Sunday 5 July 2015

AS ketuai siri serangan terbesar di kubu IS Syria

TENTERA bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) berkata pihaknya menjalankan 16 siri serangan udara ke atas kubu kuat kumpulan Negara Islam (IS) di Raqa, Syria. - Foto AFP

WASHINGTON: Tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) berkata pihaknya menjalankan 16 siri serangan udara ke atas kubu kuat kumpulan Negara Islam (IS) di Raqa, Syria.
"Kali ini adalah serangan paling besar pernah diadakan di Syria dan ia mampu menyekat kemaraan Daesh (IS) untuk bergerak keluar dari Raqa," kata jurucakap tentera, Lt Kol Thomas Gilleran. - AFP

22 terbunuh serangan udara AS di kubu kuat IS Syria


IMEJ yang diambil daripada video menunjukkan kira-kira 25 tentera Syria melutut di depan bendera besar IS di bandar Palmyra di tengah Syria. - Foto AFP
Majoriti yang terbunuh dalam serangan terhadap bandar Raqa adalah pejuang IS, kata kumpulan pemerhati hak asasi manusia di Syria. Berpuluh-puluh orang awam turut cedera dalam serangan itu.
AS yang menerajui tentera bersekutu dan mula membuat serangan udara terhadap IS sejak September lalu, berkata ia telah membuat serangan besar-besaran terhadap Raqa, ibu negara bagi IS di Syria.
Serangan udara ini besar-besaran ini bagi mematahkan cubaan IS untuk menggerakkan tentera dari seluruh Syria ke Iraq, kata jurucakap tentera AS, Leftenan Kolonel Thomas Gilleran.
"Ini adalah antara serangan terbesar yang kami lakukan terhadap Syria dan ia kami sasarkan memberi kesan kepada keupayaan IS untuk bergerak dari Raqa.
"Tentera sekutu memusnahkan beberapa sasaran di seluruh Raqa, dengan memusnahkan struktur IS dan laluan transit mereka," kata Gilleran dalam satu kenyataan.
Kumpulan IS muncul di Syria pada 2013 dan kini menguasai hampir separuh wilayah negara itu, walaupun majoriti kawasan dikuasainya adalah gurun tidak berpenghuni. - AFP

25 Anggota Al-Qaeda, Al-Nusra Terbunuh


Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 7:23 PM
Serangan di masjid yang mengorbankan anggota al-Qaeda dan al-Nusra.

SEKURANG-kurangnya 25 anggota al-Qaeda di Syria dan Barisan al-Nusra, termasuk seorang pemimpinnya terbunuh dalam letupan di sebuah masjid di barat wilayah Idlib.
Badan Pemantau Hak Asasi Kemanusiaan Syria yang berpangkalan di United Kingdom (UK) berkata, berpuluh-puluh lagi mengalami kecederaan akibat letupan di kota Ariha itu.
Kejadian itu berlaku ketika orang ramai berkumpul di kawasan masjid untuk berbuka puasa, bagaimanapun setakat ini punca letupan masih belum diketahui.
Menurut badan pemantau itu, seorang anggota kanan kumpulan al-Nusra yang identitinya tidak dikenali dilaporkan terkorban dalam letupan yang berlaku di masjid Salem.
Ariha adalah antara kubu terakhir kerajaan di Idlib apabila ia dikepung kumpulan pemberontak pada Mei lalu.
Sebuah pakatan Islam, Jaish al-Fateh mengambil alih bandar tersebut selepas melakukan serangan.
Kumpulan pemberontak itu sebelum ini berjaya menawan beberapa bandar di wilayah tersebut termasuk Idlib dan Jisr al-Shughour.
Kejatuhan Ariha menyebabkan sebahagian besar wilayah Idlib yang berhampiran sempadan Turki berada di bawah kawalan pemberontak.
Lebih 230,000 orang dipercayai terbunuh di Syria sejak pemberontakan terhadap Presiden Bashar al-Assad pada Mac 2011.
Daripada 11.5 juta penduduk, lebih separuh penduduk negara itu telah melarikan diri.

Solat berdarah


Beirut: Satu letupan di sebuah masjid di utara Syria membunuh 25 anggota kumpulan sekutu al-Qaeda semalam, termasuk seorang pemimpin mereka.

