun Maybank
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
5621 0663 0487

http://youtu.be/2o71XJ26mZA

syria

Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria
Hidupnya di dunia berakhir sebelum hari lahirnya yang pertama, dia akan meraikannya di Syurga insyaAllah.
Seorang bayi perempuan ditarik keluar dari bandar Halab Kawasan Al Kassarah di Aleppo.
Inna lillahi wa inna ilaihi roji'un.

(24/03/2014)

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Akaun Maybank
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia

syria

Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria
Di sebalik serpihan runtuhan bangunan dan pecahan batu bata, terselit seorang kanak-kanak Syria berjiwa kental sedang mencari rezeki dengan menjual sedikit roti yang sudah lama.

Mereka (Kuffar) mencipta kematian, kami mencipta kehidupan.

Alhamdulillah.

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Akaun Maybank
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
5621 0663 0487

syria

Sebuah lagi video yang memaparkan kehidupan anak-anak Syria yang bergelut dalam kesusahan dan penuh kedhaifan. Manusia seringkali alpa dengan kesenangan dunia dan tanpa mahu melihat kisah disebalik tembok tinggi yang menjadi pemisah antara kekayaan dan kefakiran.

Anak-anak ini sedang mengutip sisa-sisa makanan yang dibaziri oleh manusia. Apakah adil buat anak ini? Sedang kita lena dihidangkan dengan makanan yang lazat-lazat justeru itu, amatlah mudah pula bagi kita untuk membazir? Adilkah?

Ya Allah, Tuhan Pemberi Rahmat, anak ini mendoakan kesejahteraan bagi kami yang tidak mempedulikan mereka! Ya Allah, rahmatilah anak-anak ini!

Link: http://www.youtube.com/watch?v=nsni4PRJHL0
___________________________________________________
Untuk bantuan sila lakukan menerusi:

Maybank
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
5621 0663 0487

Sebarang pertanyaan sila ke:

No. 38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Email: souriacare@gmail.com
Office Phone: 011-370 30900

syria

syria

syria

syria

syria

Seorang putera Saudi membeli sebuah kereta Mercedes jenis G63 AMG yang dicat dengan emas di kota Paris baru-baru ini...
Dan gambar yang bawah menunjukkan seorang mujahid yang gugur syahid harini di kawasan Al Fuaah di Syria mengikat tali untuk pingang seluarnya kerana dia tiada duit untuk membeli tali pingang !! 

Tentera Syria tawan dua kampung di sempadan Lebanon


DAMSYIK 30 Mac - Tentera kerajaan Syria berjaya menawan dua buah perkampungan berhampiran sempadan Lebanon hari ini, dalam usaha menyekat kemasukan senjata api dan anggota penentang kerajaan ke negara ini dari kawasan timur Lebanon.
Kampung Flita dan Ras Maara menjadi sasaran terbaharu tentera kerajaan di sempadan wilayah Qalamoun, selepas bandar Yabroud ditawan awal bulan ini.
Filta yang terletak kira-kira 7 kilometer dari sempadan Lebanon menjadi laluan utama penentang kerajaan ke Syria untuk bertempur dengan tentera Presiden Bashar al-Assad. -AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140330/lu_02/Tentera-Syria-tawan-dua-kampung-di-sempadan-Lebanon#ixzz2xOYyUC5Y
© Utusan Melayu (M) Bhd