Kejadian berlaku ketika mereka menunaikan solat Maghrib selepas berbuka puasa.

Pengarah kumpulan pemerhati untuk hak asasi manusia Syria Rami Abdel Rahman berkata, jumlah kematian mungkin meningkat berikutan puluhan orang awam cedera dalam kejadian di bandar Ariha itu.

“Dua puluh lima anggota Barisan Al-Nusra, termasuk seorang pemimpin mereka mati dalam letupan di masjid di Ariha di wilayah Idlib, semalam,” kata Rami yang berpejabat di London.

Setakat ini tidak dapat dipastikan punca letupan.

Kumpulan aktivis Suruhanjaya Am Revolusi Syria berkata, ratusan orang awam berkumpul untuk majlis berbuka puasa bersama Barisan Al Nusra di Masjid Salem di barat Ariha apabila letupan itu berlaku ketika solat Maghrib.

Sebahagian besar wilayah Idlib dikuasai penentang selepas kumpulan itu mengusir tentera kerajaan dari kubu kuat terakhir mereka.

Lebih 230,000 orang terbunuh di Syria sejak tunjuk perasaan aman antikerajaan pada 2011 merebak menjadi perang saudara.

Dalam perkembangan lain, tentera Syria dan sukutu militianya melancarkan serangan besar-besaran terhadap Zabadani, sebuah lagi bandar yang dikuasai penentang.

Stesen televisyen Hizbullah, kumpulan Syiah Lubnan yang bersekutu dengan tentera rejim Bashar al-Assad melaporkan, serangan membabitkan pesawat dan meriam bertujuan menawan semula bandar di barat laut Damsyik itu.

Pengumuman mengenai serangan besar-
besaran oleh tentera Syria dan kumpulan Lubnan itu sudah dijangka selepas tentera Syria meningkatkan serangan udara terhadap kedudukan penentang di kawasan yang bersempadan dengan Lubnan itu sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, laporan dari Zabadani menyatakan, penentang sudah bersiap sedia menghadapi pertempuran itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2015 @ 5:14 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62177#sthash.8Wzmf7uu.dpuf

Bom di masjid ketika berbuka, 25 maut


SEORANG lelaki melihat kerosakan sebuah bangunan selepas tentera yang setia kepada Bashar menjatuhkan bom barel di Tafas, bandar Daraa, Syria kelmarin. - REUTERS


BEIRUT – Seramai 25 anggota sekutu Al-Qaeda di Syria termasuk seorang ketuanya terbunuh dalam satu letupan di sebuah masjid di utara Syria, kata kumpulan pemerhati semalam.
Pengarah Pemerhati bagi Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman memberitahu, jumlah kematian itu berkemungkinan meningkat berikutan kecederaan melibatkan berpuluh-puluh orang yang berada di tempat kejadian ketika berbuka di bandar Ariha di wilayah Idlib.
“Sebanyak 25 anggota Al-Nusra Front termasuk ketua kumpulan pemberontak itu terbunuh dalam letupan yang berlaku di masjid Salem di bandar Ariha,” ujar kenyataan kumpulan pemerhati yang berpangkalan di Britain tersebut.
Kumpulan aktivis, Suruhanjaya Umum Revolusi Syria menyatakan, ratusan orang menghadiri majlis berbuka puasa bersama Al-Nusra Front di masjid itu sebelum letupan berlaku ketika mereka bersiap sedia untuk menunaikan solat.
“Orang awam turut terbunuh dalam letupan pada bulan suci Ramadan itu,” kata jurucakap kumpulan berkenaan tanpa memberikan sebarang maklumat lanjut.
Kebanyakan wilayah Idlib kini di bawah kawalan pemberontak, selepas Al-Nusra Front mengusir tentera rejim kerajaan Presiden Bashar Al-Assad dari benteng-benteng terakhir mereka.
Sehingga kini, lebih 230,000 orang terbunuh di Syria selepas protes antikerajaan meletus pada tahun 2011 sehingga mencetuskan perang saudara antara pasukan prokerajaan, pemberontak dan kumpulan Islamic State. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3eyJQyvgW 
Hakcipta terpelihara